29 October 2010

Final Exam datang lagi.......

Examination Schedule untuk sem ni

Wah! Tengok pada schedule dan date hari ini. Dah dua paper lepas. Walaupon recreation je. Tapi itu tetap exam. hahaha. 

Sangat takut nk exam. Banyak tak baca lagi. Banyak tak faham lagi. Doakan kan yang terbaik.

"Ya ALLAH, permudahkanlah Farhana dalam menjawab exam"


23 October 2010

Kenapa tak ada BF ek?

Orang : Nape kau tak ada bf ek?
Chun  : Nape kau ada gf?
Orang : Saja nk berkasih sayang.
Chun  : tak cukup kasih syg ke? family abai ek?
Orang : cukup. nape?
Chun  : sbb cari kasih syg lagi. 
Orang : ...................
Chun  : hahaha.
Orang : Asal gelak? Sbb sj suka ada gf. Cam seronok.
Chun  : Sebab kukuh? Itu je.
Orang : Sebab dia best, oke, baik.
Chun  : tengah best, tengah oke, tengah baik. If tengah gaduh?
Orang : asal kau lak tanye aku. Aku tanye kau. Asal tak ada bf?
Chun  : Sbb org kaya semua dah ada gf. 
Orang : Hampeh.
Chun  : Kukuh ape.

Dialog aku dengan orang-orang. Aduh. Tahu tak aku bosan bila orang tanye nape tak ada bf. Perlu ke ada bf? Pelik ke tak ada bf? 

setakat ini, Aku boleh je hidup tak ada bf. Kalau ada pon bukan bf tuh boleh bagi aku makan nasi pon. Mak bapak aku gak kasi duit kt aku.

setakat ini, Aku boleh je shopping tak ada bf. Kalau ada bf pon boleh ke dia kasi  aku bag LV ke coach ke, nk jugak aku ber bf neh. Aku mintak duit gn mak bapak aku nak beli bag lg senang.

setakat ini, Aku boleh je berbahagia tanpa bf. So, perlu ke bf bf neh? Nak kata aku bosan? Ada bf lom tentu tak bosan. Nak kata aku lonely. Cet tak pon. Bahagia je aku. Hidup aku macam2 boleh buat.

Best sgt ke ada bf? kalau dok nak kuar pon tanye bf, nk mkn pon tanye bf, nk  lepak gn mmber pon tanye bf. Ape best ke tuh? Aku nk kuar pon parents tak kisah, nak makan..telan aje, nak lepak..jom! Kan senang idup aku gn cara aku. Tengok org2 berbf neh sumer nye nak kena tanye. tak paham aku. Bukan suami pon. If suami, terpaksa ar kan dgr sbb suami. Kalau bf, apa specialnye? Sama je dgn kawan2, tak ada lebih tak ada kurang bukan ada ikatan yg halal pon. Best ke?!

Macam emo je kan. Bukan sengaja nak emo. Bosan ar. Bila orang tanye. Nape tak ada bf? Aku tanye balik napa ad bf. Satu je jawapan kau? hek eleh. Kalau kau dpt list 100 sebab ada nak gak aku cari bf skrg. hahaha. Gila kot. Bila orang tanye. Ada bf? Dgn bangga lebih aku jawab. Tak. Orang mesti cakap. Takkan tak ada. Weyh mengong. Kau tanye aku, kau tak caya jawapan aku. Buduss tol. 

Weyh. Cam sunok lak buat entry gini pagi2 neh. hahaha. Serious ar. Aku gelak je. T'ingat manusia2 yg tak boleh hidup tanpa bf. Sumpah kelakar. 

Oke. Oke. Dah malas nak cakap lebih. Nanti ape lak orang ckp if ada yang baca neh. Akhir kata. Siapa nak jadi bf aku? Tak perlu interview. mwahaha. *konpem takkan ada aftr baca bebelan aku neh* hahaha..

21 October 2010

[GoldenPalmTreeResort] 16-17 Oct

Hari tuh teman my aunty pergi family day dkt GPTR. Tempat yang sangat cantik. Sangat Best. Aduh. Skill menulis dah hilang lama tak update. Letak gambar je boleh. *main tipu sikit* hehehe.
bilik sebelah
lobby

cantik kan?





yang chun kena ada

okay siap entry pemalas. 

10 October 2010

[Dinner] Committee Accounting Race 8/10/10

Kenapa semua orang obses dgn 10/10/10. Mesti korang nk cakap sebab date dia santekkan. Oke. Alasan semua di terima. Tapi skrg aku nak cerita date 8/10/10. hahaha. Selalu je lambat2 cerita kan kan kan.Terima jelah.

Date yang sangat gembira. pergi dinner dgn committee Accounting Race. Mereka sangat best! Sangat happening! Saya suka! Dahlah makanan sedap2 malam tuh. Thanx semua. makanan yang sedap. Makanan yang banyak. Harga yang berbaloi-baloi. Saya sangat gembira. *ape gedik kau ckp sy*

Bandung

Sangat sedap nampakkan

Sotong neh terbaek!


