28 April 2013

Doa

Kita selalu berdoa,

minta itu ini dengan Allah,

tapi kadang-kadang apa yang Allah suruh, kita tak buat.

Mungkin kita lupa tapi Allah tak pernah lupa kita. Tak pernah.

Kita doa mintak banyak-banyak, 

Allah akan makbulkan tapi kadang-kadang bukan dengan beri apa yang kita mintak, Allah beri lebih baik lagi cuma kadang-kadang kita tak sedar.

Allah takkan uji kita dengan apa yang luar kemampuan kita.

24 April 2013

Politik sekarang

Pergh. Masa-masa pilihan raya ni aku pun nak cerita politik kah? hahaha. Tidaklah. Cuma nak berkongsi sesuatu. Aku terbaca di facebook.


Tadi sembang dgn sorang akak ni.
Aku : Assalamualaikum.(sambil senyum)
Akak : Wkmslm. Student sini ya.
Aku : Haah, akak dari mana?
Akak : Ouh akak duduk Putrajaya, tunggu suami ni ha.
Aku : Ouh Putrajaya...tempat Husam Musa lah ya.mengundi sana ke kak?
Akak : Em tu lah dik, kitorang kakitgn kerajaan ni mcm rasa lebih baik tak keluar pergi mengundi. nak duduk rumah je lagi selamat.
Aku : Ish, kenapa pulak camtu kak?
Akak : Kitorng ni, kerajaan dah ckp siap2 dah.kalau tak pangkah dorang nanti jgn salahkan dorang kalau gaji tak naik, pangkat tak naik, dipindah kerja ke pedalaman etc. So, kalau kami ni, hati nak pangkah PR tapi kalau pangkah kang hmm...so kami rasa lebih baik tak payah keluar ngundi terussss..
 
so!nampak tak, mereka ni main politik ugutan! politik umpan (spt kes Air Sgor), politik lucah, politik fitnah n mcm2 lagi. 
Last tadi aku pun ckp kat akak tu, kak..rezeki ditgn Allah kak. kita takleh bergantung pada makhluk. Akak jgn tak keluar mengundi kak, sebab undi akak tu boleh menentukan masa depan negara kak.negara tuuuu..besar tanggungjawab tu kak. tangan yg memangkah ni akan jadi saksi nanti. Menyokong pemimpin yg zalim akan menzalimi diri sendiri kak. senang cerita, 5mei nanti akak turun, baca doa minta jauhkan segala yg tak diingini n pangkah for the RIGHT PARTY kak. takpyh takut, sebenarnya yg takut tu adalah diorang sebab dia tgok suma pakat dok 'ini kalilah'..huuhuh.. 
akak tu pon: hmmm betol ek,kenapa akak tak pk benda ni eh.wah, semangat pulak tgok adik ni..ok ok..inshAllah..thanks dik, jumpa lagi.^^
hahahha tersenyum aku sampai ke kereta depan tangga besar tadi, semoga akak tu bagitau kawan2 dia yg lain lpas ni..

 Saya hanya berkongsi. Jangan kritik saya.

Cume pada pendapat saya lah. Kerajaan adalah kerajaan. PAS dan BN sama-sama parti. BN menjadi wakil kerajaan kerana menang pilihanraya. InshaALLAH jika PAS ditakdirkan menang, PAS pula menjadi pihak kerajaan. Kita tak tahu semua itu kan? 


22 April 2013

Telefon

Intebiu.

Intebiu.

Intebiu.

Hoi nebes tau!

Sangat.

dan sebenarnya,

saya kurang faham apa orang itu cakap.

Kurang je.

Sekarang, kena berlatih bahasa Harry Potter.

19 April 2013

Jumaat

Orang kata baca surah al-kahfi elok.

kau baca ke tidak?

aku, belum.

belum tahu. nampak! ada niat nak baca tapi belum.

17 April 2013

Kerana garam itu

Tadi kan tadi kan tadi kan kite kan temankan abah kite kan. *berapa banyak kan dalam ayat disebelah*

Pagi tadi saya teman abah saya pergi beli garam. *hoi, itu tak perlu berteman!*

Yelah. Saya pergi sarapan dengan abah saya, Lepas tu kami pergi beli barang nak masak lunch. Abah teringat garam kat rumah dah nak habis. Jadi, kami pun pergi membeli garam. Rumah kami menggunakan garam bukit halalgel. Saya suka garam itu. Kurang masin dan sesuai dengan masakan saya. Pergh. Ini iklan tanpa bayaran.

Mula-mula, kami pergi ke Pasaraya Terus Maju. Tiada.

