30 June 2010

Seratus ? Kenapa mesti seratus?

Kenapa mesti seratus? tak boleh ke kalau sembilan puluh tiga ke? empat puluh lima ke? enam puluh tujuh ke? kalau seratus ke seribu ke empat ratus ke lima puluh ke mesti rasa macam uhmp sikit kan. kenapa ye? memang orang melayu macam tu ke? tengoklah kalau masa mesti je nak 5minit 10 minit ape kata 7 minit ke 3 minit ke tak pon 11 minit 23 saat.. haa! baru gempak!! weee...~~

Oppss..termelalut mengarut sudah.. Ana budak suka mengarut! dah datang menaip entry kosong melalutnye! ooyeah! but entry kali ini agak special untuk aku. Oke aku tau orang akan kutuk "itu pon nak kecoh", "ape ar", " hek eleh", "tah ape2 je" , "aku dah lama dah" , "bising arr pompuan neh"...huh! main kasar itu semua  orang. Tak pe kata taknak kisah ape orang kata. Janji hati baik, Aku suka! Senyum sampai telinga!

Sudah masuk perenggan ke-3 baru aku nak cakap tujuan aku! hahaha.. Aku yang dok bebelkan 2 perenggan tuh intro je. hahaha. Gila pompuan neh intro 2 perenggan..Alaa not bad ape. hahaha.. Baiklah berbalik pada seratus. Di sini aku nak mengumumkan Pengikut-pengikut chun aku sudah sampai ke-100.. Terima kasih kepada yang sudi follow blog kosong neh.. 

Itu yang berbunga tuh follower aku yang ke-100

Encik/Cik/Tuan/Puan http://www.izzi-daisy.blogspot.com/ punya blog.

Terima Kasih kepada yang sudi follow blog kosong tapi chun ini.

Aku semakin rajin menambah entry kosong tapi chun di blog aku.

Yang berminat sila baca. Yang tak minat sila keluar.


NOTA:NOTA:NOTA:NOTA

::::: Jadikan Membaca Amalan Kita :::::


29 June 2010

Perkataan 'TAPI'

Semua orang suka cakap tapi. Tapi itulah tapi inilah. Nak nampak omputih sikit kau cakap but. Ape yang penting maknanya tetap tapi.

Aku perasan sangat orang suka cakap tapi termasuk ar aku. Ada je tapi. Kalau dah beralasan banyak bagai. Sudah la. Kalu nak cakap nak. Kalau malas cakap malas neh nak bertapi-tapi. Apelah aku ni.

Situasi 1

A : oii B. Camner cerita Lagenda Budak Setan tadi? oke tak?

B : ehmm..Oke lah kot tapi....

A : tapi??

Ha! Kau tengok. Ada je kan tapi nye. hahaha.. aku perasan aku selalu cakap cam tuh kalau orang tanye tentang movie. Aku nak cakap best tak lah best sgt, nak cakap tak best karang aku takut bukan taste aku. So word tapi gak jadi mangsa keadaan. Dah nasib kau tapi..agagaga..

Situasi 2

A : Tapi B kan. Aku rasa putih lagi comelah.

B : Ape  kau tapi-tapi. Tajuk utama ape?

Neh kes adik aku. Entah ape yang dia pikir dalam otak. Tiba-tiba dia memulakan dialog dengan tapi. Aku pon memang hantam sajalah jawab. Tapi *alamak* case mula ayat dengan tapi neh memang lawak. Ye lah. Kau pikir  lam otak . Then kau luahkan tapi ape-ape..hahaha..

Situasi 3

A : Awak, awak sudi tak nak join saya makan nasi ayam kampung sebelah esok?

B : Saya sudi tapi...mak saya ajak makan nasi itik besok..

Kalau tapi yang neh selalu digunakan pada keadaan yang betul. Oke lah tuh kan. 


Hahaha.. Sejak aku duduk kt umah neh rajin lak aku mengkaji orang cakap. Tpai seronok tau observe orang. Lawak Kelakar aku suka.. ooyeah!!

:NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
::::: Tapi aku  tapi :::::

Niat Lain, Buat Lain | tak pe ke?

Otak berfikir,
Mata melihat,
Telinga mendengar,
Jari menaip,
Hidung menghidu,
Kaki mensila.

Baiklah. Aku tak tau ape nak jadi dengan aku sekarang. Intro aku mesti je macam di atas ada je ape aku nak tulis. Berbalik pada tajuk aku. Agak-agak tak beragaklah kan, ape lah aku nk bebelkan, carutkan, karutkan tentang tajuk aku. hahaha. Aku tau aku suka bebel kosong. ok. STOP. Nanti aku start taip kosong sampai 3-4 paragraph. wee~

Ehm. Oke-oke. Ana.  Sebenarnya aku berniat nak buat sesuatu, tapi kalau aku niat lain then aku buat lain tak pe ke? Tapi niat aku baik-baik sayang je. Hehehe. Apekah niat aku sebenarnya? Hahaha. Mesti tak ada orang nak pikirkan. ye lah. Apehal aku tiba-tiba nak berfiikir dan berniat lebih-lebih kan.keh keh keh..