Then main game. Game mafia. Okayy. Sangat lawak. Saya orang kampung teraniaya. Awal2 dah keluar. wuhuu..


Tapi malam tuh tak bawak camera but nasib yg sangat baik mereka ada yg bawak so tumpang bergambar ye! hehehe. Gambar banyak dalam facebook but tak curi pon malas! hehehe. So amek lah satu pic kitorang ramai2 masa dah kenyang. hehehe. 

Kami

Sangat gembira itu malam. Terima Kasih kawan-kawan


p/s : Maaf ayat sangat berterabur. Otak tengah berselirat.

09 October 2010

Recreation Skill [Pangkor] 1-3 Oct

1-3 October hari tuh aku ker Pangkor. But dia macam 2 dan 3 october je sebenarnya. Tapi serious. Memang sangat seronok. tentatif kami :

1 October 2010

10:30 pm : Berkumpul di tangga besar dan briefing 
                 (melepak, bermain2, gossip, menyanyi di tangga besar)
main stairs IIUM



2 October 2010

Pukul 1 pagi baru kitorang bertolak dari UIAM, Kira-kira macam dalam pukul 5 pagi jugaklah sampai Masjid Lumut. Then solat subuh, breakfast dan mencantik2 baru bertolak ke Jeti Lumut. Dari Jeti Lumut naik ferry kePangkor dalam pukul 8.30 pg. Sampai Pangkor tak tahu pukul berapa. 
atas ferry

Then duduk2 tunggu2. Kami dr setiap section dibahagi kepada beberapa kumpulan. Ada group yang buat Land Nvigation dulu start dr jeti. Group kitorang buat land dulu. Berpusinglah satu pangkor mencari landmark yang diberi ikut bearing dan arah kompas kami. Sangat pans tapi sangat seronok. Gembira.

Then sampai checkpoint last kat chalet kami. Lunch dan solat. Then sambung kisah petang pulak. Petang memang drama. Kami jadi group elit tibe2 sekajap. hahaha. patut kami kena buat kayaking dgn water confident dulu but then BA semua dah cukup orang guna kami kena lah pergi abseiling. Yeah!
before naik bukit


Drama di abseiling. Aku nye nervous cam tapenah abseilingkan. Seram gayat woo. But then okey je sebenarnye. Takut dan drama je lebih. wuwuwu. Then dah siap tuh kitorang pergi kayaking dgn water confident. Sangat kelakar dan gembira. Main Air. wuhuuu!!

Hari kami sangat gembira. Selepas tuh kena siap2 nak pergi survival pulak. Kami bajet2 tgk semua orang mndi n tukar baju. Kami pun tukar lah baju n mandi2. Then. sampai di tempat kejadian tiba2. Instructor bagi arahan. Buat dua barisan asing lelaki n perempuan. Masuk dalam air. Oh terbaik. Baju kering dibasahkan oleh air laut. Sangat suka. oh!
Basah after amin air


Then hari pon beransur malam. kami yang basah2 kena nyalakan  unggun api. buat shelter sendiri guna ape yang ada. wah! sgt best! Tapi lame2 api padam gak. hahaha. tak cukup kayu wooo.. Then budak2 group aku yg cpt nantok dah siap shelter masing2 masuk dalam nak tito. wawawa. wa mahu lepak ag laa..tiba-tiba.........

3 October 2010

Tepat jam 12 tgh mlm. Aku terjaga. hahaha. cam ape je kan. Aku terjaga sbb angin kuat gila. Ribut okay. Semua bende aku ternampak berterbangan. pergh. Allahuakbar! Then. Tiba-tiba hujan lebat gila. Raincoat! Cet! Kekuatan alam tak boleh lawan. Meman hujan lebat dan tak lebat. Malam tuh aku tertidur dalam hujan yang sangat lebat! Siap tertidur sambil duduk dan siap berdengkur lagi. gempak! mengantuk woo! dah ar malam, angin, hujan lebat, tepi pantai. Semua dalam otak mati kesejukanlah kami. hahaha. drama!
Then sampai ar pagi kitorang camtuh. dgn hujan sgt lebat. jap2 je bentinye. then kitorang yg basah. sangat pengalaman. tangan n kaki kecut takyah cakaplah. belum campur gigil wooo!! memang pengalaman. pagi tuh dalam pukul 7 baru hujan stop. 

Bila hujan stop dan hari cerah. kami berkumpul. Then cikgu suruh masuk dalam laut. Okay tgk air macam sgt sejuk. tapi bila jejak je kaki. Ya Allahuakbar. Suam airnye! aku pon ape ag. Air suam bai! aku tgh sejuk. pergh. sedap! nikmat!
group kami


Then kami balik ke chalet. Siap2 mandi. Breakfast. Ada evaluation n postmortem dr instructor. Lepas tuh bergambar n bergerak pulang! seronok! Dapat masa nak shopping. hehehe. beli barang2. yeay! 
Sampai UIAM dalam 7.30 malam. Balik bilik. Mandi puas2 n tidur! ooyeah!