Betul orang cakap, pakaian kita melambangkan kita ni orang macam mana. Ye tahu! Ada orang cakap juga, "Don't judge a book by its cover", tapi tak ke kau rasa ada betulnya apa aku cakap ni.
Tengok diri aku je lah, cara aku berpakaian. Sila buat kesimpulan bahawasanya, "aku pemalas". Dengan berpakaian selekeh, tudung - capai je mana-mana tak fikir kaler, baju - yang mana nampak, seluar - itu je lah ulang *pakai basuh pakai basuh*, stoking - mana sempat capai je, kasut - itu je sampai koyak rabak. Ha! Tak ke lepas baca ni, orang akan kategorikan aku sebagai pemalas?
Eh eh. Aku tak maksud nak judge orang islamik ke tidak ke apa. Tapi kalau dah kau orang islam tapi pakaian kau non-muslim pun malu nak pakai. Acaner?
Kadang-kadang, aku pelik. Orang suka je jawab tak sampai seru lagilah, belum bersedialah. Ek eh. Yang masa kau mengucap dua kalimah syahadah tu, kau sedar tak? Itu bermakna kau bersedia menjadi orang islam, mengamalkan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang.
Ye! Aku tak cakap aku ni orang baik ke orang islamik sangat ke tapi setakat ni aku berusaha menjadi muslim yang taat. Memang manusia pernah buat salah, tahu nak membangkang je, nak ikut fikiran sendiri je. Aku pun gitu. Tapi bila aku dah lama hidup, baru aku sedar apa sangatlah aku dapat dengan perangai macam tu. Baik aku jadi hamba yang taat, untung dunia untung akhirat wa cakap!
Dah dah! aku tahu, orang yang kenal aku kalau baca ni mesti macam, eh kau ke yang tulis ni! Aku pun tengah fikir aku ke yang tulis ni?
Kawan-kawan! Ingatkan aku kalau aku lalai. Jom jadi ahli syurga sama-sama jom.
No comments:
Post a Comment