31 December 2011

2011

2011 | Ada apa-apa yang menarik ke? Ada ke? Ada ke?

Jawapan :

TAK ADA!

Azam?

TAK INGAT

Belajar?

TAK RAJIN

Ha! Kan tengok kan kan kan. Sama je hidup aku.

Makan bersama laptop, tidur bersama laptop. Oh kesian perempuan ni.

TAPI.....

Saya sangat bernasib baik.

Saya ada KELUARGA yang best!

Saya ada KAWAN-KAWAN yang best!

Mereka selalu ada!

Dan tidak lupa........

Saya ada LAPTOP yang best!

Sentiasa bersama! hahaha.

12 December 2011

Marah


[gambar curik dari Encik Google]

Orang selalu je dengan bangganya mengaku, “aku cakap lepas je” , “aku suka sound orang”, “aku kalau tak suka, aku cakap je”..Ye! kadang-kadang aku pun macam tu, tapi tak adalah dengan bangganya aku nak kasi tau semua orang. Hello! Tak chun pun kau buat macam tu. Takdalah aku rasa membanggakan sangat. Kau sedar tak yang kau buat tu buat aku lagi menyampah dengan kau. Fuh! Nasib baik ada blog boleh aku tulis.

Kadang-kadang bila nak marah aku rasa nak cakap je, tapi bila memikirkan kadang-kadang apa yang orang buat tu aku pernah buat dekat orang lain dalam sedar atau tak sedar aku simpan jelah marah aku. Ye! Memang aku tengah marah masa aku tulis ni. Aku tak taulah nak kata aku sabar semestinya tidak, tapi bila fikir-fikir dari aku sound-sound orang, orang sakit hati dengan aku dan aku dengan orang tu nanti jadi awkward baiklah aku simpan je marah aku. Fuh! Kurang serabut aku bila aku luah dekat kau ni blog! Hamek kau!
[gambar curi dari encik google]


Betul! Tak tipu. Aku memang selalu je cakap je kalau aku tak suka but dengan cara yang sesetengah orang boleh terima dan sesetengah orang anggap gurauan atau sesetengah yang buat tak dengar je. Biarlah! Aku pun dah malas nak kisah. Kalau nak di listkan apa aku tak suka. Macamlah orang semua suka dengan apa yang aku buatkan. So baik aku simpan sorang-sorang, aku sakit hati sorang-sorang. Alah setakat sakit hati tak lama mana pun. Tak sempat ape-ape aku dah lupa nanti. Dari aku buat orang benci aku yang entah-entah orang jadi tak suka aku lama-lama. Oh! Taknak!

Yang ini memang aku ingat selalu,

Nabi SAW bersabda maksudnya :
apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring

(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

28 November 2011

Minta Maaf secara terbuka!

Aku rasa aku selalu buat salah dengan kawan-kawan aku.
Hey! Kawan-kawan.

Maafkan saya!

21 November 2011

Drama Korea ! Cerita Korea!

Cerita Korea

Cerita bermula, seorang perempuan miskin yang pelik, tak cantik, clumsy, selekeh dan sebagainya mesti tiba-tiba terlanggar kereta lelaki kaya, atau tertukar beg/handphone dengan lelaki kaya, atau terlanggar lelaki kaya sampai jatuh atau terbuat benda-benda pelik dan ditolong oleh lelaki kaya atau apa-apa yang boleh menyebabkan perempuan itu tiba-tiba akan ada kaitan atau lebih tepat pergaduhan dengan lelaki kaya tu. 

Lelaki kaya yang pertama mestilah seorang yang sangat kaya, orang yang menentukan ekonomi korea, orang yang mempunyai mak atau ayah atau makcik atau pakcik atau atuk atau nenek yang akan tidak merestui cinta mereka, orang yang sangat perfect, orang yang boleh cakap bahasa inggeris, mandarin, jepun, france dan apa-apa lagi bahasa dengan fluentnya, orang yang boleh buat semua benda, orang yang akan ada trauma dengan sesuatu perkara. Itu kisah lelaki pertama.

Cerita saya

Cerita tak pernah bermula, segala cerita dongeng korea tipu saya. Manalah ada lelaki kaya nak suka perempuan yang miskin, yang pelik, yang clumsy, yang selekeh dan macam-macam yang lagilah. Kalau ada yang nak pun satu dalam seribu kot. Entah! Lelaki kaya pun aku tak kenal. 

Cerita korea

Cerita bersambung lagi bila, lelaki kaya dan perempuan miskin akan bergaduh, tiba-tiba banyak pulak diorang bertemu, mudah je nak jumpa, jalan sana jumpa dan gaduh, jalan sini jumpa dan gaduh, pergi sana ada, pergi sini ada, jalan cerita akan asyik gaduh-gaduh-gaduh.

Cerita saya

Jumpa pun tidak. Masih tidak bersambung.

Cerita Korea

Lelaki kaya tu mesti ada hyung(abang) atau adik lelaki atau kawan baik atau sunbae(senior) yang kadang-kadang lagi hensem yang mesti akan baik dengan perempuan miskin tu nanti dan menjadi lelaki kedua. Kebiasaannya perempuam miskin tak tahu yang lelaki kedua itu ada kena mengena kaitan dengan lelaki pertama yang kaya pada permulaan ceritanya. Oh ya! Lelaki kedua tu mesti juga seorang yang kaya dan sama hot je dengan lelaki pertama dan kadang-kadang lelaki kedua lebih hensem!

