31 December 2011

2011

2011 | Ada apa-apa yang menarik ke? Ada ke? Ada ke?

Jawapan :

TAK ADA!

Azam?

TAK INGAT

Belajar?

TAK RAJIN

Ha! Kan tengok kan kan kan. Sama je hidup aku.

Makan bersama laptop, tidur bersama laptop. Oh kesian perempuan ni.

TAPI.....

Saya sangat bernasib baik.

Saya ada KELUARGA yang best!

Saya ada KAWAN-KAWAN yang best!

Mereka selalu ada!

Dan tidak lupa........

Saya ada LAPTOP yang best!

Sentiasa bersama! hahaha.

12 December 2011

Marah


[gambar curik dari Encik Google]

Orang selalu je dengan bangganya mengaku, “aku cakap lepas je” , “aku suka sound orang”, “aku kalau tak suka, aku cakap je”..Ye! kadang-kadang aku pun macam tu, tapi tak adalah dengan bangganya aku nak kasi tau semua orang. Hello! Tak chun pun kau buat macam tu. Takdalah aku rasa membanggakan sangat. Kau sedar tak yang kau buat tu buat aku lagi menyampah dengan kau. Fuh! Nasib baik ada blog boleh aku tulis.

Kadang-kadang bila nak marah aku rasa nak cakap je, tapi bila memikirkan kadang-kadang apa yang orang buat tu aku pernah buat dekat orang lain dalam sedar atau tak sedar aku simpan jelah marah aku. Ye! Memang aku tengah marah masa aku tulis ni. Aku tak taulah nak kata aku sabar semestinya tidak, tapi bila fikir-fikir dari aku sound-sound orang, orang sakit hati dengan aku dan aku dengan orang tu nanti jadi awkward baiklah aku simpan je marah aku. Fuh! Kurang serabut aku bila aku luah dekat kau ni blog! Hamek kau!
[gambar curi dari encik google]


Betul! Tak tipu. Aku memang selalu je cakap je kalau aku tak suka but dengan cara yang sesetengah orang boleh terima dan sesetengah orang anggap gurauan atau sesetengah yang buat tak dengar je. Biarlah! Aku pun dah malas nak kisah. Kalau nak di listkan apa aku tak suka. Macamlah orang semua suka dengan apa yang aku buatkan. So baik aku simpan sorang-sorang, aku sakit hati sorang-sorang. Alah setakat sakit hati tak lama mana pun. Tak sempat ape-ape aku dah lupa nanti. Dari aku buat orang benci aku yang entah-entah orang jadi tak suka aku lama-lama. Oh! Taknak!

Yang ini memang aku ingat selalu,

Nabi SAW bersabda maksudnya :
apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring

(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)