31 March 2013

perangai manusia

Syitah kata, "sekarang kau memang nak sangat kerja, nanti kalau dah kerja mesti kau tahu perasaan aku"

Aku kata, "sekarang aku rasa macam nak je ganti kau pergi kerja"

Semua kawan-kawan yang bekerja akan  bising bila ahad menjadi malam.

Yang belum kerja, mengharap ada keajaiban di hari Isnin.

Doakan.

30 03 2013

Aing cakap "ini first kita jumpa 2013"

saya kata, "ooo" sambil pandang-pandang Iking.

 "takperlu kot", kata saya kepada Iking, di depan Aing sambil jeling-jeling Aing.

Aing mendengar perbualan kami.

Itu cara saya menghargai kawan-kawan saya.




Gayat

Iking kata "orang tinggi tak patut gayat, sebab dia dah biasa dengan ketinggian"

soalan saya :

mana logiknya?

perlulah begitu?

mestikah?


Hahaha.

Sekarang saya rasa Iking sangat-sangat comel.

Sampai ke situ fikirnya.

Kawan

Saya jumpa Yaa.

Saya lepak dengan Amal.

Saya lepak bilik Pah.

Saya kacau Raja Wani.

Saya peluk-peluk dengan Ame.

Saya jalan-jalan dengan Iking dan Aing.

Saya pergi rumah Aida sekejap.

Saya jumpa Syitah.

Kawan-kawan.

Saya sayang korang.

Sayang!


29 March 2013

Usaha

Sila berusaha.

Jangan nak takut sangat.

Kalau takut.

benda tetap kena hadapi.

Tak ada cara nak mudah.

Usaha juga penting.

*bebelan untuk diri sendiri*

Cuba!

Saya kena!

Saya perlu!

Saya mesti!

Cuba!

Oke ini bukan iklan sabun cuci baju simbah air terus putih. bukan. bukan.

tapi ini adalah kata-kata semangat untuk diri sendiri.

untuk berjaya!

28 March 2013

Harapan

harapan pagi-pagi

dapat bangun subuh awal

dapat jog 4-5 round

dapat exercise dekat tepi pantai 2 jam

dapat tengok matahari terbit

dapat makan nasi lemak kerang

tapi

harapan!

Harapan menjadi layuuuuuuuuuu........

so sial sangat terpaling

macam-macam laman social dah aku rasa wujud.

aku?

tak tahu apa-apa.

masih di bawah tempurung.

tak bergerak-gerak.

duduk diam-diam.

harap yang bulat datang bergolek.

bunyi tak guna sangat kan.

sangat.

tapi aku belum rasa tak guna sepenuhnya.

oh! itu ayat jaga hati sendiri.

hati orang lain?

tiada siapa baca blog ni.

27 March 2013

Teringin

Selalu teringin nak minta maaf dengan semua orang.

Rasa banyak sangat buat kesalahan.

Dengan parents, adik-adik, ahli keluarga.

Lagi-lagi pendidik-pendidik saya.

Kawan-kawan yang selalu aku bertindak kejam dengan mereka.

Dengan orang-orang yang pernah terlibat secara langsung dengan kehidupan saya.

Dengan orang yang secara tak langsung penglibatan kesalahan saya.

Dengan orang yang lalu lalang lalu saya mengutuknya atau menggelakkannya.

dengan kucing-kucing yang eprnah disepak.

dengan lipas, semut, nyamuk yang pernah di spray!

Oh tak mampu.

Saya tak mampu nak jumpa semua orang nak minta maaf.

Buat pengumuman secara terbuka boleh?

Tolonglah maafkan kesalahan saya.

Tolong.

26 March 2013

saya tahu

Macam-macam kata orang.

orang kata itu.

orang kata ini.

saya pula kata.

Maaf.

24 March 2013

cari kerja.

ye masih.

meneruskan kegiatan harian.

Kerja.

Cepatlah menemui saya.