21 November 2010

Kembali beraksi......

Fuhh. Penat membuang sawang, sarang labah-labah belum campur anai-anai yang seakan-akan dah nak siap membina rumah dah. *aish ape aku membebel ni*

Untuk pengetahuan sesiapa yang sedang membaca jika ada. *ayat nk lebih* oke. Aku tengah dok bebel pasai si blog ni lah yang da lama aku tinggalkan sejak exam. Sekarang mula tulis ayat biasa bila aku lupakan blog :

  1. Aku sibuk nak exam
  2. Aku tak ada broadband nak online
  3. Aku tak ada laptop nak online
  4. Maafkan aku blog
  5. Aku tak sengaja


Oke. Itu laa alasan paling aku suka tulis bila aku lupakan blog dan itu sememangnya alasan sangat kukuh sebab aku tak update blog. Aku tak ada internet! Sedih je kan.

Aku tau mungkin tak ada orang baca blog aku. Tapi terima kasih kepada yang membaca.
Aku tau bagi pakar2 blog takkan jejak ke blog aku sebab aku bukan penulis yang berkualiti. Aku Cuma mencarutkan hal aku. Tapi terima kasih kepada yang sudi membaca.
*oke Ana stop bebel. Sejak bila ada org baca blog kau ni*

Kepada Ana yang suka membebel..
Sila berhenti perasan bahawa ada orang nak baca carutan anda di blog anda kerana sesungguhnya apa yang anda tulis pon kacau-bilau dan karut marut dan hanya anda yang faham.

Aku sedihlah. memang aku tak pandai menulis blog tapi aku hanya menulis kerana aku suka membebel dan bila aku membebel di blog aku akan mula melalut menaip ikut suka. tapi aku suka. Aku tak harapkan orang baca dengan cara aku menulis, dengan apa yang aku sampaikan tapi sangat berbesar hati jika ada pembaca. terima kasih. Aku Cuma berpegang, blog adalah free *percuma* dan bermakna percuma untuk menulis, percuma untuk menyampaikan, percuma untuk maluahkan, percuma untuk mengkritik.
 Jadi kadang2 aku sedih bila sesetengah orang mengutuk penulisan di blog yang bercerita tentang diri sendiri tanpa apa2 makna atau moral value dari penulisan tu. Tapi itukan hak blogger. Aku selalu teringin nak berkata kepada golongan yang mungkin tidak sedar ke’percuma’an memblog ni. Kalau suka, sila terukan membaca, Kalau tak suka, sila keluar dengan rela, jangan dikutuk-kutuk. Semua orang ada cara tersendiri dan sebab tersendiri menulis blog.

Woi. Woi. Woi. Ana. Ape kau membebel ni. Suka je meluahkan perasaan walaupun kte dah lama tak jumpa kata blog. hahaha. Oke. Aku bukan nak emo. Tapi aku tau aku menulis suka-suka. Sebab bila dah mula menaip idea datang. Aku cempedak baru belajar memanjat pagar yang makan padi.

Menulis memang seronok. Bukan senang untuk menulis dan menyampaikan sesuatu dalam blog. Setiap orang ada cara dan sebab sendiri. Sebagai manusia cubalah untuk mempositifkan diri. Tengok pada kebaikan walaupun sedikit sebab kadang-kadang kalau kita terlalu focus pada keburukan kita tak sedar yang kebaikan itu tetap ada dan harapan sentiasa ada. Anda bersama saya Farhana, Bersamamu. hahaha.

Oke. Kau mula mencarut lagi. Kesimpulanya. Semakin banyak Ana menaip, semakin banyak Ana melalut ke laut. ~oh

“YA ALLAH, BERIKANLAH KEJAYAAN DAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN FARHANA”

4 comments:

xaty said...

whoa ana! rndu nk dgr ko mbebel..mwahaha

AKU CHUN said...

hahaha. hampeh mu.
aku dah gila tader tenet doe sepanjang cuti.

Mrs Nurul said...

GOODLUCK ;)

noorafzan.blogspot.com said...

ni da hstart cuti sem la ni yea..