Kemudian, kami pergi ke Pasaraya Tunas Manja. Tiada.

Setelah itu, kami pergi ke Muslim 1stop center. Tiada.

Kami ambik kepututsan untuk ke Giant, Ada.

Keseimpulannya, susah juga untuk membeli garam.

16 April 2013

Tudung II

Dan hari ini,

emak saya telah menggunakan tudung itu untuk ke tempat kerjanya

"Mak nak pakai tudung tu lah hari ini," kata emak.


*******************

Selepas emak pulang dari kerja,

"Ada pulak kawan mak cakap tudung ni comel," kata emak lagi.


*******************

Persoalannya, adakah saya patut membiarkan tudung itu menjadi hak milik emak?

15 April 2013

Tudung

Semalam mak beli tudung

tudung biasa-biasa je

mak cakap,

"memang mak nak beli tudung tu untuk Ana, kot-kot Ana nak. Tapi kalau Ana taknak pakai, mak nak"

saya cakap,

"Ana oke je. Tapi kalau mak nak takpe lah. Mak ambik jelah"

mak cakap,

"tak memang beli untuk Ana, itu kalau Ana taknak je.

Tiba-tiba mak tambah lagi,

"Rugi tak beli dua semalam"



Agak-agak enciklah, apa maksud ayat last tu.

14 April 2013

Keluarga! Keluarga!

Bila semua-semua adik-adik ada di rumah. Tambahan pula akak yang belum dapat kerja.

Oh! Lupa tekanan.

Ingat gembira!

Itu adalah gembira!

ye sangat!

12 April 2013

kawin kawin

teman khadijah survey pakej kawin-kawin

kesimpulannya

kena kaya baru boleh kawin.

mahal gila pakej kawin-kawin sekarang ni!

Kepada khadijah,

selamat membuat kira-kira!

09 April 2013

Tekanan

Aku bukan jenis tension nak cerita kat orang, nak kecoh kecoh. Aku kalau tekanan, simpan je. Senyum depan orang. Senyum. Senyum. Tapi ada masa kalau tengok aku diam, muka sangat masam. Itu aku tengah tekanan lah tu atau marah.

Sekarang, aku sangat tertekan! Rasa bersalah dengan semua orang. Kecewa dengan diri sendiri. Asyik salahkan diri sendiri. Tapi tiada siapa perasan semua tu. Depan keluarga aku senyum je, depan kawan-kawan aku siap boleh gelak-gelak. Walaupun, masa taip ni dah nangis-nangis dah.

Kecewa dengan diri sendiri, tak boleh nak gembirakan semua orang. Rasa bersalah sangat dengan semua orang. 

Aku rasa aku dah banyak sangat menyusahkan semua orang. Tak mampu nak balas jasa semua orang. Tak mampu sangat!

Semua orang! Saya tak mampu nak taip nama korang semua. Aku tahu bila korang baca ni korang tahu siapa korang.

Terima kasih banyak-banyak-banyak!
Saya minta maaf banyak-banyak-banyak!
Halalkan semua-semua-semua ye!

04 April 2013

Kawan

Jumpa Khadijah

Jumpa Dila

Jumpa Hil

Jumpa Izyan

Belum jumpa Nad

Hey! Itu sangat gembira. Sangat!

02 April 2013

Google Map

Saya seorang yang suka menggunakan Google Map. Lagi-lagi masa tengah cari kerja ni. Tadi saya bukalah Google Map seperti biasa. 


Tiba-tiba...... Nampak tak saya highlight kan dalam kotak tu. Ia sangat menarik.


Saya pun click dan jeng jeng jeng........
Peta malaysia versi mencari harta karun. Yay!


Ada Kuantan di situ. ye situuuuuu.


Sangat menarik tapi tak jumpa jalan balik rumah. Hahaha.

Coba kau coba!


nervous

tangan sejuk

berpeluh-peluh

asyik nak pergi toilet

sakit perut

huh!

hamek kau!


01 April 2013

Mee segera

tiba-tiba

tiba-tiba

tiba-tiba

teringin nak makan megi asam laksa lah.

sedap.

Puasa

nak memulakan susah

tahan

tahan

tahan

perut jangan nyanyi-nyanyi.

lama-lama, dah berjaya!

entah

tak tahu.

tak tahu.

tak tahu.

jangan tanya.

Diam

salah cakap.

cover.

tapi tak jadi.

malu.

cover lagi.

semakin teruk.

tukar topik.

tak berjaya.

cover lagi.

malu lagi.

diam.