28 February 2013

kes cari kerja

Orang cakap fresh grad ni jangan nak memilih kerjalah sangat. Kerja je apa-apa dulu. Mintak je mana-mana yang penting pengalaman. Oke aku pun bertindak tak memilih kerja, pergilah ada interview nak jadi cashier kat pasaraya, tiba-tiba orang tu cakap, "eh awak ni ada ijazah ni, orang2 kat luar tu semua biasa-biasa je, kite takut kerja ni tak sesuai dengan awak". Fine encik fine. Saya pun jawab dengan penuh sopan santun sambil senyum.

Belum campur kerja kosong yang cakap, sila email kami di "abcdefg@gmail.com". Hmppp. Sampai ke sudah tak da respon. Bila di call, saya dah email, bla, bla, bla, bla. "Oke, sila tunggu respon selanjutnya". Sekian.

Orang cakap kat saya, kenapa tak mintak kerja kat sini situ. Erk. yang awak suruh mintak tu marketinglah, sales itu ini. Awak, saya ni bukan memilih tapi kerja-kerja sales yang kena berdiri, cari-cari orang tu, mak saya cakap, saya tak sesuai, lagipun, saya cakap, takkanlah sales nak ambik orang gemuk kan kan kan.

Orang cakap kat saya lagi, kenapa tak mintak kat company itu ini, ada kosong katanya. Kalaulah saya tak mintak, ada sebabnya, sebab utama, mereka nak pointer 3.5 ke atas. Acaner?

Saya dah try email, saya dah try call. Sekarang saya rasa kena walk in, rempuh je pintu syarikat-syarikat tu. Cakap dengan penuh confident, buat muka kerut kening, mata tajam, " Hey! Kosongkan satu kerja. Saya nak kerja sini?" 

26 February 2013

benda tertuit

Aku seronok membebel dekat benda ni. Mencuit tuit aku. Betul benda ni best. 




 Ramai orang tanya, apa yang bestnya, apa yang bestnya. Sila cuba baru tahu keghairahannya! hahaha.

19 February 2013

Budak yang sangat comel!

Hari tu kan, kite kan kite kan, kite nampak satu budak comel. *eh, apa heran* Alah tapi budak ni comel sangat, rambut kerinting megi, putih, tembam yang paling comel dia solat. *eh, ape heran* Alah. Tak heran sudah. Nak tunjuk gambar je. 


Tengok-tengok. Budak ni sujud.

Duduk antara dua sujud.

Tahiyat akhir siap senget-senget lagi.

Berdiri macam orang solat betul-betul walaupun tengah-tengah sejadah. Tak sempat pulak nak ambik gambar masa dia peluk tubuh. Maklumlah camera enset canggih sangat.

Tak berani nak ambik gambar budak ni depan-depan. Curi-curi dari belakang je. Nak tahu apa yang tambah comelnya budak ni. Dah lah solat tak pakai telekung, mulut siap terkumat-kamit lagi macam tengah baca bacaan dalam solat. Setiap pergerakan dia intai mak dia kat sebelah tu. Ye comel sangat.

Tengok-tengok. Rasa nak cubit je! hahaha. Tapi anak orang tu. Oke dah dah. Jom pergi solat. Budak kecik pun pandai nak solat.

16 February 2013

Gemuk. Kau gemuk!

Baju tu cantik!

Seluar tu cantik!

Kasut tu cantik!

Tudung tu cantik!

Tapi.......

Semua tak ada saiz besar.

Kau kena sedar.

Kau gemuk!

14 February 2013

"Takkanlah 4 tahun ambik degree tak ada langsung orang minat ke minat kat orang ke"
Pernah seorang kawan berkata macam ni tapi bukan dekat saya. Dia berkata waktu kamiu sedang rancak sangat-sangat bersembang sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.

Cerita kisahnya begini, kawan saya tu cakaplah salah seorang makcik dia suruh dia carikan seorang calon untuk kazennya yang berusia lebih tua dari dia setahun dua kot. Then, dia luahkanlah dekat saya, dia bukan taknak tolong tetapi kebanyakkan kawan-kawan dia semua memang dah ada pasangan masing-masing, tak kisahlah kapel ke tunang ke or dah kawin. Dari itu yang terkeluarlah ayat di atas, takkanlah kazen dia tu selama-lama dia belajar takda langsung orang yang dia suka or suka dekat dia.

Saya terdiam jap dengar cakap dia. Oke tamat perbualan kami. Eh kawan saya yang baca ni, maaf ler sy tulis kat blog ni ye. Seronok pulak if dapat membebel tentang ayat awak tu. :) *oh ye kawan saya tu dh bertunang dan dah nak kawin pun*

Saya rasa lah kan. Kadang-kadang mungkin ada orang yang tidak perasan dengan apa yang dia luahkan. Ye. Mungkinlah bagi dia yang dah ada pasangan dan dikelilingi kawan-kawan yang ada pasangan masing-masing tak perasan semua ni. Tapi bagi saya yang masih single atau tak pernah kapel je yang perasan dengan apa yang terjadi. Eh kau jangan nak cakap aku jual mahal lak. Sekarang bukan cerita jual mahal ke apa. Aku malas nak cakap tentang jual mahal. boleh buat entry tahu!

Oke nak cakap saya pulak. Sila bayangkan kelembutan muka saya cakap saya tau!

Berbalik pada statement kawan saya tu. Saya sangat tak tahu nak jawab apa. Serius saya cakap ye, sepanjang saya belajar, sekolah rendah ke sekolah menengah ke matriks ke uni ke setakat pengetahuan saya, tak pernah pun ada orang minat kat saya. Eh eh. nak cakap tentang saya minat orang ke? Minat-minat orang biasalah tapi takdalah sampai rasa nak kapel. Suak tengok. Itu biasa je. 

Tapi betul. Ini luahan serius dari saya, saya rasa saya tak pernah luahkan lagi kat blog. Sila jangan nak cakap saya jual mahal ke apa. Saya selalu jawab, dah takpernah ada orang minat, nak jual mahal apa nye! Tak ada faham. Dah sila percaya je. Angguk-angguk tahu!

Eh! Saya bukan nak cakap dekat semua orang saya single. Saya taknak jadi macam kawan-kawan fb yang single-single yang suka announce kat semua orang dia single. Cuma saya nak luahkan apa yang terbuku dihati. Cheewahhh!

Betul lah! Sedih oke bila rupanya ada orang fikir sampai macam tu. Saya buka terasa, tapi kadang-kadang orang tak perasan dengan apa yang dia fikir. Buka orang lain saja taknak cari semua tu tapi dah kalau memang tak ada. 

Eh. Saya tahu, kamu-kamu yang sedang berbahagia berkapel-kapel, mesti ada pandangan kamu sendiri kan kan kan. Saya terima je apa kamu-kamu cakap. Ye!

Fuh lega saya berjaya luahkan apa yang saya fikir. Eh. Saya tahu kenapa tak ada orang minat saya. Saya seorang yang sangat selekeh, susah nak senyum, muka pun garang nak mampusssssss.


Ingatkan aku!

Betul orang cakap, pakaian kita melambangkan kita ni orang macam mana. Ye tahu! Ada orang cakap juga, "Don't judge a book by its cover", tapi tak ke kau rasa ada betulnya apa aku cakap ni.

Tengok diri aku je lah, cara aku berpakaian. Sila buat kesimpulan bahawasanya, "aku pemalas". Dengan berpakaian selekeh, tudung - capai je mana-mana  tak fikir kaler, baju -  yang mana nampak, seluar - itu je lah ulang *pakai basuh pakai basuh*, stoking - mana sempat capai je, kasut - itu je sampai koyak rabak. Ha! Tak ke lepas baca ni, orang akan kategorikan aku sebagai pemalas? 

Eh eh. Aku tak maksud nak judge orang islamik ke tidak ke apa. Tapi kalau dah kau orang islam tapi pakaian kau non-muslim pun malu nak pakai. Acaner?

Kadang-kadang, aku pelik. Orang suka je jawab tak sampai seru lagilah, belum bersedialah. Ek eh. Yang masa kau mengucap dua kalimah syahadah tu, kau sedar tak? Itu bermakna kau bersedia menjadi orang islam, mengamalkan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang.

Ye!  Aku tak cakap aku ni orang baik ke orang islamik sangat ke tapi setakat ni aku berusaha menjadi muslim yang taat. Memang manusia pernah buat salah, tahu nak membangkang je, nak ikut fikiran sendiri je. Aku pun gitu. Tapi bila aku dah lama hidup, baru aku sedar apa sangatlah aku dapat dengan perangai macam tu. Baik aku jadi hamba yang taat, untung dunia untung akhirat wa cakap!

Dah dah! aku tahu, orang yang kenal aku kalau baca ni mesti macam, eh kau ke yang tulis ni! Aku pun tengah fikir aku ke yang tulis ni?

Kawan-kawan! Ingatkan aku kalau aku lalai. Jom jadi ahli syurga sama-sama jom.

07 February 2013

Klinik Gigi

Dulu, saya pernah menjadi penakut dan seram jika membayangkan terpaksa ke klinik gigi. Ini pengakuan benar dari saya. Tetapi oleh kerana, saya yang sangat tidak pandai menjaga gigi dan asyik sakit gigi, saya telah menjadi seorang yang tidak seram lagi dengan klinik gigi.

Sebelum ini, saya ada cakap SAKIT GIGI ! kan. Hoi sakit kau tahu! Denyutan, sampai tak tidur malam hoi! 

Keesokkan harinya, saya terus mengajak emak buat appointment di klinik gigi berdekatan. Malam tu jugak saya jumpa dr tu. Saya pun memulakan cerita, gigi yang sakit pernah ditampal tapi tercabut, lalu saya menampalnya semula (macam tampal kertas lak) tapi masih sakit.

Dr tu pun cakap, ooo tengah sakit kami tak boleh buat pape. So, dia tampal sementara je gigi aku yang sakit tu dan kasi antibiotik suruh habiskan. Dalam dok bertahan tak makan makanan keras dan macam-macam lagi, tiba-tiba tampalan sementara tu tercabut. Cuak beb!

Doktor cakap, gigi berlubang jadi sakit sebab bakteria dr makanan yang saya makan. ahaha. Buruk perangai bakteria ni, gigi berlubang pun suka. ape lah!

Keesokkan harinya, terus pergi klinik untuk dapatkan tampalan kekal. Dengan semangat! Nampak!


Kisahnya, saya dah tak takut untuk ke klinik gigi!