Pertama, niat aku nak kurus tapi aku makan dengan banyak. Cuti-cuti neh duduk rumah aku menternak lemak je. Kalau lemak aku neh boleh jual RM5 sekilo aku dah kaya dah. hahaha. Gila ah. Aku duduk rumah neh. Lagi-lagi mak aku ngajar petang. Pagi aku breakfast bersama mak aku. Breakfast aku bukan oat macam abah aku. Tapi aku melantak nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, mee goreng, bihun goreng dan paling ringan aku cicah roti dengan kopi radix. hahaha.

Kedua dan terakhir buat entry ni, aku sebenarnye berniat nak tulis sesuatu tentang satu artikel yang aku baca dan aku rasa menarik tapi, aku dah tak jumpa artikel tuh. So aku tulis ar melalu begini. *ampun* hehehe.. Betul aku tak tipu, aku kan bercuti, bila duduk kat rumah neh, aku yang tak suka membaca berjaya membaca novel, bukan sahaja harry potter tapi habis novel2 adik2 aku aku baca. *tahniah*..So aku terbaca ar satu mag neh, then jumpa artikel yang menarik untuk aku bebelkan. Tapi aku dh tak jumpa mag tuh bila aku nk bebel.hahaha..

Ha! Kan tengok lihat aku dah cakap banyak-banyak. haii.. kalau tak cakap banyak memang bukan ana ar!

Lupa lak sebenarnye kat atas intro tadi aku nak tulis lain. Tapi aku takut orang baca orang kutuk aku. So aku tulis ar sopan-sopan. awww~~

Otak Tepu,
Mata mengantuk,
Mulut mengunyah,
Jari mengorek hidung
Tangan menampar nyamuk,
Kaki menyepak.

Setelah aku tapis-tapis ape yang ada dalam otak aku, di atas adalah keputusan yang aku dapat. Ooyeah!!

NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
::::: Alhamdulillah, segalanya masih sempurna ::::: 

28 June 2010

Balas mesej dan jawab panggilan | Tanpa sedar

krohh..krohh..krohh..
tett..tett..tett.tett..
1 message received |
message : salam, pergi jogging jom!
aku : nfwujh8ryha...
Krohh..krohh..krohh..

Pernah tak situasi di atas jadi kt siapa-siapa lagi selain aku? hahaha.. Gila ah. Pernah ar beberapa kali terjadi kat aku, mereply meset tanpa sedar.  Meset masuk aku sedar, aku reply aku tak sedar. hahaha. Gila ah. Aku tengah tidur berdengkur baik punya tiba-tiba meset masuk. Aku yang termasuk dalam golongan mudah tersedar pon bangun baca. Tapi hanyalah angan-angan untuk tunggu aku reply meset. Aku sambung dengkur aku taip meset. So inilah yang jadi. hahaha. two thumbs up! hehehe.

Eleh..eleh..aku tahu bukan tak pernah tapi malu nak ngaku kan.kan kan.hehehe..banyak gak ar situasi bila aku atau orang-orang tertentu mereply meset atau menjawab panggilan tanpa sedar. bengang atau lawak? hahaha..

SITUASI 1 

Mesej : Kau tengah tidur ke?
Aku : yup. Jangang kacau.

Dalam keadaan di atas aku tgh separa sedar.So normal ag aku reply.

SITUASI 2

Mesej : Ana kau tgh wat per?
Aku  : Nape?
Mesej : Bosan.

Aku dalam hati. Bangang! Seminggu aku taknak reply mesej kau. 

SITUASI 3

Mesej : Kau dah abes study..

Aku. Sorry ar kawan. Aku tengah tidur. Aku tak nak reply. Study nnt aku pikir esok. Mesej kau esok jugak aku pikir nak reply ke tak. hahaha..

SITUASI 4

013******* calling ...

Aku. Tekan silence. Sambung tidur! Terbaik.

SITUASI 5

013****** calling..

Aku. Kau lagi tak paham ke aku tengah tidur. Nanti aku call ar semula mintak maaf aku tidur tak sedar. Tekan end call. Then silent hp. krohh.krohh..

SITUASI 6

013******* calling..

Aku. End called. Off hp. krohh. krohh..

SITUASI 7

013****** calling

Bukan aku. 

Jawab call. Tapi "krooh..krooh..............."

