29 July 2013

Tahun 1

"cikgu, cikgu, kita mewarna tak hari ni. Saya nak mewarna cikgu. Ini warna baru saya. Belum dapat guna lagi", kata seorang kanak-kanak sambil menunjukkan warna dia kotak yang besar tu.
Kau tengok! Bila kita suruh mewarna dia tak mahu. Bila kita nak suruh buat benda lain dia nak mewarna. Oke itu tahun 1. 

oh ye! Budak yang mintak nak mewarna tu macam Russel dam cerita Up! Geram! hahaha, 

28 July 2013

Susahnya nak kawal mulut sendiri

Susah hey susah!

Kawal dari makan macam-macam

Kawal dari cakap macam-macam

ye kesedaran untuk kawal memang ada.

tapi nak praktikkan itu susah!

Bila dah termakan banyak-banyak dan macam-macam baru sedar

Bila dah terlepas cakap baru nak sedar

Part makan itu hanya gemukkan diri sendiri

Part terlepas cakap itu mensakitkan hati orang

oh itu bahaya.

Saya dah lah manusia yang malu nak minta maaf.

Susah nak ucapakan maaf.

Duhai yang membaca.

Maafkan saya boleh!

27 July 2013

Soalan mereka

Soalan kanak-kanak. Susah hoi!

Tapi saya tahu mereka memang memerlukan jawapan. Walaupun soalan mereka sangat kelakar atau tiada logik atau tak perlu tanya. Sejak menjadi cikgu ganti dah bermacam-macam soalan saya di tanya.

"cikgu, ada tak ular yang tak berbisa"

"cikgu, ular sawa tu besar ke?"
"cikgu, kenapa kena tasmik?"

"cikgu, kenapa kena belajar?"

"cikgu, kenapa Darwisyh tidur?"

"cikgu, bila nak balik?"

"cikgu, ada tak bola bentuk lain?"

"cikgu, nampak pensel saya tak?"

"cikgu, bila kita nak balik?"

"cikgu, kenapa gambar ni macam ni?" 

"cikgu, apa ni cikgu?"

"cikgu, macam mana nak guna ni cikgu?"

"cikgu, macam mana cikgu pakai tudung ni? mak saya tak pandai nak pakai" - tanya seorang kanak-kanak lelaki tentang tudung bawal.

"cikgu, kenapa baju cikgu basah?"

"cikgu, cikgu dah kawin?"

"cikgu, kenapa cincin cikgu besar?"

"cikgu, cikgu suka Thor ke Captain America ke Hulk?" - Masa ni cikgu pilih iron man dan gaduh dengan budak Iron Man paling kuat. 


Nampak macam simple. Sila bayangkan diri anda dikerumuni kanak-kanak kecil sambil bertanya dalam satu masa. Kau tengok, kau tengok, kau tengok! Itu sikit je soalan tu. Dalam satu kelas je. Silal bayangkan sehari ada 3 atau 4 kelas. dan ianya melibatkan kanak-kanak. 

Aku jawab semua soalan ok. Semua. Sebab dari dulu dah aku pernah terbaca, setiap soalan kanak-kanak mereka memang memerlukan jawapan. So, jawab je lah.


24 July 2013

Bosan

Macam-macam perkara membosankan aku.

Malas nak cerita.

Orang akan kata.

"itu pun nak bosan"

Kadang-kadang diri rasa susah bila hidup di dunia "orang kata"

tapi itu hakikat.

Simpan sakit hati.

Fikir makanan berbuka!

23 July 2013

Perut

Tadi ada seorang budak perempuan tu, tiba-tiba dia cucuk perut sayaa masa tengah sembang-sembang dengan dia, lepas tu dia jerit dekat kawan-kawan dia " Hey, Perut cikgu buncit!". Ok itu kelakar atau saya patut sakit hati.

Setiap orang kena percaya, saya sangat gemuk!

22 July 2013

Serabut sorang-sorang

Saya selalu je menserabutkan diri.

Perkara tak perlu fikir saya fikir.

Saya fikir fikir.

Lepas tu rasa nak marah.

Lepas tu rasa bersalah.

Lepas tu rasa dunia ni bersimpul-simpul.

Ye saya memang malas berfiikir.

20 July 2013

13 July 2013

Sibuk. Mungkin!

Aku sibuk?

Macam tipu.

Tapi sila percaya.

Aku malas nak menaip di sini.

Banyak perkara jadi. Konon.

Ye dah sebulan. Hahaha.