09 October 2010

Recreation Skill [Pangkor] 1-3 Oct

1-3 October hari tuh aku ker Pangkor. But dia macam 2 dan 3 october je sebenarnya. Tapi serious. Memang sangat seronok. tentatif kami :

1 October 2010

10:30 pm : Berkumpul di tangga besar dan briefing 
                 (melepak, bermain2, gossip, menyanyi di tangga besar)
main stairs IIUM



2 October 2010

Pukul 1 pagi baru kitorang bertolak dari UIAM, Kira-kira macam dalam pukul 5 pagi jugaklah sampai Masjid Lumut. Then solat subuh, breakfast dan mencantik2 baru bertolak ke Jeti Lumut. Dari Jeti Lumut naik ferry kePangkor dalam pukul 8.30 pg. Sampai Pangkor tak tahu pukul berapa. 
atas ferry

Then duduk2 tunggu2. Kami dr setiap section dibahagi kepada beberapa kumpulan. Ada group yang buat Land Nvigation dulu start dr jeti. Group kitorang buat land dulu. Berpusinglah satu pangkor mencari landmark yang diberi ikut bearing dan arah kompas kami. Sangat pans tapi sangat seronok. Gembira.

Then sampai checkpoint last kat chalet kami. Lunch dan solat. Then sambung kisah petang pulak. Petang memang drama. Kami jadi group elit tibe2 sekajap. hahaha. patut kami kena buat kayaking dgn water confident dulu but then BA semua dah cukup orang guna kami kena lah pergi abseiling. Yeah!
before naik bukit


Drama di abseiling. Aku nye nervous cam tapenah abseilingkan. Seram gayat woo. But then okey je sebenarnye. Takut dan drama je lebih. wuwuwu. Then dah siap tuh kitorang pergi kayaking dgn water confident. Sangat kelakar dan gembira. Main Air. wuhuuu!!

Hari kami sangat gembira. Selepas tuh kena siap2 nak pergi survival pulak. Kami bajet2 tgk semua orang mndi n tukar baju. Kami pun tukar lah baju n mandi2. Then. sampai di tempat kejadian tiba2. Instructor bagi arahan. Buat dua barisan asing lelaki n perempuan. Masuk dalam air. Oh terbaik. Baju kering dibasahkan oleh air laut. Sangat suka. oh!
Basah after amin air


Then hari pon beransur malam. kami yang basah2 kena nyalakan  unggun api. buat shelter sendiri guna ape yang ada. wah! sgt best! Tapi lame2 api padam gak. hahaha. tak cukup kayu wooo.. Then budak2 group aku yg cpt nantok dah siap shelter masing2 masuk dalam nak tito. wawawa. wa mahu lepak ag laa..tiba-tiba.........

3 October 2010

Tepat jam 12 tgh mlm. Aku terjaga. hahaha. cam ape je kan. Aku terjaga sbb angin kuat gila. Ribut okay. Semua bende aku ternampak berterbangan. pergh. Allahuakbar! Then. Tiba-tiba hujan lebat gila. Raincoat! Cet! Kekuatan alam tak boleh lawan. Meman hujan lebat dan tak lebat. Malam tuh aku tertidur dalam hujan yang sangat lebat! Siap tertidur sambil duduk dan siap berdengkur lagi. gempak! mengantuk woo! dah ar malam, angin, hujan lebat, tepi pantai. Semua dalam otak mati kesejukanlah kami. hahaha. drama!
Then sampai ar pagi kitorang camtuh. dgn hujan sgt lebat. jap2 je bentinye. then kitorang yg basah. sangat pengalaman. tangan n kaki kecut takyah cakaplah. belum campur gigil wooo!! memang pengalaman. pagi tuh dalam pukul 7 baru hujan stop. 

Bila hujan stop dan hari cerah. kami berkumpul. Then cikgu suruh masuk dalam laut. Okay tgk air macam sgt sejuk. tapi bila jejak je kaki. Ya Allahuakbar. Suam airnye! aku pon ape ag. Air suam bai! aku tgh sejuk. pergh. sedap! nikmat!
group kami


Then kami balik ke chalet. Siap2 mandi. Breakfast. Ada evaluation n postmortem dr instructor. Lepas tuh bergambar n bergerak pulang! seronok! Dapat masa nak shopping. hehehe. beli barang2. yeay! 
Sampai UIAM dalam 7.30 malam. Balik bilik. Mandi puas2 n tidur! ooyeah!




5 comments:

Nur Suaidah Bachok said...

ko pergi pangkor???
erkkkk!! bff aku g pangkor kot aritu!!!

Nur Suaidah Bachok said...

under uia nih gak laa.. tarikh sama ngn kau gak~

AKU CHUN said...

hahaha. Achu. kau neh entah2 same je dgn aku kot...

I wanna text with U said...

tetibe nak cakap,
'eyh, kite dulu penah gi pangkor sesame gak en?'...
hahahaha.. :))

AKU CHUN said...

Hil. hahaha. yup yup. *angguk2*