Aku. Bazir kredit aku bengong! hahaha..

3hari 4 malam aku taknak call kau dah!

SITUASI 8 

Mesej : Oii..kau pakai selipar ape pegi kelas esok?

Aku : yehaofajf na

Aku. Anggap je ar aku dah tidur. gila ape nk tau selipa r aku. Aku kaki ayam esok. nak join ke? hahaha..


Baiklah. Ini antara situasi-situasi aku.hahaha.Gila ah.Aku memang terkenal dengan malas nak jawab call.So kepada sesiap yang rasa2 nak call aku. Kira aku tak sedar je lah korang call ye kalau aku tak jawab tuh.hahaha..Ampun kawan2..

:NOTA:NOTA:NOTA:NOTA

::::: Mana hanphone aku ye?? :::::

26 June 2010

hari-hari tulis blog

Dear Blog,
hari ini aku menulis lagi di sini. Ku gagahkan jari untuk menekan keyboard, kukuatkan semangat untuk menulis blog, dan kuperah otak untuk entry terbaik. 

kah kah kah...Gila ah..Kalau lah aku berjaya tulis 3 perenggan ayat macam ayat di atas semestinya aku akan sakit perut kerana gelak dan katakanlah encik blog ni berperasaan berakal fikiran semestinya encik blog akan gelak guling-guling tepuk-tepuk lantai, lompat-lompat sambil tepuk-tepuk perut buncit (abaikan). 

Pada aku, bila nak mula menaip introduction memang aku tak tau  nak tulis ape. Lagi-lagi nak tulis tajuk. Tapi bagi orang yang kononnye pemalu macam aku neh memang macam neh. Aku kalau dengan orang yang tak kenal gila ah susah nak cakap nak sembang tapi tak sampai 6minit 23saat aku dah boleh bertepuk tampar. Janji orang lain kena start conversation dulu. 

Samalah macam aku nak tulis blog neh. Mula-mula nk tulis satu entry lebih dari 7 minit 59saat aku pikir, tapi bila aku dah tulis berperenggan-perenggan aku tulis. Aku memang suka membebel , bercakap, melalut, mengarut, mencarut tidak dan tengoklah susah je nak stop. Maklumlah "Perut kenyang suka hati" motif??hahaha..

Sekarang aku dah menulis perenggan ke-4 untuk entry aku kali neh, walaupun aku melalut tapi aku berjaya menaip. Biarlah orang cakap kalau tak ada ape nak tulis jangan lah update tapi nak buat macam mana aku memang suka melalut. Takpelah aku bukan ada fan nak baca blog aku. Aku tulis personal blog je. Siapa sudi baca. Sila-sila jemput-jemput.. Aku tak kisah. Aku berbangga jika tahu ada yang sudi baca blog aku. Terima kasih.

Encik Blog,
Sampai sini saja coretan saya untuk kali ini. Terima Kasih kerana membenarkan saya menuilis di sini. Terima Kasih kepada yang sudi membaca. Sekian Terima Kasih.

NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
:::: Bersedia menerima kutukan :::::

25 June 2010

Bermain Bersama Google..

Mungkin GOOGLE yang anda pernah lihat begini :

Apakah perasaan anda jika ia diubah begini :


Atau Mungkin juga :


Juga boleh jadi seperti ini :


Sememangnya terbaik jika :



Baiklah anak-anak setakat ini sahaja.
Kita jumpa lagi di lain masa di lain post di lain-lain..


NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:

:::: Apa yang CHUN, biarkan ia terus CHUN :::::

24 June 2010

Malaysia kah aku?

Gila ah. Gila. Gila. Aku bangun tidur (waktu dirahsiakan) aku on je tv aku tgk citer indonesia. okayy aku tukar punya tukar. tak ada yang menarik. *rumahku tiada astro*..Okayy. Aku off aku pergi cari makanan atau lappy. Oh sebab2 aku selalu online.

Beberapa jam kemudian, aku on lagi TV berharap dengan penuh harapan ada cerita menarik. Alamak cerita Indonesia lagi. Meneruskan dengan aktiviti menukar siaran. oh masih bosan. pergi mencari makanan, memasak, menemani internet. okayy selesai.

Beberapa rapa apa apa berapa kemudian, okayy on Tv lagi.. Baiklah! Sekarang aku sudah give up. masih cerita Indonesia lagi. Gila Gila. Okay aku nak tengok je ape jadi. jangan tegur. Abaikan aku. *aku sorang di rumah*..walalala..

Gilak ah..Ciri-ciri yang aku perasan Kebanyakan cerota Indonesia :

Tajuk Cerita : Kebiasaannya Nama heroin, Jarang2 hero..atau tajuk yang panjang..


