Tadi kan tadi kan tadi kan kite kan temankan abah kite kan. *berapa banyak kan dalam ayat disebelah*
Pagi tadi saya teman abah saya pergi beli garam. *hoi, itu tak perlu berteman!*
Yelah. Saya pergi sarapan dengan abah saya, Lepas tu kami pergi beli barang nak masak lunch. Abah teringat garam kat rumah dah nak habis. Jadi, kami pun pergi membeli garam. Rumah kami menggunakan garam bukit halalgel. Saya suka garam itu. Kurang masin dan sesuai dengan masakan saya. Pergh. Ini iklan tanpa bayaran.
Mula-mula, kami pergi ke Pasaraya Terus Maju. Tiada.
Kemudian, kami pergi ke Pasaraya Tunas Manja. Tiada.
Setelah itu, kami pergi ke Muslim 1stop center. Tiada.
Kami ambik kepututsan untuk ke Giant, Ada.
Keseimpulannya, susah juga untuk membeli garam.
No comments:
Post a Comment