Cerita saya

Lelaki pertama pun tak jumpa inikan pula lelaki kedua.

Cerita Korea

Cerita kisah cinta akan bermula, dari bergaduh, bila dah selalu terjumpa, buat-buat jumpa, menjumpa-jumpa. Lama-lama lelaki pertama akan suka dekat perempuan miskin dan lain-lain. Tetapi lelaki pertama takkan mengaku dan susah nak mengaku dan keep kacau-kacau-kacau perempuan itu. Di samping itu, lelaki kedua sangat baik, berkawan atau selalu ada untuk perempuan nak mengadu, nak mintak tolong dan nak macam-macam dengan lelaki kedua.
 
Cerita saya

Masih belum bermula. Teruskan menonton Korea

Cerita Korea

Oh ya! Terlupa pulak. Cerita Korea mesti ada perempuan cantik yang ada yang baik, ada yang jahat. Perempuan cantik mesti akan menjadi kawan baik kedua-dua lelaki dari kecik, atau senior/junior masa belajar, atau baik dengan ahli keluarga kedua-dua lelaki. 

Kemudian, kedua-dua lelaki akan/pernah/sedang suka dengan perempuan cantik dan kadang-kadang mereka juga akan/pernah/sedang berebut perempuan cantik.

Kebiasaaannya perempuan cantik, Walaupun dia taknak kedua-dua lelaki tapi sentiasa bagi harapan pada kedua-dua atau kadang-kadang berbuat terlalu baik dengan kedua-kedua lelaki.

Cerita Saya

Siapa lelaki taknak perempuan cantik dan baik serta perfect!

Cerita Korea

Bila dah banyak-banyak episod. Lelaki pertama sudah mula suka dekat perempuan miskin dan lelaki kedua juga tanpa disedari mula suka juga dekat perempuan miskin. Perempuan miskin akan suka dekat lelaki pertama je, dia hanya akan baik dengan lelaki kedua tanpa sedar yang lelaki kedua suka dekat dia kebiasaannya.

Cerita Saya

Pernah pulak terjadi dua orang lelaki kaya nak berebut seorang perempuan serabut kesimpulanya ni.

Cerita Korea

Akhir cerita biasanya akan happy ending, Lelaki pertama dan perempuan miskin akan bersama. Lelaki kedua dan perempuan cantik akan terus single. 

Cerita saya

Masih belum nampak jalan cerita.

Sekian, Terima Kasih.


:::Kata saya:::
Bilalah cerita tipuan Korea nak masuk dalam cerita saya?! Bila lelaki hensem, kaya dan tinggi nak muncul macam dalam cerita Korea ni! Haish!!!!

Apa-apa pun saya masih tengok Cerita Korea walaupun boleh teka ending. I Love Korea!!

11 November 2011

Hancur!

"baldi penuh - air melimpah - akak tidur - kapet basah"
Faham tak faham? Agak-agak encik lah kan. Apa aku mencarut secara tiba-tiba setelah bukan main lama tak update blog. hahaha. Meh sini aku nak terangkan wahai encik blog. 

Cerita bermula apabila seorang budak tahun lima di rumah saya mahu menceritakan sesuatu.

 Dia dengan penuh bangganya cerita." kak ana, kak ana. baldi penuh - air melimpah - akak tidur - kapet basah " .

Aku dengan penuh kasih sayang, " hahaha, patutlah penulisan tak dapat A"....sambung gelak panjang-panjang.

Wahai adikku, kalau macam ni lah cara nak cerita. Adeh! Masalah besar ni. Tolonglah sambungkan perkataan-perkataan menjadi ayat yang betul. Boleh pulak dia cerita isi-isi penting je. Salah siapa ni. Aku rasa cikgu-cikgu BM dah  buat yang terbaik dah. Aku belajar BM dulu elok je cikgu ajar. tapi kenapa! kenapa wahai adikku!

Mula-mula kejadian aku rasalah  lawak, tapi bila aku fikir-fikir, mak aku mesti hantar adik aku pergi tuition masa cuti! Aku tak sanggop dengar cerita perkataan-perkataan tak bersambung lagi. Oh.

26 September 2011

Sem Baru!

Wahhh! Last letak gambar makanan je. Banyak cerita. Banyak buang masa. Banyak habis duit. Banyak kerja. Banyak study. Banayk benda. Macam-macam saya mahu cerita. Tetapi saya tak larat nak taip. apa kata saya diam je?

28 July 2011

Syaaban.

Fuh sedar tak sedar. Dah nak habis bulan Syaaban. Dah lama juga aku tak tulis dekat blog ni. Bukan tak nak menulis cuma cuma cuma banyak aral, sibuk memasak dan yang paling susah tak ada internet. huhuhu.

Wah! Dah nak masuk bulan Ramadhan. Sangat suka! Yang paling suka tahun ni boleh puasa penuh di rumah. oh! kenapa dah tak tahu nak tulis apa ni. Banyak sebenarnya cerita tetapi boleh saya buat-buat lupa tanpa cerita tak??????

01 July 2011

Facebook | Kenapa dengan facebook saya?


Kenapa dengan Facebook saya ni? Kenapa dia tunjuk macam ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tolong kasi jawapan yang membina sikit..

24 June 2011

Practical Training

Alhamdulillah. Praktikal saya selama enam bulan di Zulkfali & Co dah berakhir pada minggu lepas bersamaan 17 Jun 2011. Alhamdulillah. Sekarang saya telah menjadi pelajar semula. ooyeah!

