30 September 2010

Mass Lect Recreation Skill | Accounting Race 26/09/2010

Cerita bermula......

25 September 2010

Recreation Skill 2. Siapa ingat lagi yang aku pergi camping dulu di sini dan sini. Sangat best dan sangat happy kan kata aku. Baru2 neh hari Sabtu 25hb aku ada mass lecturer untuk recreation 2 pulak. Kami berkayak belajar land navigation dan belajar knot. Sangat best jugak. Tapi sangat panas! huhuhu. Nanti 1-3 October kitorang akan pergi camping lagi. Kali neh Pangkor!!!!

26 September 2010

Accounting Race sempena Accounting Week, sangat best, sangat menarik, sangat gembira. Cerita bermula, aku jadi committee untuk Accounting Race. Eh, lupa pulak. Accounting Race neh macam Amazing Race lah. Kitorang buat dekat area Lake Garden, National Museum, Masjid Negara, Art Museum, Muzium Polis, Planetarium Negara, Memorial Tun Abdul Razak, Pustaka Perkhidmatan Awam, Tugu Negara dan yang berdekatan. Alhandulillah semuanya berjalan lancar.

Nak menjadikan cerita, semua kejadian macam2 dah kami tempuh, Meeting selalu. Berfikir macam2 untuk menjadikan program kami yang terbaik. Alhamdulillah semua itu pengalaman. Janji pengalaman memang mengajar kami macam2. 

Pada hari kejadian, team yang masuk semuanya ada 20 team tolak 1 tarik diri. Bermula dari Parking Planetarium Negara. Aku kena jaga check point 8, dekat parking depan Art Museum. Check Point yang agak menarik. Wee~~

Game dekat check point aku nama dia "TOXIC RIVER". senang je. kena cross river, guna selipar putus, angkat team mmber. Memang best gila jaga dekat situ. Macam2 perangai participant. Papehal pon korang memang sangat sporting!! sangat gembira!!

Macam2 lagi game kitorang. Agak jauh2 jugaklah dari satu check point ke satu check point. sangat penat tengok diorang. tapi pada aku inilah game!!! Aku tengok diorang main pon aku rasa aku nak jadi participant. Macam best gilak if nak spend time dgn kawan2. 

Menunggu di check point ku



bergambar sebentar di tugu negara bersama committee di cp8

bersama Mr PM

committee!!

Korang Memang best!!!
Ini bari sikit gambar kami. Nak lebih lagi di sini. Hari berakhir dengan sangat gembira. Semua committee memang best. Terima Kasih kawan-kawan. Pulang ke UIA, tidur dan upload gambar. hehehe. 


30 October 2010

Pergi mencari alatan nak pergi camping bersama Amal dan Farah. Memakan Tom Yam bersama kanak-kanak yang lain sebentar. Mengupdate blog sebentar. wee~

List nak buat lepas neh :

  1. Sidai pakaian yang baru dibasuh.
  2. Kemas bilik, kemas loker
  3. Kemas bag nak pergi camping besok
  4. Siapkan assignment
  5. Tidur secukupnya.
 1 hb hingga 3 hb aku kan ke Pangkor! Camping! Sangat suka!







23 September 2010

Awak. Boleh tak saya nak curi awak...???

Saya cuba mencuri dia. Saya rasa saya sangat kekurangan dia sekarang. Saya perlukan dia lebih kepada saya. Saya sangat rasa dia semakin kurang. Awak boleh tak saya nak curi awak....MASA?
MASA yang saya maksudkan di atas adalah waktu atau time. huwarghhh..Stop menulis dengan skema tak hengat! 

Aku rasa kegilaan dah menghantui. Aku sangat buzy. Aku cuba nak curi masa untuk tengok wayang tapi tak kesampaian, aku cuba curi masa untuk masak nasi tapi tak kesampaian, aku cuba curi masa untuk siapkan semua assignment tapi tak kesampaian, yang PENTING aku cuba curi masa untuk tulis blog tapi tak kesampaian.. Apa nak jadi dengan aku neh.

Dulu aku sangat banyak membuang masa yang terbazir. Tapi sekarang di saat ini, aku berjaya mencuri sedikit masa untuk menulis blog. Maaf encik blog saya abaikan awak. maaf ye. Tapi encik masa neh laa. Kurang sangat.

Sekarang aku sedang menulis blog di lab, dan aku rasa sangat bosan. Aku perlukan kawan-kawan untuk bermain tapi mereka semua ada kelas. Kelas aku dah habis untuk minggu neh. Alhamdulillah. Tapi mereka yang suka bermain-main bersama saya semua tak abes kelas lagi. haish. Korang jom main layang-layang.!!

17 September 2010

Banyak selamat wooo....

Wah. Aku turut bercuti dari blogging gak neh. hahaha. Gila takda masa nak tulis idea plus time raya kat kampung broadband gilak slow. So aku batalkan hasrat nak update blog. Sekarang aku sangat banhyak ucapan nak buat!


