Chun!

09 August 2012

Tidur 5 jam

Saya : Pening kepala lah, tak cukup tidur lagi hari ni.

Mak : Tak cukup apanya. Orang cakap tidur elok 5 jam je.

Saya : Ha! Betul lah tu. Mana ana cukup tidur lagi. Ana tidur 5 jam siang, 5 jam malam.

Mak : Mengarut!


Begitulah dialog antara anak yang taat dan ibu yang penyayang. Oh! Emak saya selalu cakap. Orang dewasa tak boleh tidur lama-lama. Membazir sangat masa tu kalau di isi dengan tidur je. 

Emak saya juga pernah cakap, tidur lama-lama dan banyak-banyak nanti jadi gemuk. ye! Fakta itu saya setuju. Saya sangat gemuk sekarang.

Selama ni saya selalu sedar, apa yang mak saya cakap selalunya betul tapi tidur 5 jam? Alamak. Macam tak cukup je. Up sikit jadi 8 jam boleh tak? Kanak-kanak kan perlukan tidur yang cukup untuk membesar.