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Encik Bos sebab saya berpeluang habiskan praktikal saya di tempat dia dan tidak lupa kepada Encik/Cik/Puan Staff di tempat saya tumpang berpraktikal sebab banyak membantu dan ajar saya macam-macam. Dan kepada kawan-kawan yang banyak membantu di office Anish Sulaiman yang cantik dan Dot Dot.

*menarik tak tulisan saya! Macam tulis reportkan kan kan* 

Akhirnya, setelah enam bulan saya bangun awal, tidak tidur selepas solat subuh, berlari-lari ke bus stop setiap pagi mengejar bas, mencarut ketika bas lambat, membebel jika ditinggalkan bas, membeli air kotak susu dutchlady strawberry, makan nasi lemak sedap pagi-pagi, berdiri sorang-sorang tunggu office buka jika sampai awal, main minesweeper sebelum tazkirah, buat kerja tanpa henti sampai lunch, sambung bekerja selepas lunch, menjadi penunggu jam 5.30, dan berlari-lari mengejar bas untuk pulang, berjumpa kawan-kawan sepraktikal, bersembang-sembang bising di bus stop. Oh itu kehidupan. *panjang kalau nak diceritakan*

Oh. Masa praktikal lah saya baru sedar yang UIA Gombak ke Sri Gombak mengambil masa sejam jika menaiki bas. bermula dengan setengah jam T 231 dan beralih ke T 203! Tapi nasib saya ada kawan-kawan yang selalu ada di bus stop bersama saya. Yang membuat bising bersama-sama saya di bus stop di Sri Gombak, yang rajin pergi makan selepas balik kerja. Oh! Mereka. Iking, Aing, Alya, Yaa, Tim. Sebab mereka saya tidak bosan!

Cerita kat office? Biasa je. kerja, kerja, kerja, kerja, kena marah dengan bos, kerja, kerja, kerja. Oh! Boleh tak nak submit blog dekat lecturer. Malas nye nak buat report dan saya sepatutnya buat report sekarang! 

Apa-apa pun yang penting, walaupun saya tahu mereka di office tak baca blog saya. Tetapi saya nak ucap juga. Terima Kasih Banyak-banyak-banyak-banyak!!! Ia memang bagi saya pengalaman!

16 June 2011

kira-kira hari

Menghitung hari weyh. Menghitung hari. Setiap hari kot aku tenung calendar tu. Sehari aku rasa setiap 5 minit kot aku tenung je calendar tu. Mengharapkan tarikh akan berubah semakin cepat dan cepat dan cepat. Belum kira aku tenung jam lagi. Mengharap masa berlalu dengan sangat pantas. YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan.

Fuh!! Lama lagi lah nak habis praktikal. Bosan sungguh bosan. Bila lah nak habis. Tak sabar nak tunggu cuti 2 bulan di rumah. Oh heaven! Cepatlah habis praktikal. Sangat dah tak sabar nak meneruskan plan selepas. Oh! Bosan. Bosan. Bosan.

Praktikal. Anda disarankan untuk habis secepat mungkin. Sesungguhnya saya dah penat. Saya tak suka bekerja. Saya bosan bekerja. Oh! Kerja memang sangat tak best. Kenapa semua orang suka bekerja?

Kenapa kerja tak best??

  1. Tidak boleh tidur selepas subuh.
  2. Tidak boleh tidur petang.
  3. Kena jalan awal-awal pagi.
  4. Kena makan dalam masa sejam je.
  5. Tak boleh lepak-lepak hari biasa.
  6. Tak boleh tengok movie murah.
  7. Kena fokus je dalam masa 8 jam.
  8. Kena serious je.
  9. Kena marah dan kena bebel.
  10. Kena buat apa yang tak suka.
  11. Kena masuk ikut waktu, balik ikut waktu.
  12. Tak boleh ponteng.
  13. Kena jadi rajin.


Segala jenis alasan yang aku senaraikan,yang aku rasa boleh diterima dan dipakai. Sangat-sangat boleh di terima oke. Aku tak tipu., Betul-betul-betul ni.

Oh! Sangat tak sabar nak balik rumah selepas habis praktikal tanpa perlu fikir nak kerja tanpa perlu fikir nak kena marah. Dan yang paling best nak duduk rumah golek golek guling guling makan makan tidur tidur dan membuang masa bersama keluarga. Oh heaven!

Kenapa semua orang rajin tolong fikirkan untuk aku? Kenapa tak ramai yang nak ambil accounting dalam family aku. Kenapa kenapa kenapa? Tolognlah. Sekarang semua orang nak fikirkan untuk aku. Oh!

“Ana, Lepas ni sambung ACCA ke?”
“Ana, Lepas ni sambung master ke?”
“Ana, Lepas ni kerja ke?”

Oh! Kenapa semua orang nak tolong fikirkan untuk aku. Oh! Aku sangat-sangatlah tak tahu. Dalam fikiran aku nak duduk rumah je. Nak buang masa. Nak habiskan duit. Nak buatlah ape yang patut dulu, sampai aku bosan dan baru cari kerja.

Penat sangat-sangat oke. Dari pada kecik sampailah SPM aku belajar je. Then tak sempat ape-ape, dapat PLKN, tak duduk rumah lagi. Lepas PLKN duduk rumah sekejap kata aku, dah dapat matrik UIAM. Oh. Belajar matrik sangat-sangat lah penat. Aku sendiri pon tak sangka aku boleh habiskan matrik dengan oke. Alhamdulillah.

