Chun!

02 January 2016

Jangan tanya kenapa.

Ogos 2015, aku buat keputusan nak sambung study. Sambung ambik MBA. Aku tak ingat apa akh tekanankan masa tu. Aku rasa better aku sambung. Ok. Niat nak sambung memang dah lama. 2013, apply uia tak dapat. 2014, apply ukm tak dapat. 2015, apply ump. Alhamdulillah dapat.


Cuma. Aku tidak bercerita. Aku simpan. Aku malas orang tanya kenapa kau sambung? Kenapa ana? Kenapa? Belum campur yang tahu betapa pemalasnya aku. Kenapa ana kenapaaaaa?


Aku pelik. Kenapa bila sambung belajar orang tanya kenapa? Orang siap bagi nasihat rugi je awak sambung. Awak bukan muda lagi.


Aku pelik. Bila orang buat keputusan nak kawin. Semua tahniah. Kenapa tak tanya kenapa?

Belajar, guna ribuan duit. Kawin, guna ribuan duit.
Belajar, risiko fail. Kawin, risiko cerai.
Belajar, kena pandai bahagi masa. Kawin, sama.


Dah tu. Kenapa mesti nak pertikaikan? Aku penat. Aku tak tahu aku boleh survive or tidak.


Aku mohon. Doakan yang terbaik. Doakan, tolong. Aku taknak negetif pandangan. Nak doa.



Terima kasih.



Aku minta. Hormat pilihan orang. Bukan senua pilihan kita tepat sampai sentiasa orang lain adalah salah.

No comments: