Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak. Mula je masuk Ramadhan, selain excited nak beli murtabak dan air soya, aku dah mula dah ajak abah dan mak pergi kedai nak beli kad raya. Masa tuh pilih punye lah lama. Nak cari kad raya kartun yang terlawak. *okayy sila gelak*. Abah dengan mak pon layan je lah. Biasa lah anak nye memang demand nak lebih kan. hahaha.
Akhirnya, yang lebih kurang macam neh je lah jadi pilihan :
Lebih kurang macam ni je pilihan nye. Ada yang sekeping je. Ada yang 2 3 kali lipat pon ada. Biasa lah kanak-kanak. Nak yang menarik je. lepas tuh mula lah tulis. Ayat tak boleh blah. Sama je setiap tahun.
*nama yang berkenaan*
Puasa tak hari ni? kalau tak puasa tak boleh raya.ha! tengah buat ape tue. makan yer?Baju raya berapa helai? Warna ape?Buat kuih raya tak?Akhir sekali..Maaf zahir dan batin..Pecah kaca pecah gelas,Sudah baca harap balas...*alamat rumah*
Begitulah lebih kurangnye masa zaman kanak-kanak. Tanye soalan poyo nak mamp**..Bila pikir balik. Kesah ape aku kan baju raya kau, puasa kau, yang tak tahan siap maaf batin. oh kanak-kanak ada kesalahan batin ke? masa tuh aku tak tau batin tuh ape wooo... Yang kasi alamat mmg part paling best. Nampak sangat cam patut tulis *WAJIB BALAS OK!* hahaha..
******************
Bila dah besar sikit, kad raya masih lagi penting dalam hidup aku, tapi cara pemilihan dah berubah sikit, cari yang agak matured tapi nak yang besar2 je. If dapat pujuk abah mak dapat lah beli yang ada lagu. *heaven*.. Masa neh pon suka lagi hantar2 kad raya. Biasalah kawan-kawan sekolah. Tak pon kawan sekolah rendah, sahabat handai dan tidaklupa juga sahabat pena. kah kah kah..Zaman yang seronok.
Masa zaman neh laa beli bapak segala banyak. Kalau boleh nak hantar kat semua orang. Tapi bila nak beli setem dan pos. Abah jugak. Siyan kat abah. Tapi menghantar dan menerima kad raya memang seronok dan menggembirakan.
Masa zaman agak besar sikit suka cari yang macam neh instead yg karrtun ;
Ihsan encik google. TQ encik google. |
Masa entry neh ditulis aku kat hostel jadi tak boleh nak ambik gambar koleksi kad raya dr kawan2. Aku masih simpan ok. Dan ayat2 pon same je seperti di atas. Ayat poyo. Kisah ape aku,.!
**************
Aku semakin dewasa. Masuk je matriks dah tak menulis sangat kad raya. Tapi masa neh kad raya masih banyak lagi di gunakan dan masih aktif penjualan. Tapi masa neh hantar kepada orang2 terpilih je. Dan kad raya nye mestilah agak matured. nak lebih2 lagi beli IIUM nye kad raya. OOooyeah! Aku bangga belajar di UIAM..yey!yay!
masa neh kadar kad raya yang di hantar dan yang di terima semakin menurun. huhuhu. Tapi masih ada lah dapat cuma dah sangat kurang. Yang penting aku sentiasa excited bila dapat kad raya! Seronok oke.
Kad raya zaman ni tak boleh nak upload. Tak de dalam simpanan lak kad raya IIUM. Bajet best je! hahaha..tak kisah. =P
****************
Sekarang zaman dah berubah. Kad raya pon aku dah tak jumpa lagi jual. Dah tak meriah kad raya. Aku cuba cari tapi tak jumpa. Yang ada semua ambik cara senang.
Upload gambar kat Facebook
Tagged kawan-kawan
Siap!
Okayy. Siapa nak kad raya????
bagi alamat ye. nnt aku pos. sian posmen takde kerja tuh...
4 comments:
serius ke ni???
aku nak kad raya.........
ahahahaha..
"wajib balas ok" tu memang btoi!
Hantwo : serius ape? kad raya? nak ke? tinggalkan address anda...
Kelhome : address anda yg sah. hehehe..
zack : hahaha..tau taper..mmg wajib balas pon..wee~~
Post a Comment