Bila dah masuk UIAM, fuhh! Belajar lagi. Tak sempat cuti lama pulak tuh. Yelah UIAM neh kan jenis yang cuti sekejap-sekejap je. Oh. Kesedihan. Oleh kerana, sebab-sebab-alasan-alasan di atas lah aku rasa aku perlukan cuti untuk membuang masa sekejap lepas habis degree. Nak merasa hidup membuang masa. Oh!


15 June 2011

Wordless Wednesday #01




...Pertama kali...
Nampak dekat blog Xaty
Lepas tu terus klik klik
Rupanya "oooo"
Terus nak buat juga.

14 June 2011

Kawan-Kawan saya

Kanak-kanak dah SEPULUH tahun kita kenal kan kan kan kan. Dari umur kita 13 tahun lagi sampai sekarang dah DUAPULUHTIGA tahun oke! Yang 12 ke 22, sama je oke. Tiba-tiba hari ni rasa nak upload gambar-gambar korang. Aku curi dari FB korang tau tau tau!! Nak letak gambar masa kanak-kanak kita kat sekolah. Aku tengok aku sangat-sangat selekeh dari sekarang. So aku curi gambar korang dekat FB jelah ye!

Siti Khadijah yang cantik. Dia selalu kena tunggu saya masa nak naik bas masa sekolah sekolah dulu. Saya yang tak pernah awal dan selalu lewat. Sekarang, dia kena ambik saya dekat rumah yang nombor besar-besar pulak. Dijah! Aku letak gambar kau paling cantik tau!

Nur Hilwani yang Gorgeous. Dia budak ayng bersin kuat-kuat pagi-pagi yang duduk sebelah saya masa sekolah-sekolah dulu. Dia sangat gorgeos kan kan kan. Cik Hil. I tak jumpa u punya blog.

Nur Adilla yang sangat comel kan kan kan. Dia selalu lepak-lepak dan bising-bising dalam kelas dengan saya masa sekolah sekolah dulu. Dilla. Apa juga blog anda?

Nurhamizah yang ........................... Sekarang lepas sekolah tak pernah jumpa dia lagi. So nanti dah jumpa baru isi situ. Miejah! Bila nak jumpa ni!

Miza Nadia yang kurus dan cantik! Oh! Dia dah nak tunang dah! Tahniah Miza. Ada kenderaan aku datang!!

Nadiah yang sangat comel dari dulu sampai sekarang! Nad. Susahnya nak cari gambar kau sorang. So aku culik je yang mana ada. Nad yang paling aku ingat CHESS !!

Alamak. Tiba-tiba entry dah sangat panjang. Baru ingat nak letak lagi orang lain-lain. So letak golongan kanak-kanak yang meningkat usia ni dulu. Nanti letak kanak-kanak riang yang kurang tahun perkenalan.! weee~ Saya sayang mereka! :)

25 May 2011

Selamat Hari Lahir

Happy Birthday to Me ~
Happy Birthday to Me ~
Happy Birthday to Me ~
Happy Birthday to Me ~
Selamat Hari Lahir yang ke-23 Ana. Semoga menjadi anak yang baik, pelajar yang bagus, kawan yang chun serta hamba yang taat! 

24 May 2011

Kisah Perhentian Bas

Pada suatu hari, saya jalan-jalan seperti biasa di hari biasa tanpa ada yang luar biasa semuanya sangat-sangat biasa. Secara tiba-tiba, saya nampak sangat ramai orang di hentian bas biasa yang tidak juga luar biasa. Saya pun meneruskan perjalanan seperti biasa lagi. Saya berjalan-jalan dan jalan, kemudian sampai ke hentian bas yang dibayangkan. *Ana. Apekah dengan ayat kau!*

Tiba-tiba secara luar biasa saya di tegur, "ANA" , saya mula merasakan satu kepelikan kerana kebanyakkan kanak-kanak UIAM memanggil saya Farhana, kurang 51% yang memanggil Ana. Baiklah. Berbalik kepada teguran Ana yang amat memusykilkan, dengan serta merta saya berpaling ke belakang dari pandangan saya yang di depan tadi. Kemudian. "Ceh, kau!" 

Bermulalah perbualan kitorang, seperti biasa tiada topik luar biasa atau perbualan luar biasa.

Orang A : Kau dari mana atau nak pergi mana? *Logiknnye bila di hentian bas*
Aku Chun : Aku baru balik kerja. Biasa ar budak praktikal. Kau?
Orang A : Aku pun baru balik praktikal gak. Kau buat kat mana?
Aku Chun : kat Gombak je. Kau baru start ke?
Orang A : Yup. Baru start hari ni.
Aku Chun : Oh! Patut lah ramai je secara tiba-tiba orang.
Orang A : Kenapa? Kau dah lama start ke?
Aku Chun : Yup! Sangat-sangat lama. Dah 4 bulan kotttt… *huruf 't' perlu banyak*
Orang A : Gilak ah kau. Lama nye. Aku yang sehari baru bermula pun dah sangat kebosanan.
Aku Chun : Kau buat dkt mana.
Orang A : di “…………………” ..
Aku Chun : Wah! Wah!

*meneruskan sembang untuk beberapa minit sehingga bas menunjukkan tayar nya*

Kesimpulannya di sini bukan di situ atau di sana, practikal 6 bulan sangat memenatkan mengira hari habis. Oh. Lagi banyak hari nak habis, kalau nak di pangkah-pangkah dkt calendar tu, dah habis dakwat pen pun, praktikal masih belum habis.

