23 November 2016

Ame kawin oi!

Amirah Aida dah kawin oi!

Ok malas nak letak gambar.

kami.

gadis bungkus kerepek.

gadis buat hantaran.

gadis pengangkut dulang.

gadis penyewa dulang.

gadis peneman beli langsir.

gadis beli tudung pengantin malam persandingan.

gadis doorgift.


kesimpulannya, kami hebat!

04 August 2016

Si Pelik

Pertama kali dalam hidup jumpa orang pelik sangat. Dengki yang tak patut. Sanggup jilat ludah sendiri. Kannnn pelik kan!

14 July 2016

Kisah Raya

Aku drive balik Kuantan sorang-sorang dari Cyberjaya oi!


Aku bangga. Korang diam.

04 July 2016

29 Ramadhan

Dah nak raya oi!

Aku tak cuti hari ni dan aku tak tahu apa aku buat kat office ni.

28 June 2016

Taknak kalah

Pergi ke mana. Bila-bila masa ada je jumpa orang jenis perangai taknak kalah. Bila kita cerita hal kita. Dia mesti cerita dia lebih lagi. So, betabah je lah. 


kalau aku, layan je. biarkan dia menang.

27 June 2016

Jumpa

Weh. Merekalah kawan-kawan makan di dewan makan sama-sama. Keluar bandar kecik tu makan kfc sama-sama. Balik rumah sama-sama. Disko baldi sama-sama.


Dijah, dah ada budak Aisyah yang sangat aktif.

Hil, takpernah tak cantik.

Yan, sopan katanya.

Nad, sama je.


Oii. Takpernah tak rindu.

23 June 2016

Sejenis perangai


Penat tengok perangai orang-orang sekarang.

Ada kejadian, surprised sweet sweet katanya. 



Jenis A : Kaki update cepat-cepat. Surprised birthday paling sweet.
Jenis B : Kaki viralkan. Share sana sini. 
Jenis C : Kaki komen. Setiap article dia nak komen. Nak jugak. Bestnya. Sweetnya.
Jenis D : Kaki tagged. Setiap article tagged 10 orang kawan. tagged bf. tagged semua. 

Jenis E : Kaki statement. Dia buatlah esei dia pulak. Tajuk : Kawin dulu dik. Tajuk : dah kawin baru tahu.
Jenis F : Kaki penunggang agama. Terus keluar hukum. Tegur semua kaki-kaki di atas.



Itu baru satu kejadian, tiba-tiba keluar pulak kejadian lain. Ok. segala jenis di atas pun gigihlah. Buat kerja sendiri. 


Apa kebahagiaan korang?

20 June 2016

16 June 2016

15 June 2016

Tidak pernah salah

Aku tengok manusia ni memang jarang nak mengaku salah.


Asyik salahkan orang.


Ceh!

14 June 2016

Cuti Raya

Bila duduk jauh dari family dah mula berfikir bila nak cuti raya oi!

13 June 2016

10 June 2016

08 June 2016

Spek baru

Yay! Setelah lama bertahan dengan spek kehilangan skru, Letak subang sesat dalam lobang tu. Akhirnya, saya ada spek baru.

06 June 2016

03 June 2016

Kau sakit

Masyarakat semakin sakit.


Aku bayangkan masalah pedo ni pada orang psycho , hidup sorang-sorang segala.


Rupanya, korang siap ada group. Sakit mental sama-sama.


Ya Allah!


Jangan sesiapa nak bagi cadangan suruh anak pakai tudung, jangan kasi anak seksi. Cis. Budak lelaki juga mangsa pedo. Cis!

02 June 2016

Takut

Perkara senang jadi susah sebab kau takut.


Berani sikit.

01 June 2016

Allah ada.

Bukan bermakna kau tak berusaha.

Usaha kena ada.

Allah ada.

31 May 2016

Lain

Sebab orang lain berbeza dengan kau. jangan memandang orang lain itu salah ye.

Berserabut

Banyak perkara nak fikir. Malas menaip. ok!

30 May 2016

Aku muda


Last week, kenduri kawin majlis cousin aku. Sorang pun tak tanya, ana bila lagi? sorang pun tidak. 


Ok. Aku syak. Aku muda.

26 May 2016

Tanggungjawab

Dah tua-tua ni banyak perkara nak kena fikir.


jangan kacau.

25 May 2016

dua puluh lapan

Alhamdulillah dua puluh lapan.


Masa ni mak mesti tengah sakit nak bersalin dua puluh lapan tahun lalu. Terima kasih mak.