Jalan Cerita : Kebiasaannya, 2 Heroin, de 2 0r 4 hero. 1 mesti kaya 1 mesti miskin. Pernindasan. kekejaman. tertukar masa kecik dan sebagainya.


Baiklah..aku bukan kutuk cerita Indonesia mahupun mengcomment..tapi aku rasa lambakan cerita Indonesia di stesyen TV tempatan neh yang aku marah. Cuba lah balance kan cerita Indonesia dengan Cerita Tempatan. Kononnye menyokong industri perfileman Malaysia..hehehe..

Ampun..Ampun..Aku dah cam ahli politik tingkap belakang rumah dekat dapur je.hahaha..tapi itulah aku nye luahan..cheewaahh..

NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:

::::: Kadang-kadang aku pon suka cerita Indonesia :::::

23 June 2010

Orang memang selalu berkata-kata..

Kutuk! Hina! Busuk! Keji! hahaha..semua tuh kerja orang. orang je yang selalu berkata-kata mengkutuk-kutuk mengkeji-keji oh~hina !! hahaha. semua kerja orang setakat aku tau ar. Sebab walaupun kucing tak suka aku atau ikan dalam akuarium tak suka aku tak ada lah pulak diorang kutuk-kutuk..Justeru(word paling banyak aku guna dalam esei), orang juga selalu berkata-kata..ooyeah!

Otak nga pikir kata-kata orang banyak nk cakap tapi jaga hati pihak yang terlibat. So mari mennormalkan ayat..ooyeah!!


22 June 2010

Sayang Abah...

tiba-tiba..Father's Day dah lepas..tapi baru nak tulis sayang abah..Mula-mula nak tulis ari tuh..tapi tak pe lah..hari-hari pon sayang abah..hehehe..

Biarlah semua orang nak tulis sayang kekasih tapi nak tunggu tulis pasai mak abah ade lah sekali kan..tulis pasai kekasih..hamboii setiap hari..ek eh..nape aku gedix tulis kekasih..tulis bf sudah..hahaha..biar2 aku suka...lawak geli pon ade..wee~

Berbalik pada perbincangan kita sebentar tadi..oh~abah..

Abah..Hero aku dari kecik. Dari kecik memang mak cerita aku memang selalu dgn abah.. ape2 je abah. semua abah..maklum lah anak sulung kan..hehehe..tapi itu cerita aku tak ingat..bak kata amirul.."aku tak nampak ag" hahaha..

Bila dah besar aku ingat, bila balik kampung selalu ikut abah pergi menjala ikan, pergi memancing, pergi ape lagi..Aku ikut..tapi penakut..bising je membebel..hahaha..nak buat macam mana..anak abah memang bising..hehehe..

Dari kecik abah memang idol aku ok..dia lah ajar aku sampai dari mula kenal alif, ba , ta sampai lah aku tamat quran..abah lah tok guru aku..tambahan mak gn aki..

Abah dulu garang..Tegas dalam didik kami adik beradik..setakat kena rotan sbb kacau n gaduh dgn adik2 itu aku dah biasa..aku kan mafia!hahaha..Belum campur kena tidur luar rumah sebab aku lupa..kena rotan sbb mals ngajilah...macam2 lagi..tapi aku syukur sebab cara abah lah aku baik2 je skrg..heeheh~~

Ehmm..kalau dipikir nak cerita pasai abah..memang tak habis..huhuhu..

ABAH..Abahlah yang terbaik..MAK juga yang terbaik...
Ana sangat sayang abah dan mak..
Ana sentiasa doakan abah dan mak..

21 June 2010

jauhnye kelantan!!

dah lama tak update bende neh..siyan dia..ada ape2 dah membina empayar ke di sini? spider web? tiada. Lipas? ridsect. Nyamuk? fogging. Mambang2? aww...

huh..kisahku yang sangat panjang. Menaip berhenti2. biar lambat asalkan tertaip..wee~~

15 JUNE 2010

Pagi : exam LM 2015-doakan
Petang : exam fin4040 - doakan
Malam : Pulang ke Kuantan abah amek..


16 JUNE 2010

Pagi (atau awal2 pagi) bertolak ke Kelantan. Oh Kelantan sangat jauh. But abah drive biasa2 je. tak ada pae nk dikejar. siyan abah penat. mlm smlm lewat sampai dr kl. huhuhu.. Happy Father's day Abah! Then sampai Kelantan menetap satu malam di Ridel Hotel..huhuhu...aku tak tau di mana..

Malam tuh.YA ALLAH..sangat takut..ribut..huhuhu..

17 JUNE 2010

Pagi (atau lebih di kenali sebagai tidak awal sprt smlm) abah ada keje..so kami ikutkan aje..wee~~
Berjalan2 di Kelantan. tak tau nk cakap.. ikutkan abah aje..

berjalan2..

