Dulu, saya pernah menjadi penakut dan seram jika membayangkan terpaksa ke klinik gigi. Ini pengakuan benar dari saya. Tetapi oleh kerana, saya yang sangat tidak pandai menjaga gigi dan asyik sakit gigi, saya telah menjadi seorang yang tidak seram lagi dengan klinik gigi.
Sebelum ini, saya ada cakap SAKIT GIGI ! kan. Hoi sakit kau tahu! Denyutan, sampai tak tidur malam hoi!
Keesokkan harinya, saya terus mengajak emak buat appointment di klinik gigi berdekatan. Malam tu jugak saya jumpa dr tu. Saya pun memulakan cerita, gigi yang sakit pernah ditampal tapi tercabut, lalu saya menampalnya semula (macam tampal kertas lak) tapi masih sakit.
Dr tu pun cakap, ooo tengah sakit kami tak boleh buat pape. So, dia tampal sementara je gigi aku yang sakit tu dan kasi antibiotik suruh habiskan. Dalam dok bertahan tak makan makanan keras dan macam-macam lagi, tiba-tiba tampalan sementara tu tercabut. Cuak beb!
Doktor cakap, gigi berlubang jadi sakit sebab bakteria dr makanan yang saya makan. ahaha. Buruk perangai bakteria ni, gigi berlubang pun suka. ape lah!
Keesokkan harinya, terus pergi klinik untuk dapatkan tampalan kekal. Dengan semangat! Nampak!
Kisahnya, saya dah tak takut untuk ke klinik gigi!
No comments:
Post a Comment