04 January 2012

Single dan tak single!


Aku memang suka tengok orang atau semua orang macam aku? Kalau aku lah kan, suka je dengar je apa orang cakap, kalau orang suka sangat A, so berceritalah ikut situasi, takkan nak kutuk A tak beragakkan. Then, kalau orang dok kutuk-kutuk punya baik kisah C, takkan aku time tu jugaklah nak masuk cerita kisah C yang terbaik. Itu bikin gaduh ye kawan-kawan. Tapi kadang-kadang ada jugak jenis orang yang orang tengah topic D, kau tiba-tiba  cakap tentang M,N,O,P , yang itu memang tak lama lah kau berkawankan!

Oh! Setakat aku tahu, blog aku ni tak ada orang pun yang baca. So, boleh aku membebel lebih sikitkan kan kan. Kali ni, nak cakap dua jenis manusia yang memang selalu wujud di sekeliling aku dan mereka sentiasa ada.

(Idea asal : Bila tengok wall Ain dekat library, dan beliau menyuarakan sesuatu)

Situasi  1

Mesti korang selalukan tengok kawan-kawan yang confirm single dan bukan mensingle post or share sesuatu kat facebookkan. Contoh :
1.  Gambar :

2.  Status : “  Aku single, so kenapa?? Salah ke??”  ATAU “Sunyilah” ATAU “Single is blah blah blah blah”

Biasanya macam tulah aku baca, malas nak print screen, identity dirahsiakan, awww. Kalau korang apa respon korang bila baca semua tu? Setakat aku dengar (aku kan suka mendengar), dua jenis golongan yang membebel bukan yang mengkomen.

Golongan 1 (orang single yang belum nikah)

Aku pun single jugak, jom kahwin dengan aku. (Oke ni tipu)

Golongan 2 (orang couple-couple yang belum nikah)
“Asal perempuan/lelaki ni, suka sangat tulis macam tu. Aku benci gila orang tulis macam ni. Entah pape je. Perlulah kau nak bagitahu semua orang kau single kan” *sambil buat muka*

Aku malas nak tulis panjang-panjang, sebab kalau aku pun menyampah jugak dengan situasi macam ni. Tapi bila aku buat fikirang makcik-makcik positif, ‘biarlah, untung-untung ada orang mengorat dia jap lagi, ouch!’

Situasi 2
Mesti korang selalukan tengok kawan-kawan yang confirm couple (alah yang bubuh gambar dia rasa sweet sangat tu) post or share sesuatu kat facebookkan. Contoh :
1. 

2. Status : ‘(siyal, kena google pulak nak reka takpandai)'

Biasanya macam tulah aku baca, malas nak print screen, identiti dirahsiakan, awww. Kalau korang apa respon korang bila baca semua tu? Setakat aku dengar (aku kan suka mendengar), dua jenis golongan yang membebel bukan yang mengkomen.

Golongan 1 (orang single yang belum nikah)

“Ah. Rimas betul aku. Bukannye dah nikah pun, couple mak bapak pun tak tahu nak sweet2 sangat konon, sebulan lagi orang lain pulak dia ber’sayang2’”

Golongan 2 (orang couple-couple yang belum nikah)

“Sweetnya diorang ni”
“Romantik je  diorang ni kan,”

Aku malas nak tulis panjang-panjang, sebab kalau aku pun menyampah jugak dengan situasi macam ni. Tapi  aku tak boleh nak cakap apa, sebab aku pernah membebel pasai status or gambar yang sweet kata mereka ni. Beberapa orang kawan yang dari golongan couple yang belum nikah cakap kat aku, “Kau tak couple lagi kau tak tahu, kau tak faham”, dalam hati aku “perlu ek aku faham?”, luar aku cakap “sambung membebel”…

So, apa kata korang yang mungkin baca blog aku ni??
*korang tak kena korang tak paham,hahahah!*



 


2 comments:

xaty said...

Situasi 1:
Ayat kt gambar tu nak pujuk diri sendiri tu... Kih3..

Situasi 2:
Diorang takde phone no. couple masing2 kot nak hantar msg loving2. Tu pasal la bersayang2 kat laman sosial je. Kesiannnn~
Tooooo much PDA. Not good.

Anonymous said...

Hei guys , Mungkin AS jauh lebih baik dari menjaga Suriah Bashar ?