Petang check in hotel  lain lak..tukar selera. Sutera Inn Prima.. wee~~

18 JUNE 2010

Sepatutnye balik pagi.tapi abah nk mak de hal sebentar..then lepas jumaat baru pulang ke kuantan. Kami berempat melepaq lam hotel je. hee~

Lepas Jumaat bertolak pulang ke Kuantan..wee~~

********

Malas nk upload pic. Cerita juga ringkas. Bila di rumah virus M datang lagi...huuu~~



15 June 2010

Pagi | Exam ... Petang | Exam ... Malam | Balik

Pada pagi ini, tepat jam 6.50 pagi tiba-tiba mak call..

Mak : Ana, dah bangun ke?

Ana : erhmmm...

Mak : Abah cakap petang atau malam ni abah datang ambik.

Ana : *terkejut* ha! tapi ana dah beli ticket..

Mak : Abah kata tak payah lah balik sorang malam2..

Ana : erhm..ok..

Kedengaran suara si Amirul and abah bising borak2 kt belakang mak..hee~

Mak : Dah..Pergi study tu..exam pukul berapa?

Ana : Pukul 9 nnt.. 

Mak : ha..dah bangun study..petang2 atau malam2 nnt mak dgn abah sampailah..

Ana : ok..

Mak : Buat elok2............

Seperti biasa tak sempat nak bye...telefon dah diletakkan..huhuu~~

Adeyh..penat je semalam berjalan2 ke Pekeliling beli ticket nak balik hari ni..huhuhu..tiba2 abah n mak nk datang ambik..semalam mak gak suruh pergi beli ticket..huhuhu...

Takper2 dengar cakap mak abah..hehehe...

Ya ALLAH..Permudahkanlah ANA menjawab exam Komunikasi Perniagaan dan Corporate Finance pada hari ini...

NOTA : NOTA : NOTA : NOTA :

::::: Siapa nak beli ticket bus Plusliner KL(Pekeliling)-Kuantan, 8 mlm ni(15.6.2010), aku de satu ::::: 

13 June 2010

Aku nak R .. M aku taknak kau lah..

oh~ R serius aku sangat perlukan kau sekarang..M nape kau muncul dalah hidup aku..aku tak perlu kan kau..kau boleh pergi jauh2..jangan datang lagi...aku cuma nak R je..Selamat tinggal M..Terima Kasih R kerana muncul dalam hidup aku..

R dan M di atas adalah R = Rajin dan M = Malas ..

12 June 2010

best ke tgk bola?

Ada ape lah dgn bola tu..semua org tgk dia..semua org dok sorakkan dia..semua org dok kejar dia..Kalau aku jd bola gila berbangga doe...tapi yang tak best semua orang dok sepak dia..siyan dia...bola..bola ok tak bola? hahaha...

Hish bila start je World Cup seluruh dunia blog menulis psal bola..Bagi aku yang tak tau sangat pasai bola neh takkan nk tulis pasai bola gak...confirm tak sampai 5 minit semua orang mengarahkan aku delete..so..aku  nak tulis sesuatu yang lagi penting dari bola..yang lagi menarik dari bola..yang lagi ditakuti dari bola...Agak tak beragak kau lah..Ape dia nyah?? hahaha...

Ha..bende neh akan buat kau jd camneh..

Gambar ini bukanlah sedang tidur.
tetapi sedang cuba menghilangkan tekanan..
chewaahhh baiknye alasan..


baiklah..setelah pic dilihat..cerita sekarang adalah berkisar tentang FINAL EXAM...!! ok..aku tau siapa yg baca neh mesti tulus ape kejadahnye aku nk exam masa org semua bergumbira cuti kan..hahaha...nk eat camner aku gn rela hati amek Short Sem..So sekarang exam sudah sampai...ooyeah!!

Tarikh exam aku memang masih lagi terbaik yang UIA kasi kt aku..oh sbb tuh aku sayang UIA..hahaha..


Neh arr terbaik dari UIA aku nak tunjuk kat siapa yang nk tengak..sila tgk tarikh exam ok..

So..aku tak boleh bazir masa lagi..jom study!!

11 June 2010

Aku Teruja !!

˙˙˙ʞouoɹǝs
˙˙ʞouoɹǝs
˙˙ɐqnɔuǝɯ ıɹɐɯ
˙˙pǝʇıɐsʞǝ ɥɐƃuǝʇ
˙ıu ǝpuǝq ɐdɯnɾ nɹɐq nʞɐ
˙ɯɐɹǝƃ uɐƃuɐɾ ˙ɥɐɹɐɯ uɐƃuɐɾ
¿ıuıƃǝq uɐɐpǝʞ ɯɐןɐp sı؛nʇıp nʞɐ ƃoןq
˙˙ɐʞıɾ ɐpuɐ uɐɐsɐɹǝd ɥɐʞǝdɐ
˙uɐʞƃuɐʎɐq

10 June 2010

Persamaan Buat Assignment Dengan Tengok Movie...