24 May 2016

23 May 2016

Mengantuk

kerana terlebih tidur?

atau

kerana kurang tidur?

atau

aku tua?

16 May 2016

Hari Guru

Mempunyai emak seorang guru membuatkan aku jadi sensitif dengan berita atau kisah-kisah guru. Lagi-lagi bila hidup di zaman guru bukanlah orang yang dihormati. Zaman guru dianggap kuli, buat macam bibik, segala kesalahan letak pada guru.


Kadang-kadang baca whatsapp mak, Cikgu, anak saya panas sikit badan hari ni. Cikgu tolong tengokkan ye. Cikgu juga adalah doktor. Aku kerja biasa. Aku faham susah cuti. Tapi kau kan suami isteri. Salah sorang lah kena settlekan. Bukan anak demam. Letak kat sekolah suruh cikgu pantau. Faham? 


Belum masuk cerita, anak bodoh, salah cikgu. Cikgu memang sentiasa salah. Cikgu masuk kelas anak paling lama pun 3 masa = satu jam setengah dan dalam kelas ada 45 orang. Kau, ada masa lepas maghrib sampai sebelum tidur anak tu, anak sorang paling ramai 6 orang. Apa kata isi masa, ajar anak. Boleh?


Eh. Kenapa kau bebel oi?! Sebab aku ada emak seorang cikgu. Emak yang dah tua di zaman yang cikgu dibebani kerja. Dulu, aku tak pernah nampak emak aku stress dengan kerja. Sekarang emak aku sampai mc, sakit kepala. Setiap hari bangun pukul 4, nak settlekan kerja. Kalau ada yang kena online, masa tu je sistem laju sikit. Faham!


Selamat Hari Guru, Cikgu.

13 May 2016

Banyak fikir

Bila aku fikir-fikir aku banyak fikir.


Lepas tu jadi benci. Mungkinlah.

12 May 2016

Baru pukul 12

Nak tulis di fb. Nanti orang benci.

Nak tulis di twitter. Nanti orang benci.

Nak tulis di ig. Nanti orang benci.

Aku lapar.

10 May 2016

Aku bodoh

Sebab aku bodoh sekarang aku stress. Dulu aku malas, sekarang aku bodoh.


Bila boleh lari?

09 May 2016

Kawan yang bersemangat


Semalam ada orang nak tunang,

Jumaat lepas, kami yang cantik tolong sewakan vase dan mirror box. Murah dan cantik. harga ikut unit.


Sabtu lepas, kami hantar benda-benda tu. Pelamin belum siap. Hantaran dah siap. Malas nak naik atas tengok. Kami pergi makan.



Ahad semalam, kami datang dengan semangat. Beliau sedang mekap. Beliau sangat cantik. Awww. Pelamin cantik. Hantaran cantik. Awwwww.



Isnin sekarang, aku mengantuk. Semalam stress fikir kena kerja sampai tak boleh tidur.



06 May 2016

Semakin benci

Aku semakin benci akaun.


Benci sebab tak faham atau sebab tak tahu atau sebab memang takda hati. Entahlah.


Minat langsung tak ada.


Tolong bawa aku pergi.

05 May 2016

Apa aku coba lakukan?

Apa aku buat di office ni?


Nasib baik laaa. Minat tak minat aku kena settlekan lah kan.


Bertabah.


04 May 2016

Mengantuk

Aku di office. Aku mengantuk. Mata aku 80% je terbuka. Aku banyak kerja. Aku mengantuk. Aku menghadap kosong pc ni. Kenapa aku mengantuk? Apa salah kakak?

03 May 2016

Bila boleh?

Bila boleh?

berhenti kerja.

fikir kerja lain.

sendiri.

masa suka hati.

bosan.

29 April 2016

Pindah

Mengangkut barang. Tak best langsung.


dari rumah bawah. pindah ke rumah atas.


sebab rumah cantik.


bahagia!

28 April 2016

Kisah gadis kemas

Sedang mengemas barang-barang yang banyak. masukkan dalam kotak-kotak. Aku tak ingat apa aku cakap dan sembangkan. Tiba-tiba,


"Eh, Aing nanti aku tulis dalam dairi aku. Eh aku takda dairi. Dalam blog,"


"Bila last kau update blog"


"Tadi"


Krik. Krik. Krik.


Aku pun taktahu kenapa aku rajin update. Mungkin sebab aku suka menulis dari membebel. Dan menulis luahan membahagiakan aku. Walaupun satu word.


Takpenting siapa baca. Yang aku tahu. 5 tahun lagi. Aku gelak sendiri.


