Selalu terfikir sorang-sorang. Pernah pulak nak fikir beramai-ramaikan. Sambung, selalu je terfikir nak ada blog yang ramai orang baca, ini blog ni, aku rasa macam tak ada je orang baca. Tapi tujuan aku tulis blog ni mula-mula sebab macam menarik je tulis blog. Bila dah ada blog baru aku tahu, susah nak tulis blog. Tengok ar ayat aku dari atas sampai bawah ni sekarang ni, berterabur, selekeh, serabut. hahaha.
Tetapi sekarang aku sedar kenapa blog aku tak ada orang baca sebab kerana :
- Tak ada apa yang menarik berlaku dalam kehidupan seharian aku untuk menarik ditulis dan dibaca
- Aku tak ada result SPM yang tinggi atau CGPA yang gempak nak buat orang baca blog aku
- Aku tak ada pakaian warna-warni atau gambar cantik-cantik nak tarik minat orang baca blog aku
- Aku tak pandai nak menulis
- Aku tak ada suara sedap nak upload video banyak-banyak
- Aku tak ada suami kacak dan anak yang comel nak diceritakan kisah mereka
- Aku tak ada camera mahal nak upload gambar
- Aku tak pergi melancong ke luar negara untuk diceritakan
- Aku tak pernah naik kapal terbang
- Aku tak pergi makan tempat-tempat mahal nak letak gambar makanan yang cantik dan mahal
- Aku tak pergi kelas naik kereta
- Aku tak ada barang-barang comel di bilik
- Aku tak ada banyak buku nak review
- Aku tak ada kasut cantik
- Aku tak ada ramai peminat dekat facebook
- Aku tak ada ramai follower di twitter
- Aku tak ada internet di bilik
- Aku tak ada haiwan peliharaan comel, hanya ada nyamuk yang banyak
Oke sekarang sebelum aku masuk perkara-perkara mengarut baik aku berhenti di sini! Yang perlu semua orang tahu, jika ada yang membaca. Ini blog aku!
12 comments:
men seo la..msty ribu riban yg serang blog awk ni..ahaha
yoshhh jangan berputus asa. alaa. macam df dulu pon same je. huhuhu . takde org nak follow pon dulu but now dah mningkat. Alhamdulillah
takpeee... sama2 lahh kita memajukann blog kita... setiap org ada kelebihan masing2... peace !
blog deno pun tak ramai... huhu
No 18 tu klaka la, Hehe C:
tanamkan niat kite menulis bukan untuk tarik follower atau nk tingkatkan traffic, tanamkan niat kita bloging untuk sharing is caring, kita manulis untuk membahagiakan diri kita :)
hahaha. ada jugak orang nak kasi respon. yay! happy lompat-lompat.
kdg2 rase macam kita ennoying dgn blog sendiri kan?? heeee
hahaha. tepat sekali!
takde orang baca.?
tapi aku baca je.
kejap..
kau nak kata aku bukan orang,kan..?
kurang asam.
Serious kalau kau tak tulis kau orang memang aku tak tahu kau orang!
Buat la kontroversi. Mcm artis selalu buat tu. Ada satu blog baru yg dah buat panas.. Teruk kena hentam. Trafik memang mencanak naik. Tapi trafik marah la.
Dia buat blogwalking dengan mesej : blog ni menipu.
Hehe..
Blog dia.. wangsablogger.com
bukan nak promote.. cuma nak bagi contoh.. Bukan blog saya pun..
Post a Comment