Oh! Sangat penat menulis entry dalam bahasa yang sangat skema walaupun tunggang langgang. Ah kisah ape. Janji SPM dulu BM aku A1. hahaha *gelak jahat*

17 May 2011

Membebel | Bila aku mula membebel

Hahaha. Sumpah kelakar. Sangat lawak ar. Manusia memang suka buat lawak. Hanya orang-orang yang duduk diam-diam di tengah sawah.

*Kau dah kenapa Ana, tiba-tiba membebel dan gelak-gelak seorang. Kau juga manusia lah*

Hahaha. Mana aku tak gelak. Manusia memang sangat kelakar. Aku kelakar dengan sesetengah golongan manusia ni. Oke. Aku tak cakap aku baik. Aku tak cakap aku sempurna. Aku tak cakap aku islamik. Tapi aku sedar aku siapa. Aku sedar apa aku sedang cakapkan sekarang. Cuma aku sebagai manusia memang mudah lupa.

Baiklah. Baiklah. Baiklah. Aku terus ke point aku yang pertama. Chewaahhh kau. Bajet macam tengah bagi talk lah pulak kan. Hahaha. Oke. Oke. Ana sila teruskan kepada bebelan anda yang anda mulakan tadi.

Hahaha.*banyak pulak aku gelak* Kau tak rasa ke sangat-sangat kelakar sesetengah golongan sekarang ni. *sumpah nak mencarut bila ingat* Macam mana aku nak cakap ni. Malu-malu lah. Ouch gedik you! Hahaha. 

Pernah dengar tak orang ramai yang cakap macam ni :

“Aku tak sukalah, diorang ni suka-suka je cerita tentang aku dengan bf/gf aku”
 “Aku bencilah dengan orang suka tengok-tengok aku dengan bf/gf aku”
 “Aku rimaslah orang pandang-pandang aku dengan bf/gf aku”
 “Kenapa orang selalu je cakap-cakap pasai aku bila aku dengan bf/gf?
 “Gila ar. Apa diorang ni. Tahu je semua pasai aku. Suka je ambil tahu hal orang”
 “Tak sukalah, orang add2, comment2, view2 facebook, twitter, friendster, myspace etc bf/gf aku”

Satu je aku nak cakap. Bangang! Serious ah. Baik jangan nak mengadu dengan aku lah benda-benda leceh macam tu. Aku rasa nak cakap je. Kau memang bangang wahai kawanku. Tapi sebab jaga sesitiviti kawan setempat. Aku simpan je lah kata-kata kesat aku tu.

Kenapa aku cakap bangang:

Kau dah berkepit setiap hari ke mana-mana dengan bf/gf kau. Lepas orang cakap-cakap tentang kau. Orang cakap benda betul. Kau taknak orang cakap pasai kau. Kau jangan buat benda yang boleh sebabkan orang kutuk kau.

Kau berdua-duaan dengan bf/gf kau. Dok bepeluk-pelukan, berpegang-pegang. Bermanja-manja. Lepas tu kau marah orang tengok-tengok kau. Kalau tak nak orang tengok jangan buat perangai pelik tengah orang ramai. Lainlah kau dah kawin. Mesti orang cakap. Sweetnhye mereka. Kalau belum kahwin. Aku pun naik menyampah tengok. Helo. Allah turunkan bala dia tak pilih orang oke. Kalau dah satu kaum, tetap kena satu kaum.

Oh! Kau pandai ye kau nak rimas orang pandang-pandang kau. Rimas orang tengok kau buat maksiat kau tak fikir. Orang tu pandang kau sebab kau tahu tak kenapa. Sebab mereka rimas dan harap kau berhenti buat maksiat. Rimas. Kua faham kan rimas itu ape kan. So kalau kau pandai rimas. Apa kata kau tolong hilang kan rimas aku juga boleh. Rimas wooiii rimas.

Hahaha. Kau marah ye orang ambik tahu pasai kau. Tapi kau ingat tak. Dolu-dolu pernah suatu ketika kau cerita dekat aku. Kau suka stalk orang. Suka je nak tahu tentang orang. Suka je gossip hot-hot. So apa perbezaan kau dengan orang-orang yang stalk kau. Sama  je kawan ku.Kalau kau berjaya menjadi stalker,so aku rasa kau tak perlu marah bila di stalk orang. Terima jelah. Allah Maha Adil, wahai kawan ku.

Aku Tanya sikit boleh tak. Kau tahu tak Social Network tu ape? Kau tahu tak. Nak ke aku explain. Oke. Aku rasa kau cukup pandai nak tahu maksudnya. So. Kau tak payah lah nak bebel-bebel bila bf/gf kau add, comment manusia lain. Sebab sepanjang pengetahuan aku manusia je terlibat dengan facebook or twitter or lain-lain. Binatang kalau ada pun sebab manusia yang buatkan. So kesimpulanya semua manusia.

Salah ke nak berkawan atau berhubung dengan kawan-kawan lama. Kau nak cakap apa. Kau tak boleh tengok bf/gf kau contact dengan lelaki/perempuan lain. Hello!! Kau baru je jadi bf/gf dia, tak ada perbezaan pun antara kau dan lelaki/perempuan lain itu, Cuma setakat bf/gf, kalau kau berpisah pun tak payah masuk mahkamah lah. So, baik kau sedar. Tak payahlah nak mengadu dengan aku lagi benda-benda leceh.

