Aku memang suka tengok orang atau
semua orang macam aku? Kalau aku lah kan, suka je dengar je apa orang cakap,
kalau orang suka sangat A, so berceritalah ikut situasi, takkan nak kutuk A tak
beragakkan. Then, kalau orang dok kutuk-kutuk punya baik kisah C, takkan aku
time tu jugaklah nak masuk cerita kisah C yang terbaik. Itu bikin gaduh ye
kawan-kawan. Tapi kadang-kadang ada jugak jenis orang yang orang tengah topic
D, kau tiba-tiba cakap tentang M,N,O,P ,
yang itu memang tak lama lah kau berkawankan!
Oh! Setakat aku tahu, blog aku ni
tak ada orang pun yang baca. So, boleh aku membebel lebih sikitkan kan kan.
Kali ni, nak cakap dua jenis manusia yang memang selalu wujud di sekeliling aku
dan mereka sentiasa ada.
(Idea asal : Bila tengok wall Ain
dekat library, dan beliau menyuarakan sesuatu)
Situasi 1
Mesti korang selalukan tengok
kawan-kawan yang confirm single dan bukan mensingle post or share sesuatu kat
facebookkan. Contoh :
1. Gambar :
2. Status : “
Aku single, so kenapa?? Salah ke??”
ATAU “Sunyilah” ATAU “Single is blah blah blah blah”
Biasanya macam tulah aku baca,
malas nak print screen, identity dirahsiakan, awww. Kalau korang apa respon
korang bila baca semua tu? Setakat aku dengar (aku kan suka mendengar), dua
jenis golongan yang membebel bukan yang mengkomen.
Golongan 1 (orang single yang
belum nikah)
Aku pun single jugak, jom kahwin
dengan aku. (Oke ni tipu)
Golongan 2 (orang couple-couple
yang belum nikah)
“Asal perempuan/lelaki ni, suka
sangat tulis macam tu. Aku benci gila orang tulis macam ni. Entah pape je.
Perlulah kau nak bagitahu semua orang kau single kan” *sambil buat muka*
Aku malas nak tulis
panjang-panjang, sebab kalau aku pun menyampah jugak dengan situasi macam ni.
Tapi bila aku buat fikirang makcik-makcik positif, ‘biarlah, untung-untung ada
orang mengorat dia jap lagi, ouch!’
Situasi 2
Mesti korang selalukan tengok
kawan-kawan yang confirm couple (alah yang bubuh gambar dia rasa sweet sangat
tu) post or share sesuatu kat facebookkan. Contoh :
1.
2. Status : ‘(siyal, kena google pulak nak reka takpandai)'
Biasanya macam tulah aku baca,
malas nak print screen, identiti dirahsiakan, awww. Kalau korang apa respon
korang bila baca semua tu? Setakat aku dengar (aku kan suka mendengar), dua
jenis golongan yang membebel bukan yang mengkomen.
Golongan 1 (orang single yang
belum nikah)
“Ah. Rimas betul aku. Bukannye
dah nikah pun, couple mak bapak pun tak tahu nak sweet2 sangat konon, sebulan
lagi orang lain pulak dia ber’sayang2’”
Golongan 2 (orang couple-couple
yang belum nikah)
“Sweetnya diorang ni”
“Romantik je diorang ni kan,”
Aku malas nak tulis
panjang-panjang, sebab kalau aku pun menyampah jugak dengan situasi macam ni.
Tapi aku tak boleh nak cakap apa, sebab
aku pernah membebel pasai status or gambar yang sweet kata mereka ni. Beberapa
orang kawan yang dari golongan couple yang belum nikah cakap kat aku, “Kau tak
couple lagi kau tak tahu, kau tak faham”, dalam hati aku “perlu ek aku faham?”,
luar aku cakap “sambung membebel”…
So, apa kata korang yang mungkin
baca blog aku ni??
*korang tak kena korang tak
paham,hahahah!*
2 comments:
Situasi 1:
Ayat kt gambar tu nak pujuk diri sendiri tu... Kih3..
Situasi 2:
Diorang takde phone no. couple masing2 kot nak hantar msg loving2. Tu pasal la bersayang2 kat laman sosial je. Kesiannnn~
Tooooo much PDA. Not good.
Hei guys , Mungkin AS jauh lebih baik dari menjaga Suriah Bashar ?
Post a Comment