Kisah jadi. Kemas barang. Nak pindah rumah.


Alhamdulillah.

27 April 2016

Duit

Perlu belajar menyimpan.

Perlu simpan.

Paksa diri simpan.

Seronok tengok orang ada duit lebih. Pandai simpan duit.

Kena berusaha.

Tegas.

25 April 2016

Malas

Penyakit malas melampau-lampau.

semakin teruk.

tak boleh biar.

mohon berubah.

22 April 2016

Jodoh

Bila orang cakap tentang jodoh aku je. Aku sakit hati.


"kau memilih sangat kot"


Persoalannya, pilihan pun tak ada. apa aku nak pilih?


Kau dah jumpa jodoh kau. Tolong jangan judge aku. Nasib kau mungkin baik. Rezeki kau. Jodoh kau. Dipermudahkan.


Kau beli ikan, kau pilih paling segar. Akhirnya, jadi tahi.

Kau beli spender, kau pilih paling cantik. Akhirnya, pakai di dalam.

Kau beli tilam, kau pilih paling selesa. Akhirnya, ditutup cadar.

Kau beli buku, kau pilih paling menarik. Akhirnya, duduk di rak.



So, aku tak boleh nak memilih? Salah aku memilih dari pilihan yang tiada?



21 April 2016

Bertahan

Semakin lama aku mengadap akaun ni. semakin aku takda hati.


bila aku boleh lari?

07 January 2016

Ingat lain. Jawab lain.

Kau yang malas. Kau yang last minit. Kau terima padah. Nasib lah.


Kau doa banyak. Allah ada.


Sentiasa ingat dia.

06 January 2016

Risau

Belajar belajar belajar

Perangai last minit langsung tak berubah.

Dan.


Aku risau.

05 January 2016

Yang pertama

Setiap perkara ada yang pertama.


Hari ini aku pertama kali exam master. Supply chain.


Sedih. Soalan susah. Tapi aku salahkan akualas. Cuma ada jawapan tu. Aku tak yakin. Aku tukar. Rupanya yang pertama betul. Allah!

04 January 2016

Pesan emak

Sebagai anak yang suka bercakap. Apa lagi sah sah aku mengadu macam macam dekat emak. Lagi lagi perangai negetif orang. Perangai orang yang beliau sahaja betul. Perangai orang yang sangat negetif. Perangan orang yang ada wall besar untuk mendengar, hanya dia je bercakap.


Dan.


Emak pesan.



Kita hidup bukan hanya dalam golongan itu. Hidup ada perubahan. Kalau asyik layan. Suatu hari, bila kita hidup dalam golongan lain, kita akan rasa ketinggalan.


So, aku rasa. Abaikan yang negetif. Buktikan aku hebat. Beliau, lantak.

03 January 2016

Cuti Lama

Cuti lama-lama.


Duit takda. Belum gaji. Ok alasan.


Sebenarnya, kau exam minggu depan dan kau kena belajar.


Padan muka kau. Padan muka.


Takpe. Berkorban sekarang sambil berangan masa depan yang cerah. Manalah tahu kan?

02 January 2016

Jangan tanya kenapa.

Ogos 2015, aku buat keputusan nak sambung study. Sambung ambik MBA. Aku tak ingat apa akh tekanankan masa tu. Aku rasa better aku sambung. Ok. Niat nak sambung memang dah lama. 2013, apply uia tak dapat. 2014, apply ukm tak dapat. 2015, apply ump. Alhamdulillah dapat.


Cuma. Aku tidak bercerita. Aku simpan. Aku malas orang tanya kenapa kau sambung? Kenapa ana? Kenapa? Belum campur yang tahu betapa pemalasnya aku. Kenapa ana kenapaaaaa?


Aku pelik. Kenapa bila sambung belajar orang tanya kenapa? Orang siap bagi nasihat rugi je awak sambung. Awak bukan muda lagi.


Aku pelik. Bila orang buat keputusan nak kawin. Semua tahniah. Kenapa tak tanya kenapa?

Belajar, guna ribuan duit. Kawin, guna ribuan duit.
Belajar, risiko fail. Kawin, risiko cerai.
Belajar, kena pandai bahagi masa. Kawin, sama.


Dah tu. Kenapa mesti nak pertikaikan? Aku penat. Aku tak tahu aku boleh survive or tidak.


Aku mohon. Doakan yang terbaik. Doakan, tolong. Aku taknak negetif pandangan. Nak doa.



Terima kasih.



Aku minta. Hormat pilihan orang. Bukan senua pilihan kita tepat sampai sentiasa orang lain adalah salah.