Pernah tak anda terfikir tengok movie dengan buat assignment ada persamaan? Nampak macam 2 perbuatan yang berbezakan? tapi serius ada persamaan..jgn tak tau.....


Nampak aku tak tipu. Memang banyak persamaan Assignment dengan Movie...

Ini belum aku listkan persamaan study dengan facebook...
mungkin akan datang..
siapa tahu..hehehe...

09 June 2010

Kerana Komunikasi Perniagaan..

Bosan je kan baca tajuk..tetapi ni leh yang aku dah lama simpan nk cerita..Benda yang menyebabkan aku sibuk berhari2..25 jam sehari aku bertungkus lumus siapkan bende neh..dan alhamdulillah hari isnin da siap present..

4 June 2010..
Kami bermula bertungkus lumus menyiapkan bahan2 untuk presentation..Mula-mula takde idea..Then aku dpt idea pasal kotak..selepas itulah kami terus menerus membuat design, kotak, dan semua yang terlibat.. Ok! sampai pukul 2 pg kami di surau aminah siapkan..Alhamdulillah selesai..dan ini hasilnye...

Nama Syarikat
AIXY SEPAKAT SDN. BHD.


Nama Produk dan pic yang berjaya di edit aku..ooyeah..
Walaupun aku tau huduh di mata orang lain..tapi bagi aku yang tak pro sudah terbaik..weee~~


Mula melihat acuan yg telah aku siapkan..ooyeah!
mula melukis..ooyeah!!
sedang focus mendesign~~

05 June 2010
Hari ni Birthday yaa..Siyan dia sibuk buat keje BM..Yaa jgn sedey ek..Sorry tak dapat nk celebrate birthday yaa..Happy Birthday Yaa!! Doakan Yaa Happy n Bahagia selalu...Hari ni kami sibuk menambah sikit ape yang patut..kotak pon dah siap dan kami bincang2 nk present macam mana...oh sgt penat.!!


06 June 2010
Hari ni shooting lak..Mintak tolong Amal n Syitah jadi model..Mereka sporting.. Terima Kasih Kawan2..Ingat nak upload iklan yang kami buat..tapi tak pandai nk upload video..Iklan kami simple je..record pon guna handphone he..tapi kami berpuas hati..Sepnuhnya hasil kerja kami sendiri..sunok!! hehehe...

Wah!! esok dah nak present...berdebar2 jantung ku..ah ah ah..hahaha...gila arr weyh..biasa present dalam English sekarang nk kena cakap BM..aduhh...risau sangat2..kami practis malam tu..hehehe..sampai dekat pukul 1 gaklah..sbb sok present pukul 11pg 2nd group..

Walaupun aku bukan duta juga bukan pengguna Losyen Humaira..
Tapi sebagai eksekutif pemasaran..
Sini Aku promote..hehehe..

07 June 2010
Hari Presentation..Sangat taku nk present lam BM bukan ape banyak sebutan kena lain 'produk' adouu...Seram sejuk dah ni..Siapkan print kertas konsep..Praktis sekali..risau...

Sampai jugak time kami..Aduhh..teknikal problem..iklan tak dengar..sangat sedih..tp tak per..mari teruskan..
Lupa pulak..ni watak2 kami...

Aku : Eksekutif Pemasaran di Pameran Industri Halal
Ila : Wartawan
Yaa : Pengacara rancangan Kenali Produk Halal
Xue : Pengrah Urusan Aixy Sepakat Sdn. Bhd.
Pelakon tambahan :
Ama : Duta produk
Shadatol : Iklan
Syitah : Iklan

Kami pon present punya present akhir nye semua selesai..
Alhamdulillah...Aku present Dengan Baik cuma ada sikit tershashul..hehehe..Aku tak tipu ada bukti..hahaha..
hahaha...Hambek kau teah..walaupun itu hanyalah penipuan semata-mata...tapi aku tak kira nk tunjuk gak kat sini..weee~~

Alhamdulillah BM da selesai tinggal study final je..hehehe..


NOTA:NOTA:NOTA:NOTA
:::::Penangan BM..Aku pegi tengok Lagenda Budak Setan petang tuh :::::


08 June 2010

oh~tag..yuhuu!!~~

Alamak. Tiba-tiba rajin menjawab tag.. apekah tandanya?hahaha..sbnrnye de citer lain..but malas nk taip..so jawab tag je dulu..ooyeah!!



