07 January 2016

Ingat lain. Jawab lain.

Kau yang malas. Kau yang last minit. Kau terima padah. Nasib lah.


Kau doa banyak. Allah ada.


Sentiasa ingat dia.

06 January 2016

Risau

Belajar belajar belajar

Perangai last minit langsung tak berubah.

Dan.


Aku risau.

05 January 2016

Yang pertama

Setiap perkara ada yang pertama.


Hari ini aku pertama kali exam master. Supply chain.


Sedih. Soalan susah. Tapi aku salahkan akualas. Cuma ada jawapan tu. Aku tak yakin. Aku tukar. Rupanya yang pertama betul. Allah!

04 January 2016

Pesan emak

Sebagai anak yang suka bercakap. Apa lagi sah sah aku mengadu macam macam dekat emak. Lagi lagi perangai negetif orang. Perangai orang yang beliau sahaja betul. Perangai orang yang sangat negetif. Perangan orang yang ada wall besar untuk mendengar, hanya dia je bercakap.


Dan.


Emak pesan.



Kita hidup bukan hanya dalam golongan itu. Hidup ada perubahan. Kalau asyik layan. Suatu hari, bila kita hidup dalam golongan lain, kita akan rasa ketinggalan.


So, aku rasa. Abaikan yang negetif. Buktikan aku hebat. Beliau, lantak.

03 January 2016

Cuti Lama

Cuti lama-lama.


Duit takda. Belum gaji. Ok alasan.


Sebenarnya, kau exam minggu depan dan kau kena belajar.


Padan muka kau. Padan muka.


Takpe. Berkorban sekarang sambil berangan masa depan yang cerah. Manalah tahu kan?

02 January 2016

Jangan tanya kenapa.

Ogos 2015, aku buat keputusan nak sambung study. Sambung ambik MBA. Aku tak ingat apa akh tekanankan masa tu. Aku rasa better aku sambung. Ok. Niat nak sambung memang dah lama. 2013, apply uia tak dapat. 2014, apply ukm tak dapat. 2015, apply ump. Alhamdulillah dapat.


Cuma. Aku tidak bercerita. Aku simpan. Aku malas orang tanya kenapa kau sambung? Kenapa ana? Kenapa? Belum campur yang tahu betapa pemalasnya aku. Kenapa ana kenapaaaaa?


Aku pelik. Kenapa bila sambung belajar orang tanya kenapa? Orang siap bagi nasihat rugi je awak sambung. Awak bukan muda lagi.


Aku pelik. Bila orang buat keputusan nak kawin. Semua tahniah. Kenapa tak tanya kenapa?

Belajar, guna ribuan duit. Kawin, guna ribuan duit.
Belajar, risiko fail. Kawin, risiko cerai.
Belajar, kena pandai bahagi masa. Kawin, sama.


Dah tu. Kenapa mesti nak pertikaikan? Aku penat. Aku tak tahu aku boleh survive or tidak.


Aku mohon. Doakan yang terbaik. Doakan, tolong. Aku taknak negetif pandangan. Nak doa.



Terima kasih.



Aku minta. Hormat pilihan orang. Bukan senua pilihan kita tepat sampai sentiasa orang lain adalah salah.