14 February 2013

"Takkanlah 4 tahun ambik degree tak ada langsung orang minat ke minat kat orang ke"
Pernah seorang kawan berkata macam ni tapi bukan dekat saya. Dia berkata waktu kamiu sedang rancak sangat-sangat bersembang sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.

Cerita kisahnya begini, kawan saya tu cakaplah salah seorang makcik dia suruh dia carikan seorang calon untuk kazennya yang berusia lebih tua dari dia setahun dua kot. Then, dia luahkanlah dekat saya, dia bukan taknak tolong tetapi kebanyakkan kawan-kawan dia semua memang dah ada pasangan masing-masing, tak kisahlah kapel ke tunang ke or dah kawin. Dari itu yang terkeluarlah ayat di atas, takkanlah kazen dia tu selama-lama dia belajar takda langsung orang yang dia suka or suka dekat dia.

Saya terdiam jap dengar cakap dia. Oke tamat perbualan kami. Eh kawan saya yang baca ni, maaf ler sy tulis kat blog ni ye. Seronok pulak if dapat membebel tentang ayat awak tu. :) *oh ye kawan saya tu dh bertunang dan dah nak kawin pun*

Saya rasa lah kan. Kadang-kadang mungkin ada orang yang tidak perasan dengan apa yang dia luahkan. Ye. Mungkinlah bagi dia yang dah ada pasangan dan dikelilingi kawan-kawan yang ada pasangan masing-masing tak perasan semua ni. Tapi bagi saya yang masih single atau tak pernah kapel je yang perasan dengan apa yang terjadi. Eh kau jangan nak cakap aku jual mahal lak. Sekarang bukan cerita jual mahal ke apa. Aku malas nak cakap tentang jual mahal. boleh buat entry tahu!

Oke nak cakap saya pulak. Sila bayangkan kelembutan muka saya cakap saya tau!

Berbalik pada statement kawan saya tu. Saya sangat tak tahu nak jawab apa. Serius saya cakap ye, sepanjang saya belajar, sekolah rendah ke sekolah menengah ke matriks ke uni ke setakat pengetahuan saya, tak pernah pun ada orang minat kat saya. Eh eh. nak cakap tentang saya minat orang ke? Minat-minat orang biasalah tapi takdalah sampai rasa nak kapel. Suak tengok. Itu biasa je. 

Tapi betul. Ini luahan serius dari saya, saya rasa saya tak pernah luahkan lagi kat blog. Sila jangan nak cakap saya jual mahal ke apa. Saya selalu jawab, dah takpernah ada orang minat, nak jual mahal apa nye! Tak ada faham. Dah sila percaya je. Angguk-angguk tahu!

Eh! Saya bukan nak cakap dekat semua orang saya single. Saya taknak jadi macam kawan-kawan fb yang single-single yang suka announce kat semua orang dia single. Cuma saya nak luahkan apa yang terbuku dihati. Cheewahhh!

Betul lah! Sedih oke bila rupanya ada orang fikir sampai macam tu. Saya buka terasa, tapi kadang-kadang orang tak perasan dengan apa yang dia fikir. Buka orang lain saja taknak cari semua tu tapi dah kalau memang tak ada. 

Eh. Saya tahu, kamu-kamu yang sedang berbahagia berkapel-kapel, mesti ada pandangan kamu sendiri kan kan kan. Saya terima je apa kamu-kamu cakap. Ye!

Fuh lega saya berjaya luahkan apa yang saya fikir. Eh. Saya tahu kenapa tak ada orang minat saya. Saya seorang yang sangat selekeh, susah nak senyum, muka pun garang nak mampusssssss.


No comments: