Menghitung hari weyh. Menghitung hari. Setiap hari kot aku tenung calendar tu. Sehari aku rasa setiap 5 minit kot aku tenung je calendar tu. Mengharapkan tarikh akan berubah semakin cepat dan cepat dan cepat. Belum kira aku tenung jam lagi. Mengharap masa berlalu dengan sangat pantas. YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan.
Fuh!! Lama lagi lah nak habis praktikal. Bosan sungguh bosan. Bila lah nak habis. Tak sabar nak tunggu cuti 2 bulan di rumah. Oh heaven! Cepatlah habis praktikal. Sangat dah tak sabar nak meneruskan plan selepas. Oh! Bosan. Bosan. Bosan.
Praktikal. Anda disarankan untuk habis secepat mungkin. Sesungguhnya saya dah penat. Saya tak suka bekerja. Saya bosan bekerja. Oh! Kerja memang sangat tak best. Kenapa semua orang suka bekerja?
Kenapa kerja tak best??
- Tidak boleh tidur selepas subuh.
- Tidak boleh tidur petang.
- Kena jalan awal-awal pagi.
- Kena makan dalam masa sejam je.
- Tak boleh lepak-lepak hari biasa.
- Tak boleh tengok movie murah.
- Kena fokus je dalam masa 8 jam.
- Kena serious je.
- Kena marah dan kena bebel.
- Kena buat apa yang tak suka.
- Kena masuk ikut waktu, balik ikut waktu.
- Tak boleh ponteng.
- Kena jadi rajin.
Segala jenis alasan yang aku senaraikan,yang aku rasa boleh diterima dan dipakai. Sangat-sangat boleh di terima oke. Aku tak tipu., Betul-betul-betul ni.
Oh! Sangat tak sabar nak balik rumah selepas habis praktikal tanpa perlu fikir nak kerja tanpa perlu fikir nak kena marah. Dan yang paling best nak duduk rumah golek golek guling guling makan makan tidur tidur dan membuang masa bersama keluarga. Oh heaven!
Kenapa semua orang rajin tolong fikirkan untuk aku? Kenapa tak ramai yang nak ambil accounting dalam family aku. Kenapa kenapa kenapa? Tolognlah. Sekarang semua orang nak fikirkan untuk aku. Oh!
“Ana, Lepas ni sambung ACCA ke?”
“Ana, Lepas ni sambung master ke?”
“Ana, Lepas ni kerja ke?”
Oh! Kenapa semua orang nak tolong fikirkan untuk aku. Oh! Aku sangat-sangatlah tak tahu. Dalam fikiran aku nak duduk rumah je. Nak buang masa. Nak habiskan duit. Nak buatlah ape yang patut dulu, sampai aku bosan dan baru cari kerja.
Penat sangat-sangat oke. Dari pada kecik sampailah SPM aku belajar je. Then tak sempat ape-ape, dapat PLKN, tak duduk rumah lagi. Lepas PLKN duduk rumah sekejap kata aku, dah dapat matrik UIAM. Oh. Belajar matrik sangat-sangat lah penat. Aku sendiri pon tak sangka aku boleh habiskan matrik dengan oke. Alhamdulillah.
Bila dah masuk UIAM, fuhh! Belajar lagi. Tak sempat cuti lama pulak tuh. Yelah UIAM neh kan jenis yang cuti sekejap-sekejap je. Oh. Kesedihan. Oleh kerana, sebab-sebab-alasan-alasan di atas lah aku rasa aku perlukan cuti untuk membuang masa sekejap lepas habis degree. Nak merasa hidup membuang masa. Oh!
3 comments:
keje mmg x best sebab x leh tido petang.. setuju !!!
anda kuat tido...~
Mimie : Kan kan kan!!
Adib Syazwan : hahaha. kalau hobi tidur kena buat selalu. hahaha.
Post a Comment