Chun!

14 June 2013

Batuk sikit

Aku anggap je batuk ni sikit

Tekanan hoi! batuk batuk.

Tapi...


Jadi, saya pun istighfar je banyak-banyak.

Tidak mengeluh. Tidak.

Jangan Ana jangan!

13 June 2013

Batuk

Huh!

Batuk tak hilang-hilang.

Mungkin balasan kegembiraan melampaui batasan.

Dapat pergi umrah.

Memanglah gembira!

12 June 2013

Umrah

22 Mei

Dalam pukul 12 tengah hari kitorang bertolak naik bas ke KLIA! Yay! Saya dah eksaited lebih-lebih. First sebab dapat pergi umrah n lain-lain punya eksaited adalah dapat naik kapal yang terbang dan pergi luar negara. Oke. Dah tua-tua baru dapat naik kapal terbang dan pergi luar negara. Tetap gembira!

Flight kami malam! tak ingat pukul berapa. Malas nak tengok semula. Malas. Malas. Kami ke Mesir dulu! Eh eh. Lupa nak cerita, kami transit di Bangkok sejam. Kemudia terus ke mesir. Berapa jam malas nak kira juga. Ye tahap pemalas belum hilang. Belum. Susah nak kira jam, kami sampai dalam pukul 5.30 pagi waktu mesir.

23 Mei - 26 Mei (25 Mei Birthday saya!)

Malas nak cerita panjang. Jalan-jalan di Mesir. Mesir tengah musim panas. Agak terik lah jugak tapi angin dia sejuk. Saya suka. Saya suka. Upload gambar adalah malas!

27 Mei - 29 Mei

Bertolak ke Madinah. Lagilah saya eksaited. Sangat! Sangat! Naik flight dalam 2 jam kot. Sampai dekat-dekat nak subuh. Subuh dalam 3 lebih ke 4 gitu laaa. Sampai je siap-siap bahagi bilik, parent terus ajak pergi subuh. Oh! Masjid Nabawi.

Ziarah Wida' sangat sedih. Tak mampu nak terkata-kata. Sekejap sangat masa disamping Rasulullah. Sekejap sangat.

29 Mei - 3 Jun

Mula perjalanan ke Mekah. Lepas zohor. Singgah Miqat di Bir Ali. Masa tu eksaited takyah cakap lah! Naik bas tak samapai setengah jalan dah krooh krohhhhhh. 

Sampai Mekah malam-malam lagilah jugak. Sebab dalam ihram, terus ajak abah dengan mak buat umrah. Alhamdulillah sebelum subuh selesai satu umrah.

3 Jun 

Pagi pukul 7 dah buat tawaf wida'. Sedih sangat. Masa lambai-lambai Kaabah tu sedih sangat. In sha Allah akan datang lagi. Nak pergi lagi! Nak pergi lagi! Rasa sekejap sangat. Lepas tu terus balik bilik pergi toilet semua-semua, naik bas. Bertolak pulang. :(

Naik kapat yang terbang di Airport Jeddah. Tukar flight kat Mesir dulu. Dua jam gak perjalanan tuuuu. Dah nak balik. Naik dari mesir sama perjalanan macam mula-mula, tidur tak sedar apa, transit Bangkok sejam. hahaha.

Sampai Malaysia!