14 January 2011

Practical Training [week entah]

Akhirnye (gila ke ape muncul awal2 ayat da cakap pasai akhir) ...  oke .. mula cerita nye begini.. chewaahh!! dia dah mula dah..hehehe..adoyhh.. huh! Ape aku merepek neh. habis hilang idea nk tulis ape. tadi dah bersemangat mat kilau dah aku nk menulis tiba2 oh! hilang! hilang! hilang!

Boleh tak jika nak cerita cam ni. Aku di office sekarang. Aku sedang practical. Aku dah mahir dah guna excel. Aku sangat sejuk. Aku lebih suka belajar walaupun office aku best. Aku suka buat audit sebab audit menarik. Aku sekarang malas online sebab aku tak rajin. Aku nak broadband tapi adik aku tengah nak guna. Aku nak beli sndiri tapi tak ada orang nk bayar bulan2. oh!

Agak-agak enciklah. Jika saya tulis macam kat atas di setiap entry, ada ke orang nk baca blog ini ye. Oke. Aku bajet kalau aku tulis chun sangat ada ke orang nk baca. ape lah ana! Stop jadikan mat jenin sebagai idola ye!

Kesimpulan yang kita dapat dari ape yang saya tulis di atas adalah. Walaupon seseronok manapon tempat practical tapi pada saya saya lebih suka study!

08 January 2011

Seoul Garden!

Cakap betul tak tipu tempat ni sangat best ok! Sila ke sana. Saya sangat suka! ye! Memang harga agak mahal tapi berbaloi2. Tak percaya? Sila ke Seoul Garden. 

Upload gambar. Alamak. Nanti ye. Dah compile kite upload! betul!

Okayy saya tau lama tak update blog. Saya tak ada tenet skrg. Saya juga tensi tapi dah nasib. huhuhu. susah nak cerita macam2...

24 December 2010

Practical Training [Week 1]

Boleh saya jadikan blog saya log book tak??? Tolong saya tanyakan madam saya.. Nnt saya kasi url kt madam sambil mempromote blog chun sy. yay!!

Oke teruskan kepada kesimpulan, practical seronok tapi kurang tidur. Sekian terima kasih.

Agak tak beragak ar kan kalaulah, kalau je ni. Aku tulis dalam logbook cam di atas. Berapa madam kasi aku mark?? boleh pass tak. Aku tak suka carut panjang2, hidup kena simple je. Jadi kita simpulkan je ape yang patut kan kan.yay!

Kepada sesiapa yang ada amek upah buat report practical sila cari saya ye. Saya upah nasi lemak n teh tarik yg sy layan pagi2 tolong buat report saya. terima kasih sila datang lagi.

Huarghh! Practical. Naik bus. Turun Bus. Tunggu bus. Naik bus. Turun Bus. Pergi kedai. Makan Sarapan. Masuk opis. Buat kerja! hari-hari! 6 bulan! Wallaa! Terbaik!!

Mesti tak menarik langsung kan kanak-kanak entry kali neh. Sila baca dengan cara yang menarik tau. Sambil menari-nari atau melompat-lompat!! Mesti entry ini akan jd lebih menarik!

21 November 2010

Kembali beraksi......

Fuhh. Penat membuang sawang, sarang labah-labah belum campur anai-anai yang seakan-akan dah nak siap membina rumah dah. *aish ape aku membebel ni*

Untuk pengetahuan sesiapa yang sedang membaca jika ada. *ayat nk lebih* oke. Aku tengah dok bebel pasai si blog ni lah yang da lama aku tinggalkan sejak exam. Sekarang mula tulis ayat biasa bila aku lupakan blog :

  1. Aku sibuk nak exam
  2. Aku tak ada broadband nak online
  3. Aku tak ada laptop nak online
  4. Maafkan aku blog
  5. Aku tak sengaja


Oke. Itu laa alasan paling aku suka tulis bila aku lupakan blog dan itu sememangnya alasan sangat kukuh sebab aku tak update blog. Aku tak ada internet! Sedih je kan.

Aku tau mungkin tak ada orang baca blog aku. Tapi terima kasih kepada yang membaca.
Aku tau bagi pakar2 blog takkan jejak ke blog aku sebab aku bukan penulis yang berkualiti. Aku Cuma mencarutkan hal aku. Tapi terima kasih kepada yang sudi membaca.
*oke Ana stop bebel. Sejak bila ada org baca blog kau ni*

Kepada Ana yang suka membebel..
Sila berhenti perasan bahawa ada orang nak baca carutan anda di blog anda kerana sesungguhnya apa yang anda tulis pon kacau-bilau dan karut marut dan hanya anda yang faham.

Aku sedihlah. memang aku tak pandai menulis blog tapi aku hanya menulis kerana aku suka membebel dan bila aku membebel di blog aku akan mula melalut menaip ikut suka. tapi aku suka. Aku tak harapkan orang baca dengan cara aku menulis, dengan apa yang aku sampaikan tapi sangat berbesar hati jika ada pembaca. terima kasih. Aku Cuma berpegang, blog adalah free *percuma* dan bermakna percuma untuk menulis, percuma untuk menyampaikan, percuma untuk maluahkan, percuma untuk mengkritik.
 Jadi kadang2 aku sedih bila sesetengah orang mengutuk penulisan di blog yang bercerita tentang diri sendiri tanpa apa2 makna atau moral value dari penulisan tu. Tapi itukan hak blogger. Aku selalu teringin nak berkata kepada golongan yang mungkin tidak sedar ke’percuma’an memblog ni. Kalau suka, sila terukan membaca, Kalau tak suka, sila keluar dengan rela, jangan dikutuk-kutuk. Semua orang ada cara tersendiri dan sebab tersendiri menulis blog.

Woi. Woi. Woi. Ana. Ape kau membebel ni. Suka je meluahkan perasaan walaupun kte dah lama tak jumpa kata blog. hahaha. Oke. Aku bukan nak emo. Tapi aku tau aku menulis suka-suka. Sebab bila dah mula menaip idea datang. Aku cempedak baru belajar memanjat pagar yang makan padi.

Menulis memang seronok. Bukan senang untuk menulis dan menyampaikan sesuatu dalam blog. Setiap orang ada cara dan sebab sendiri. Sebagai manusia cubalah untuk mempositifkan diri. Tengok pada kebaikan walaupun sedikit sebab kadang-kadang kalau kita terlalu focus pada keburukan kita tak sedar yang kebaikan itu tetap ada dan harapan sentiasa ada. Anda bersama saya Farhana, Bersamamu. hahaha.

Oke. Kau mula mencarut lagi. Kesimpulanya. Semakin banyak Ana menaip, semakin banyak Ana melalut ke laut. ~oh

“YA ALLAH, BERIKANLAH KEJAYAAN DAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN FARHANA”