Chun!

16 May 2016

Hari Guru

Mempunyai emak seorang guru membuatkan aku jadi sensitif dengan berita atau kisah-kisah guru. Lagi-lagi bila hidup di zaman guru bukanlah orang yang dihormati. Zaman guru dianggap kuli, buat macam bibik, segala kesalahan letak pada guru.


Kadang-kadang baca whatsapp mak, Cikgu, anak saya panas sikit badan hari ni. Cikgu tolong tengokkan ye. Cikgu juga adalah doktor. Aku kerja biasa. Aku faham susah cuti. Tapi kau kan suami isteri. Salah sorang lah kena settlekan. Bukan anak demam. Letak kat sekolah suruh cikgu pantau. Faham? 


Belum masuk cerita, anak bodoh, salah cikgu. Cikgu memang sentiasa salah. Cikgu masuk kelas anak paling lama pun 3 masa = satu jam setengah dan dalam kelas ada 45 orang. Kau, ada masa lepas maghrib sampai sebelum tidur anak tu, anak sorang paling ramai 6 orang. Apa kata isi masa, ajar anak. Boleh?


Eh. Kenapa kau bebel oi?! Sebab aku ada emak seorang cikgu. Emak yang dah tua di zaman yang cikgu dibebani kerja. Dulu, aku tak pernah nampak emak aku stress dengan kerja. Sekarang emak aku sampai mc, sakit kepala. Setiap hari bangun pukul 4, nak settlekan kerja. Kalau ada yang kena online, masa tu je sistem laju sikit. Faham!


Selamat Hari Guru, Cikgu.

No comments: