17 March 2017

Batuk

Bermula empat minggu lepas, aku batuk. Batuk macam kering macam tu. Minggu pertama, aku buat lek-lek je. Konon acah-acah biasalah batuk. Walaupun aku jenis manusia yang batuk setahun sekali. 

Minggu kedua dah mula rasa nak drama. Batuk makin teruk. Malam sampai tak oleh tidur. Lepas tu, buat keputusan nak ke klinik. Kebetulan Aing Migraine dan nak ke klinik gak. Aku ke Klinik Mediviron Equine sebab awal pagi dia je bukak. Doktor dia check itu ini. Dapat ubat demam, antibiotik, ubat batuk, mc satu hari. Kena lah RM85.00.

Masih minggu kedua, Jumaat tu malam tu tak boleh tidur. Esoknya tak larat nak ke office. Ok pergi Klinik depan rumah je, Klinik dan Surgery Equine Park. Doktor tanya itu ini, cek itu ini. Temperature naik sikit je. Cuma batuk. Dapatlah antibiotik, ubat demam, ubat pecah kahak, ubat batuk dan mc satu hari. Kena RM45. Ok. Bertahan.

Minggu ketiga. Iking dah membebel suruh pergi hospital. Aku dah drama-drama. Kalau kat tv ni batuk-batuk kat tisu lepas tu darah-darah. Ok seram oi. Dosa banyak ni. Balik kerja hari Selasa ajak Aing singgah klinik. So, Singgah Klinik dan Surgery Equine Park. Doktor lain pulak. Sebab petang kot. Doktor kali ni dia punya soalan banyak, check macam-macam, aku dah pasrah dan risau. Sakit teruk ke. Lepas tu doktor cakap, kena inject dan buat neb. Punyalah risau nak kena inject. Kat bontot ye kawan-kawan. Aku takut jarum tu je.

Lepas tu, kenalah inject, makan ubat dan neb. Aing tunggu dalam kereta. Lepas tu keluar tunggu kat luar. Oklah. Risau gak cash dah lah ada berapa je. Hahaha. Lepas tu, keluar siap semua tangan gigil sebab takut jarum. Fine aku tak belakon. Doktor siap pesan apa-apa call or mesej dia. Takyah datang sini dah. Ok doktor ok. Doktor dia baik dan best. Lupa nama pulak. Lepas tu, dapatlah ubat alahan, ubat asthma, ubat batuk, antibiotik, ubat pecah kahak. Selamatlah RM95.00. Dah nervous takut mahal. Dan doktor siap tak kasi makan seafood sebab alahan. Ok. Patutlah tak baik-baik.

Lepas tu lagi, mc dua hari.

Ok. Hari ni di office.

06 March 2017

Hati mana hati?

Aku rasa aku manusia kejam sekarang. Kejam dengan kakak yang pelik. Hati dah takda kot. Sebab tu jadi pelikkkkkkk. ok. lepas tu dah tak pandai nak bercerita panjang dahhhhhhh.