1-thank and link the person that tagged you.

SYUKRAN

2-Tag  blogger's you've recently discovered and think fantastic.




3- contact that blogs and let them know they've been tagged

baiklah..otw~~lalala~~

4- state 7 things about yourself.

- CHUN!
- malas bertempat
- benci hipokrit
- tidur terbaik
- makan memang seronok
- tak suka kucing
- facebook-ing~~

sampai di sini sahaja..
baiklah..
sila jawab tag!!~

04 June 2010

Paid!

Pagi tadi dengan bangga nya berjalan2 ke lega unit..Nak setel slip semalam..huhuhu..then pegi2..terus bagi slip..

Akak : dik..yg finance nye ?

Aku : dah bagi dulu..

Akak :ooo..

dia pon masukkan matriks no aku..

Akak : adik, dua eh saman..

Aku : eh..da anta dulu..

Akak : ooo..ok..

Dia pon buat pae tah..

Akak : ok dah..

Aku..dah boleh print slip exam?

Akak : dah boleh dah..

Aku : terima kasih....

Akak:sama-sama

Akhirnya. slip exam di print...

03 June 2010

Nasib Baik Aku Sabar !

ALHAMDULILLAH dah jumpa pon..sekarang aku tau memang sabar tu ade hikmahnya..Tadi baru jumpa satu problem..haii memang hanginlah..Dalam kelas dua jam satu benda pon tak dengar..otak ingat nak kena cari bende tuh..hati sakit..otak serabut..tapi entah napa aku doklah pujuk ati neh..sabar ana sabar..huhuhu..

Balik je bilik kelam-kabut aku mencari..tapi kecewa tak jumpa..aduhh..dok pikir solution ape patut aku wat...nak makan pon dah tak lapar..huhuhu..tp kerana dah beli lunch aku pon makan arr dulu..then sambung proses pencarian..

cari punya cari punya cari selepas makan..aku hampir ke arah putus asa..gila kot nak cari..ya ALLAH..selama neh aku simpan semuanya..tapi entah kenapa  kali ni aku tersepahkan mungkin terabaikan..kau betul2 menguji kesabaranku..Ya ALLAH..

Dalam keadaan putus asa..aku rasa aku dah terbuang sewaktu aku kemas2..mungkin aku tak perasan..aku pon cari dalam box yang agak mustahil aku letak di situ..belek punya belek..satu-satu aklu belek dgn penuh kesabaran..YAALLAH...miracle!! ALHAMDULILLAH..aku jumpa!!

oh! bila aku jumpa baru aku tau..Allah tak pernah menguji makhluknya dengan sesuatu yang kita tak mampu..neh hanya sikit..alhamdulillah aku sabar..huhuhu...eh.eh.eh..aku lupa...sebenarnya ape yang aku cari...

jeng..jeng..jeng...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

\/

Slip Aku bayar saman last sem.

Inilah benda yang aku cari yang hampir menggugat kesabaran..RM50 okayy..banyak what..??



*********************


Baiklah aku tahu kepada sesiapa yang baca neh mungkin tertanya-tanya kenapa aku kecoh sangat nak cari aku nye slip tiba-tiba. Oh~sebelum itu..warning part ni mungkin akan di selitkan dengan symbols seperti %%$#!^# .. jadi pemahaman bagi symbols sangat penting. Kepada kanak atas umur abaikan ape yang tak patut okayy..terima kasih..

Ha..mari sini semua dekat2 ada berita suam-suam kuku nak cerita neh..Persoalan di sini "Kenapa Ana Kecoh Mencari Slip bayaran Saman Last Sem" untuk yang tak tahu cerita sila rujuk di sini..

Sebab aku mencari saman slip adalah..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

Ini keluar bila nak check result.


Ape Ana neh mencari kerja tiba2 nak tengok result tengah sem..Kerana sesuatu sebab aku tiba2 tergerak hati nak tengok result dan tiba2 mende neh keluar...aii hangin baiii hangin...

Mana aku tak hangin lau ikot kan hati aku nak carut je kat opis aminah..nasib baik lepas aku check neh aku kena pergi kelas kalau tak memang haku angin weyh...

Ye arr weyy gila tak gila..Okay..Kalau ikutkan aku di saman pada bulan februari dan notice pasal setelkan saman di tampal di notis board pada bulan may sewaktu short sem. Aku appeal pada bulan mac dan aku pula telah membayar saman aku pada awal bulan april selepas berakhirnya final year exam aku iaitu sebelum aku pulang ke rumah. Dan seperti mana anda tahu sekarang bulan june aku try check result tak boleh..wtf!! giler wat keje camner!! ampeh!!

yang aku hangin tuh patut lah last sem aku nak check result okayy je..rupa2 mereka yang ^*&%*& tak key in lagi aku punya saman. mmg wt keje cam *&&$*@ je!..

