28 February 2013

kes cari kerja

Orang cakap fresh grad ni jangan nak memilih kerjalah sangat. Kerja je apa-apa dulu. Mintak je mana-mana yang penting pengalaman. Oke aku pun bertindak tak memilih kerja, pergilah ada interview nak jadi cashier kat pasaraya, tiba-tiba orang tu cakap, "eh awak ni ada ijazah ni, orang2 kat luar tu semua biasa-biasa je, kite takut kerja ni tak sesuai dengan awak". Fine encik fine. Saya pun jawab dengan penuh sopan santun sambil senyum.

Belum campur kerja kosong yang cakap, sila email kami di "abcdefg@gmail.com". Hmppp. Sampai ke sudah tak da respon. Bila di call, saya dah email, bla, bla, bla, bla. "Oke, sila tunggu respon selanjutnya". Sekian.

Orang cakap kat saya, kenapa tak mintak kerja kat sini situ. Erk. yang awak suruh mintak tu marketinglah, sales itu ini. Awak, saya ni bukan memilih tapi kerja-kerja sales yang kena berdiri, cari-cari orang tu, mak saya cakap, saya tak sesuai, lagipun, saya cakap, takkanlah sales nak ambik orang gemuk kan kan kan.

Orang cakap kat saya lagi, kenapa tak mintak kat company itu ini, ada kosong katanya. Kalaulah saya tak mintak, ada sebabnya, sebab utama, mereka nak pointer 3.5 ke atas. Acaner?

Saya dah try email, saya dah try call. Sekarang saya rasa kena walk in, rempuh je pintu syarikat-syarikat tu. Cakap dengan penuh confident, buat muka kerut kening, mata tajam, " Hey! Kosongkan satu kerja. Saya nak kerja sini?" 

3 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum cik adik..

Tip mencari kerja sama mcm kita makan dan mengguna akal..
1.kalo kerja kaunter or casher - jgn tunjuk kita seorg berpelajaran sangat.biar kita rendah diri..
2.Kalo mohon keja GOV..kalo jwtn tu hanya mmrlukan PMR..jgn kita letak STPM...

sama mcm kita mkn,kalo mkn tu khas untuk awk sorg,mkn lh untk bhgian awk sorg...jgn mkn mknn org lain..

Renung2kan...

Unknown said...

chaiyok2.. in shaa Allah rezeki Allah S.W.T tu sentiasa ada.. yg penting usaha...

psT: yg sales2 tu fiq pun tak sesuai.. segan plak kadang2.. :)

Unknown said...

chaiyok2.. in shaa Allah rezeki Allah S.W.T tu sentiasa ada.. yg penting usaha...

psT: yg sales2 tu fiq pun tak sesuai.. segan plak kadang2.. :)