Cerita bermula bila pagi hari Jumaat (22/04/2011), bangun pagi seperti biasa. Bersiap seperti biasa. Jalan-jalan seperti biasa. 7.38 pg sudah di bus stop seperti biasa. Menunggu bus seperti biasa. Eh eh. Ada sesuatu yang luar biasa. Mana bus ni. Jam tangan dan handphone sudah pun menunjukkan pukul 7.50 pagi. Aku mula resah. *sila baca intro yang mengarut kerana ia permulaan sebuah cerita yang tak menarik* Mesej Yaa, Mesej Ain : Akhirnya mendapat keputusan untuk naik cab bila jam menunjukkan pukul 8 pg. Oh bus! Kau bagi harapan palsu.
Dalam teksi, dah nak sampai tempat yang dituju tiba-tiba rasa nak mesej mak. Buka bag dan ambik handphone tiba-tiba lagi, mak call!!
Ana : Hello, Ana baru je nak mesej mak.
Mak : Dekat mana tu.
Ana : Dalam teksi.
Mak : ooo..
Oke. Oke. Sudah2. tak ada kena mengena dengan topik.
Mak : Ana petang ni kitorang nak datang KL. Budak-budak ni semua nak pergi Book Fair.
Ana : ooo. Ok. Jangan lupa ambik Ana. Hehehe.
Mak : Tengoklah kalau awal. Kalau lewat pagi esok lah.
Ana : alah. oke lah.
Mak : Dah dah. Pergi masuk office tu. Mak nak kemas rumah ni.
Ana : Ana nak pergi breakfast. Hehehe.
Macam tu lah terlebih terkurangnya perbualan aku dengan mak, permulaan penyebutan Book Fair. Oo yeah. Tak pernah pergi Book Fair sepanjang kehidupan ku di KL. sekarang umur masih 22 baru nak pergi. oO yeah! hahaha.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi mak dah datang ambik dekat UIA with may aunty. Pergi breakfast dan pulang ke rumah. Siap-siap. Abah, Mak n Mak Cik saya ada hal lain. Jadi hanya kami adik beradik pergi ke book fair. Mereka hantar kami ke PWTC. Then kami jalan-jalan berenam di sana.
Oh! Sangat ramai orang. Ramai nye. Baik adik-adik mana kita nak pergi ni. Jom memulakan pengembaraan kita! Wah! Adik-adik saya dah teruja tengok buku banyak-banyak.
Mereka dah semangat-semangat nampak novel semua-semua tuh. Seorang teruja nampak buku-buku islamic, dua orang teruja nampak novel-novel, seorang gang saya masih tak ada keterujaan, yang kecik dah teruja nampak komik. oh. Habislah duit si kakak dan abang nya jap lagi.
Orang sangat ramai dan sangat padat. tapi seronok sebab diskaun banyak-banyak. Waktu teman adik-adik pilih buku di PTS, diskaun dia menarik, untuk student sampai 25%. Wah! Banyaklah tu kan. Mereka pon hamekk kau. Berbuah-buah novel lah seorang. Si Kecik pulak berminat dengan komik-M, komik terbitan orang melayu, agak menarik lah cerita, cepat sokong industri tempatan, sudah-sudah lah baca manga. *untuk diri sendiri* hahaha.
Lepas tu jalan-jalan lagi, Semua booth saya singgah. tengok-tengok, keluar. Maaflah, duit tak banyak nak beli macam2. huhuhu. Memendekkan cerita, penat je taip panjang-panjang bukan ada orang nak baca. Tiba-tiba, dah nampak arah tujuan, Gempak Starz! Ini yang kita cari. Abaikan perenggan di atas. hahaha. Selamat membeli. Mari membeli. Oh! Kenapa banyak yang dah baca ni. Alah! nak beli nak beli.
Kami berjalan-jalan lagi. Berjalan keluar masuk tengok beli dan seterusnya. Oh. Sekarang baru saya tahu. Kenapa orang ramai suka pergi Book Fair. Masa saya pergi sangat ramai dengan penulis-penulis yang kita boleh jumpa. Maaflah saya tak kenal. Tapi boleh dikatakan setiap booth ada. Tandatangan buku-buku mereka. Mesti mereka sangat berbanggakan bila karya diorang dihargai.
Cerita kelakar. Masa dekat booth Moy Publication alah yang jual Ujang tu. Siapa tak tahu tipu. Adik saya beli sesuatu. Dan saya pun tengok paper bag dia cantik. Saya beli. Adalah sebuah buku Ujang dan Apo keluaran lepas dalam tu. Then, tiba-tiba adik saya cakap ada kartunis dia. Yang kecik dah sibuk-sibuk ambik paper bag dan buku nak mintak tandatangan. Mereka berdua yang kecik pun semangatlah mintak tandatangan. kartunis dia ada lukis kartuin dia tepi tu sikit-sikt. Wah! saya teruja sebab dia senang je tengok dia lukis. yang Kelakar Selepas dapat tandatangn dan kami nak bergerak-gerak, kartunis dia dah bangun berdiri kt tmpt lain. Saya tunjuk, adik saya boleh tanya siapa. Kitorang yang lain-lain gelaklah. Tadi semangat mintak tandatangan, rupa-rupa tak perasan pun siapa. Kanak-kanak sungguh.
Sudah-sudah Ana. Panjang sangat dah entry ni. Ok. baiklah. Kami pulang naik pengangkutan awam. Seronok juga rupanya Book fair ni. Sekian Terima Kasih.
4 comments:
wahhhh,seronokla dpt pi bookfair tue...ingat nak pi tp x sempat sebab examm mood....smpai 31 nie ea??....
memang seronok pi pameran buku... kita dah pegi smlm...
biase kalau pameran buku mesti ade diskaun..best ! hehe :)
unie farahani : seronok lah jugak. sebab dengan adik2. hehehe. kesianye dia exam. next time pegi ek.
Wanzi :betul2. setuju. suka kan kan kan.
Fatien : diskaun memang terbaekk!
Post a Comment