***Kau tak faham. Kau tak couple. Kau belum couple. Kau tak faham. Kau tak faham. Kalau dah sayang**

Ye! Memang aku tak faham dan tak nak faham. Perlulah pulakkan aku nak faham. Itu masalah kau yang kau buat sendiri. So. Perlu ke kau nak mengadu. Tak ada orang pun paksa kau buat semua tu. Itu yang kau nak itu yang kau pilih. So terima lah. Kalau tak nak , kalau tak suka. So, kau tinggalkan. Buat apa yang patut, guna cara yang betul, pilih jalan yang tepat. InsyaALLAH. Allah Maha Pengasih.

Ha! Ambik kau. Panjang tak aku membebel. Bukan nak emosi. Cuma kadang-kadang sakit hati dengan orang. Suka je cari kesalahan orang lain sedangkan tak sedar diri sendiri yang memulakan  semua tuh.

 So. Aku cakap je. Aku maksudkan sesiapa yang terasa. Aku hanya doakan yang terbaik untuk diriku, kawan-kawan aku, keluarga aku. Mintak semua dijauhkan dari apa-apa yang tak baik.

16 May 2011

Selamat hari guru

Guru,
kau umpama lilin,
kau umpama pelita,
yang membakar diri demi kami..........

Wah! Teringat zaman-zaman menulis sajak hari guru. Dari zaman kanak-kanak sampai ke sekolah rendah ini jelah sajak nye. Guru=Lilin=Pelita. Oh! So Kenangan! Suka-suka. 

Dari zaman saya nakal sedikit sehingga saya nakal banyak cikgu sangat sabar. Dari zaman saya pandai sikit sampai saya pandai banyak semua jasa cikgu. oh! terima kasih cikgu!

Sangat teringat dari zaman bagi cikgu hadiah pen sebatang hingga lah ke hadiah kain 4 meter, semuanye sangat ikhlas untuk cikgu.  Semangat sambutan hari guru masa sekolah lah yang sangat di nantikan. oh! Saya suka hari guru!

Ya ALLAH, kau berikanlah kejayaan di dunia dan di akhirat untuk cikgu-cikgu ku, kau murahkanlah rezeki mereka, kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku, sesungguhnya jasa mereka tak mampu untuk kubalas, YA ALLAH. 

TERIMA KASIH untuk cikgu-cikgu saya :

1) Taski Al-Mukmin (1992-1993)
2) SRA Al-Mukmin ( 1994-1996)
3) SK Jerantut ( 1997-2000)
4) SMKA TAHAP (2001-2005)
5) PLKN Kem Gambang (2006)
6) Matrikulasi IIUM (2006-2007)
7) Cikgu memandu saya. *dia tetap cikgu*
7) IIUM ( 2008-current)

TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH CIKGU!

03 May 2011

Luahan | Meluahkan

Saya rasa saya akan mula menulis sesuatu yang hanya orang malas dan tiada idea seperti saya je yang mampu dan berjaya menulisnya. 

Setiap hari saya hidup dengan kawan-kawan saya. Masa saya dengan kawan-kawan lebih banyak dari masa saya dengan keluarga. Bukan mengabaikan keluarga tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk belajar buat masa sekarang. erk erk erk. Ana berhenti menulis dengan sangat skema. Oke itu bukan Ana!

Setiap hari juga saya berfikir dan saya memerhatikan, oh! Manusia memang sangat-sangat berbeza. Setiap orang sangat lain pemikirannya. Kadang-kadang apa yang saya rasa remeh atau tak perlu dibincangkan mungkin boleh menjadi sesuatu masalah yang besar bagi seseorang. Kadang-kadang juga, apa yang saya tak mahu tahu atau tak mahu diberitahu atau memberitahu tetapi itulah yang menjadi sesuatu yang ingin diberitahu atau diambiltahu.

Setiap hari masih di dalam hari, saya rasa saya ingin saya cuba, untuk menulis blog tetapi tidak berjaya. Seperti hari ini. Hanya entry membuang masa , membazir masa tidur , mengisi  masa lapang untuk menambah entry sia-sia dalam blog.

" Oh! Perhatian kepada sesiapa yang sudi membaca entry ini sehingga habis. Saya  mengucapkan jutaan terima kasih. "

Walaupun, entry saya nampak kosong tetapi agak lama saya berfikir untuk menyiapkannya. Tahniah! 

24 April 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011

Cerita bermula bila pagi hari Jumaat (22/04/2011), bangun pagi seperti biasa. Bersiap seperti biasa. Jalan-jalan seperti biasa. 7.38 pg sudah di bus stop seperti biasa. Menunggu bus seperti biasa. Eh eh. Ada sesuatu yang luar biasa. Mana bus ni. Jam tangan dan handphone sudah pun menunjukkan pukul 7.50 pagi. Aku mula resah. *sila baca intro yang mengarut kerana ia permulaan sebuah cerita yang tak menarik* Mesej Yaa, Mesej Ain : Akhirnya mendapat keputusan untuk naik cab bila jam menunjukkan pukul 8 pg. Oh bus! Kau bagi harapan palsu.

Dalam teksi, dah nak sampai tempat yang dituju tiba-tiba rasa nak mesej mak. Buka bag dan ambik handphone tiba-tiba lagi, mak call!! 