  1. Selamat Hari Raya
  2. Selamat Hari Malaysia
  3. Selamat sambung belajar
  4. Selamat siapkan assignment
  5. Selamat buat presentation
  6. Selamat memandu laju.
  7. Doakan semuanye selamat!
Ha! kan aku cakap banyak selamat aku nak cakap neh. hehehe. 

08 September 2010

Balik Kampung??

Balik kampung dan raya. Memang sangat berkait kan kan kan. Okay sudah tak sabar nak balik kampung.


Tiba-tiba. Aku teringat lak kenangan nak balik kampung. Oh. Macam2 je terjadi masa kecik2 dulu kan kan kan. Mesti korang ada kenangan lah kan. Yang paling penting semua orang mesti rasa kelam kabut nak balik raya kan. Sangat happening. 


Aku ingat lagi. Masa aku kanak-kanak. Bila dah dekat nak raya mula lah sibuk2 jugak nak mengemas atau lebih dikenali sebagai menambah sepah. hahaha. kesian mak. Masa kecik mana lah aku pandai kemas bag sendiri. Yang aku ingat dulu selalu je..


"Mak, mana baju raya Ana..."
"Mak, mana stokin yang baru beli semalam tu...."

Agak2 itu cara aku kemas bag kan. Senang  dan sangat cekap. Terima Kasih mak.


Sekarang dah besar-besar nih. Kalau gatai2 ag nak tanya cam tuh memang kena. Tapi kadang2 ada gak aku buat. Sebab mak memang terbaik. Tanya je ape2..


"Mak. Mana brooch yang baru tu...."

Tengok. Tak tipu. Selalu je tanye mak. Kesian mak. Tapi tak per dahbesar neh dah selalu tolong mak. So ringankan beban mak sikit. hehehe.


Ini belum cerita di pagi raya. Macam2 lah yang terjadi. Ini baru cerita nak balik raya. Kelam kabut terjerit2. Bila dah besar masing2 yang paling risau if tertinggal HP..hahaha..apelah...Tapi tgk adik2 masih lagi perangai yang sama. Mak situ mak sini..hehehe...Abah tak cuti lagi. Nanti hari raya baru cuti. oh~ 

RAYA | Dulu dan sekarang?

Ya Allah. Sangat lama dah susah nak update encik blog sekarang. Ampunkan saya Encik Blog dan kawan-kawan. Biasalah duduk rumah sebagai akak yang baik taknak berebut laptop dan broadband bersama adik2. cheeewwaahh.. Gilak suci ati wa kan. hehehe...

 Wah. Sedar tak sedar dah dekat sebulan kita berpuasakan. Terasa sayang nak membiarkan Ramadhan pergi. Bulan yang sangat banyak  manfaat. Ya Allah, pertemukan lagi aku dengan Ramadhan seterusnya. 

Aku serius pelik. Kenapa orang lebih gembira dengan kedatanganSyawal, bukan menangisi pemergian Ramadhan??

Aku dulu masa kanak-kanak memang tak faham, bila raya je suka. Dapat baju baru, kasut baru, n semua yang baru lah. Yang paling aku suka DUIT RAYA..kalau siapa cakpa dia tak suka mesti tipu lah kan. Duit kot. hahaha. Dulu masa kecik2 kalau orang bagi RM0.50 pon aku dah suka gilak kerbau dah. Duit gak oke. Tapi sekarang kalau letak RM1. Pon budak siap tak sempat pakai kaut dah cakap. RM1 je.. mangkuk plastiknye budak. Duit kot! Nanti aku keje siap ar korang aku kasi 50sen je. Biar korang tau syukur sikit. hahaha.

Kalau nak di bezakan raya dulu dan sekarang memang berbeza. Chewaahh! Memandai aku je. tapi neh berdasarkan pengalaman aku yang pernah beraya lah. pengalaman orang lain aku tak tau. Siapa2 nak share? nanti lepas raya baru cerita. kita bezakan okeh??

Sekarang izinkan aku nak ucapkan selamat hari raya!
Selamat hari Raya
Korang ingat korang je boleh buat kad raya muka korang. Aku juga boleh! hahaha.
Biar buruk asalkan bergaya. mwahaha..

06 September 2010

RUMAH | suka!

Kenapa saya suka rumah saya?
Sebab dia best!!
Dolu-dolu suka tgk iklan neh. Budak tuh bebel2 kenapa dia suka rumah dia. Alaha ku pon suka rumah aku. hehehe.

Lama je aku tak update encik blog. Bulan september neh aku tak update lagi. Asif. Saya buzy. Ada exam dan macam2. hehehe. Lama kan tak update. Sedih sy abaikan awak. hehehe.

Ingatkan lepas exam boleh lah nk update blog sampai lebam. Tapi bila pulang ke rumah, sebagai akak yang baik dan sangat baik. Saya tidak mahu berebut dgn adik2. Terpaksa melupakan untuk mengupdate blog. oh. huhuhu,.

Sekarang neh pon curu masa jup. ceh ceh. tadi adik tak off.. so guna lah jup. Tapi kena offf cepat. Nanti nak bangun sahur lagi. Biasalah duduk rumah kan. Mak masak sedap gilak! oh~