Sekarang aku nak cerita waktu aku pergi bayar saman di bulan april..Aku pergi bayar dengan bangga tanpa segan silu nye..Then naik legal unit..huh! nebes mak tau~~aku neh tak cukup dress code kot..ahahha..Then naik2..aku pon serah arr slip bayaran dan lain2 tuh..tiba2..

Akak legal unit : Dik saman tak key in lagi neh. saman ape ni?

Aku : oh ye ke..saman mahallah..dah tuh camner ye?

Akak tuh pon tanye2 kawan2 seangkatan dan.....

Akak legal unit : ehmm..takper adik tinggal je slip dengan saman kt sini..Nanti kitorang key in kan..

Aku : oh ye?..ehmm..ok terima kasih...

Daripada dialog di atas dah nampak..aku seperti menyerahkan diri aku di saman...siap bayar sebelum key in okayy..sakit..malu pon satu..


*******************


Cerita bila sem ni pulak..Tiba2 aku terbaca notice di notice board..

Those student...(aku translatekan boleh ssh lak nak susun ayat skema dalam kedaan sekarang)...Kepada student yang kena saman last sem..Anda di kehendaki menyelesaikan saman anda. jika tidak anda tak boleh check result nanti..
Mula-mula aku tak kisah semua tuh..sebab akak tuh cakap nanti akan di setelkan..then bila aku check result tak boleh..itu yang hangin tuh..

First aku marah, Mahallah Aminah nye office yang sememangnya &^^&%$%$ sejak dari aku hidup di sini..huhuhu.. Gile ape..saman bulan februari tetapi bulan may or june baru nak key in..woii!! kau buat ape kt opis tuh! mengumpat!! mmg haish &*^$%%#^...sakit woo sakit..

Second aku marah, akak legal unit tuh cakap nak key in kan..huhuhuh...

Third aku marah, giler kot lau aku nak kena bayar semula..kalau satu saman tak ape neh dua woo..satu lagi kesakitan melampau..huhuhu...


**********************


So sekarang, masalah tak setel lagi..aku dah malas nak jalan ke legal unit. Esok aku nak kena pergi sana pagi2. Dah lah esok whole day aku buzy.. aduh.. sabar sabar...

Nantikan kemunculan aku..Berjaya atau tidak aku nak print slip exam !! doakan!~~



02 June 2010

Sekarang aku tau aku bijak...

Fuh! abes pon  kuiz..memang terbaik arr..baca chapter 15,16,17 setengah dan abaikan chapter 18 alih-alih kuiz banyak chapter 18..terima kasih sir..sayang sir lebih lah..huk huk..Sekarang dok nak mencarut mengarut ayat-ayatan nak buat report last week nye presentation.. Agak-agak setengah page okayy tak?? suka je kan setengah2.. wee~~

Aduh soalan kuiz tadi memang terbaik lah..soalan paling kekal dalam ingatan :

........... What is the intermediary ?  (5 marks) 

Baiklah kanak-kanak.. Agak2 ape jawapan dia.... Kalau soalan 5 marks.. what do u expect??huhuhu..
So oleh kerana kepintaran dan kepandaian aku..Aku tau jawapan dia one word je..Underwriter..But 5marks baii ape aku nak carut..So dengan bangganye aku pon tulis.. The intermediary is underwriter.. Tanpa segan silu aku tulis jawapan tu..oh sir .. itu je i mampu pikir..huhuhu..

Then selepas beberapa minit or lebih di kenali sebagak sejam..Sir pon suruh submit..da submit semua2..sir cakap2..Tiba-tiba sir sentuh pasal soalan tuh..sir cakap kenapa beriya nk tulis loooonnggggg kan jawapan dia short je.. I just nak test your understanding.. Kan kalau soalan tu jawapan dia :

Underwriter..

Kenapa nak tulis panjang-panjang..oh~apekah!! rugi aku tulis "the intermediary is..." aku sepatut nye setia je dgn jawapan aku yang sangat betul...

lupa lak nak sentuh title aku..biasa itu yang first..title mmg tak boleh blah..bak kate mak aku..lau tak pandai takkan ana study UIA..oh mak memang terbaiklah!! tapi kejadian di sini yang diceritakan hanyalah satu soalan..soalan lain2 sila abaikan..jangan tanya2..aku tau jawapan soalan tuh je..wee~~

Konklusinya... Lain kali kalau dah confident teruskan je..!!hahaha... Aku memang takpernah confident..oh~ANA~

NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
::::: KADANG_KADANG OTAK AKU OKAY JUGAKAN :::::