31 May 2016

Lain

Sebab orang lain berbeza dengan kau. jangan memandang orang lain itu salah ye.

Berserabut

Banyak perkara nak fikir. Malas menaip. ok!

30 May 2016

Aku muda


Last week, kenduri kawin majlis cousin aku. Sorang pun tak tanya, ana bila lagi? sorang pun tidak. 


Ok. Aku syak. Aku muda.

26 May 2016

Tanggungjawab

Dah tua-tua ni banyak perkara nak kena fikir.


jangan kacau.

25 May 2016

dua puluh lapan

Alhamdulillah dua puluh lapan.


Masa ni mak mesti tengah sakit nak bersalin dua puluh lapan tahun lalu. Terima kasih mak.


24 May 2016

23 May 2016

Mengantuk

kerana terlebih tidur?

atau

kerana kurang tidur?

atau

aku tua?

16 May 2016

Hari Guru

Mempunyai emak seorang guru membuatkan aku jadi sensitif dengan berita atau kisah-kisah guru. Lagi-lagi bila hidup di zaman guru bukanlah orang yang dihormati. Zaman guru dianggap kuli, buat macam bibik, segala kesalahan letak pada guru.


Kadang-kadang baca whatsapp mak, Cikgu, anak saya panas sikit badan hari ni. Cikgu tolong tengokkan ye. Cikgu juga adalah doktor. Aku kerja biasa. Aku faham susah cuti. Tapi kau kan suami isteri. Salah sorang lah kena settlekan. Bukan anak demam. Letak kat sekolah suruh cikgu pantau. Faham? 


Belum masuk cerita, anak bodoh, salah cikgu. Cikgu memang sentiasa salah. Cikgu masuk kelas anak paling lama pun 3 masa = satu jam setengah dan dalam kelas ada 45 orang. Kau, ada masa lepas maghrib sampai sebelum tidur anak tu, anak sorang paling ramai 6 orang. Apa kata isi masa, ajar anak. Boleh?


Eh. Kenapa kau bebel oi?! Sebab aku ada emak seorang cikgu. Emak yang dah tua di zaman yang cikgu dibebani kerja. Dulu, aku tak pernah nampak emak aku stress dengan kerja. Sekarang emak aku sampai mc, sakit kepala. Setiap hari bangun pukul 4, nak settlekan kerja. Kalau ada yang kena online, masa tu je sistem laju sikit. Faham!


Selamat Hari Guru, Cikgu.

13 May 2016

Banyak fikir

Bila aku fikir-fikir aku banyak fikir.


Lepas tu jadi benci. Mungkinlah.

12 May 2016

Baru pukul 12

Nak tulis di fb. Nanti orang benci.

Nak tulis di twitter. Nanti orang benci.

Nak tulis di ig. Nanti orang benci.

Aku lapar.

10 May 2016

Aku bodoh

Sebab aku bodoh sekarang aku stress. Dulu aku malas, sekarang aku bodoh.


Bila boleh lari?

09 May 2016

Kawan yang bersemangat


Semalam ada orang nak tunang,

Jumaat lepas, kami yang cantik tolong sewakan vase dan mirror box. Murah dan cantik. harga ikut unit.


Sabtu lepas, kami hantar benda-benda tu. Pelamin belum siap. Hantaran dah siap. Malas nak naik atas tengok. Kami pergi makan.



Ahad semalam, kami datang dengan semangat. Beliau sedang mekap. Beliau sangat cantik. Awww. Pelamin cantik. Hantaran cantik. Awwwww.



Isnin sekarang, aku mengantuk. Semalam stress fikir kena kerja sampai tak boleh tidur.



06 May 2016

Semakin benci

Aku semakin benci akaun.


Benci sebab tak faham atau sebab tak tahu atau sebab memang takda hati. Entahlah.


Minat langsung tak ada.


Tolong bawa aku pergi.

05 May 2016

Apa aku coba lakukan?

Apa aku buat di office ni?


Nasib baik laaa. Minat tak minat aku kena settlekan lah kan.


Bertabah.


04 May 2016

Mengantuk

Aku di office. Aku mengantuk. Mata aku 80% je terbuka. Aku banyak kerja. Aku mengantuk. Aku menghadap kosong pc ni. Kenapa aku mengantuk? Apa salah kakak?

03 May 2016

Bila boleh?

Bila boleh?

berhenti kerja.

fikir kerja lain.

sendiri.

masa suka hati.

bosan.