Ana : Hello, Ana baru je nak mesej mak.
Mak : Dekat mana tu.
Ana : Dalam teksi.
Mak : ooo..
Oke. Oke. Sudah2. tak ada kena mengena dengan topik. 

Mak : Ana petang ni kitorang nak datang KL. Budak-budak ni semua nak pergi Book Fair.
Ana : ooo. Ok. Jangan lupa ambik Ana. Hehehe.
Mak : Tengoklah kalau awal. Kalau lewat pagi esok lah.
Ana : alah. oke lah.
Mak : Dah dah. Pergi masuk office tu. Mak nak kemas rumah ni.
Ana : Ana nak pergi breakfast. Hehehe.

Macam tu lah terlebih terkurangnya perbualan aku dengan mak, permulaan penyebutan Book Fair. Oo yeah. Tak pernah pergi Book Fair sepanjang kehidupan ku di KL. sekarang umur masih 22 baru nak pergi. oO yeah! hahaha.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi mak dah datang ambik dekat UIA with may aunty. Pergi breakfast dan pulang ke rumah. Siap-siap. Abah, Mak n Mak Cik saya ada hal lain. Jadi hanya kami adik beradik pergi ke book fair. Mereka hantar kami ke PWTC. Then kami jalan-jalan berenam di sana.

Oh! Sangat ramai orang. Ramai nye. Baik adik-adik mana kita nak pergi ni. Jom memulakan pengembaraan kita! Wah! Adik-adik saya dah teruja tengok buku banyak-banyak. 

Mereka dah semangat-semangat nampak novel semua-semua tuh. Seorang teruja nampak buku-buku islamic, dua orang teruja nampak novel-novel, seorang gang saya masih tak ada keterujaan, yang kecik dah teruja nampak komik. oh. Habislah duit si kakak dan abang nya jap lagi.

Orang sangat ramai dan sangat padat. tapi seronok sebab diskaun banyak-banyak. Waktu teman adik-adik pilih buku di PTS, diskaun dia menarik, untuk student sampai 25%. Wah! Banyaklah tu kan. Mereka pon hamekk kau. Berbuah-buah novel lah seorang. Si Kecik pulak berminat dengan komik-M, komik terbitan orang melayu, agak menarik lah cerita, cepat sokong industri tempatan, sudah-sudah lah baca manga. *untuk diri sendiri* hahaha. 

Lepas tu jalan-jalan lagi, Semua booth saya singgah. tengok-tengok, keluar. Maaflah, duit tak banyak nak beli macam2. huhuhu. Memendekkan cerita, penat je taip panjang-panjang bukan ada orang nak baca. Tiba-tiba, dah nampak arah tujuan, Gempak Starz! Ini yang kita cari. Abaikan perenggan di atas. hahaha. Selamat membeli. Mari membeli. Oh! Kenapa banyak yang dah baca ni. Alah! nak beli nak beli. 

Kami berjalan-jalan lagi. Berjalan keluar masuk tengok beli dan seterusnya. Oh. Sekarang baru saya tahu. Kenapa orang ramai suka pergi Book Fair. Masa saya pergi sangat ramai dengan penulis-penulis yang kita boleh jumpa. Maaflah saya tak kenal. Tapi boleh dikatakan setiap booth ada. Tandatangan buku-buku mereka. Mesti mereka sangat berbanggakan bila karya diorang dihargai. 

Cerita kelakar. Masa dekat booth Moy Publication alah yang jual Ujang tu. Siapa tak tahu tipu. Adik saya beli sesuatu. Dan saya pun tengok paper bag dia cantik. Saya beli. Adalah sebuah buku Ujang dan Apo keluaran lepas dalam tu. Then, tiba-tiba adik saya cakap ada kartunis dia. Yang kecik dah sibuk-sibuk ambik paper bag dan buku nak mintak tandatangan. Mereka berdua yang kecik pun semangatlah mintak tandatangan. kartunis dia ada lukis kartuin dia tepi tu sikit-sikt. Wah! saya teruja sebab dia senang je tengok dia lukis. yang Kelakar Selepas dapat tandatangn dan kami nak bergerak-gerak, kartunis dia dah bangun berdiri kt tmpt lain. Saya tunjuk, adik saya boleh tanya siapa. Kitorang yang lain-lain gelaklah. Tadi semangat mintak tandatangan, rupa-rupa tak perasan pun siapa. Kanak-kanak sungguh.

Sudah-sudah Ana. Panjang sangat dah entry ni. Ok. baiklah. Kami pulang naik pengangkutan awam. Seronok juga rupanya Book fair ni. Sekian Terima Kasih.

10 April 2011

Kekreatifan GOOGLE!

Bosan! Seharian aku buang masa. Tidur-Makan-Movie-Tidur-Makan-Movie. Nak update blog sangat-sangat semalam masa ada idea dan ada luahan sikit tapi internet sangat sangat sangat slow. Aku pun terus berputus ada tanpa segan silu. Sekarang nak update, luahan dah lupa. Terus tak tau nk tulis apa. Aku pun tengok-tengok gambar dalam laptop kesayang ni. Jumpa lah gambar-gambar google yang sangat kreatif pada pendapat aku.






27 March 2011

Kisah Pemandu Teksi

Ihsan Encik Google

Bila bercerita tentang pemandu teksi je macam-macam cerita yang ada kan. Ada yang negetif ada yang positif ada yang lawak ada yang sedih *ada ke?* ada yang euwww ada yang over ada yang macam-macam lah. Kali ni aku nak cerita tentang pak cik teksi yang baik hati. Chewahh! Macam dapat  bayaran pulak aku puji-puji pak cik teksi ni kan. 

**** Cerita Bermula ****

Kisah ni terjadi masa 22 / 03 / 2011, pagi tu, dengan hujan yang slow-slow romantik gitu, aku dah lambat nak pergi kerja sebab buat Mahallah Pre-registration dulu sebelum tu yang bermula pukul 8 pagi. Pada permulaannye hajat aku nak lah naik bus je, target sampai office pukul 8.45pagi ke, tapi bila dah 8.30 pagi masih tak ada bus aku pon ambik lah keputusan nak naik teksi je. *cuak gak naik teksi sorang2 pagi2*

Aku pon dengan penuh confident nye tahan lah teksi.  

Then aku tengok jam. Oke aku dah lewat. Kalau boleh time tuh aku nak tolong je pakcik tuh tekan minyak tuh. Biar laju sikit. *go pak cik go*

Beberapa minit kemudian, *oke cerita sgt tak menarik* , sampai je kat tempat yang di tuju. meter teksi menunjuk kan RM9.00. Aku pon bukak purse *damn* RM50 je yang ada, lain-lain RM1 entah berapa keping. Aku pon kasi lah dekat pakcik tuh RM50 sekeping dengan penuh harapan pakcik ada duit baki. Tiba-tiba.....

Pak cik : Tak ada duit kecik ke.
Aku : *sambil check purse sekali lagi* tak ada lah pakcik.
Pak cik : Hmm. Pak cik tak ada duit baki ni.

Tiba-tiba pakcik tuh pulangkan duit RM50 aku tuh. 

Pak cik : Tak pe lah nak.
Aku : hmm. jup ye pakcik. *sambil check purse lagi*
Aku : Saya ada ni je. *sambil hulur RM1 (5 keping)*

Pak cik tuh ambik. Cakap dan cakap tak ape. Aku pun cakap terima kasih dan turun. Oh sangat rasa bersalah dengan pakcik tu sebab tak sediakan duit kecik betul-betul. Kesian pakcik tuh. Tapi apa pun pak cik sangat baik hati! Terima Kasih  pak cik!

09 March 2011

Misteri tingkat 5..

Pagi itu aku bangun awal daripada biasa. Tiba-tiba perut ku meragam meminta untuk aku melepaskan segala isi kandungan yang bergelimpangan di setiap pelusuk perut ku. Oh! Aku dah tak tahan lagi. Tanpa berfikir walaupun sedetik. Tandas!!

****anggaran 10 minit kemudian****

Fuhhh! Lega!! Aku pon mandi seperti biasa. Solat subuh dan bersiap-siap untuk ke pergi kerja. Tiba-tiba aku terpandang ke tingkap. Oh! Hari hujan. Alamak. Kena siap cepat-cepat nanti mesti jalan lambat-lambat sebab hujan. Oh ho!

****anggaran 20 minit kemudian****

Aku tengok jam. Dah tiba waktu nya untuk aku bergerak ke bus stop. Aku pon keluar seperti biasa. Tutup lampu, kunci pintu, cari selipar. Siap! Bukak payung dan berlenggang-lenggang cik senah ke bus stop yang berdekatan.

Tiba-tiba..mak cik cleaner muncul di depan aku sambil mengheret plastic sampah hitam besar menuju ke bawah.

“Oh. Terkejut aku” aku berkata-kata di dalam hati. *skemanye ayat*

Aku pon sambil membetulkan earphone. Turun tangga dengan perlahan-lahan sebab mak cik di depan aku.

Dik, tingkat 5 tuh ada orang tak??” tiba-tiba mak cik cleaner tuh bersuara lemah lembut ayu sopan santun.

Aku dengar tak dengar, tak beri respon sambil cuba memasuk kan earfon ke dalam telinga. Menyesal aku pakai selendang ni. Susah pulak nak masuk earfon. Kata aku sendirian. Tiba-tiba mak cik cleaner tuh menoleh ke belakang memandang tepat ke wajahku sambil mengulangi soalan nye tadi.

Mak cik cleaner : Dik, tingkat 5 tuh ada orang tak? 
Aku yang blur : Ehmm. Tak tahu lah saya mak cik. *sambil sedekahkan senyuman 
Mak cik cleaner : ooo. *sambil membalas senyuman*

Aku pon meneruskan penurunan tangga tanpa menyambung perbualan. Bagi sesiapa yang mengenali aku memang memahami yang aku susah nak bercakap dengan orang tak kenal. So bagi jawapan aku di  atas agak panjang. Biasa sepatah orang tanye suku patah aku jawab.

Mak cik cleaner : Tadi mak cik tengok sampah dekat tingkat  5 tuh. 
Aku yang masih blur : ooo. *mula memperlahankan langkah* 
Mak cik cleaner : Tiba-tiba dengar ada bunyi cawan jatuh. 
Aku yang mula cuak : oo. Ada orang lah tuh kot. *cuba sedapkan hati sendiri* 
Mak cik cleaner : Tapi macam tak ada orang. Tak ada selipar pon kt tingkat 5. 
Aku yang cuak : oo. *sambil senyum dah terus berjalan*
Aku pon meneruskan perjalanan menuju ke bus stop yang masih jauh sambil otak aku berfikir-fikir. Apa cuba mak cik neh sampaikan. Adakah dia cuba meluahkan perasaan takutnya sebentar tadi?

Dan sekarang aku masih berfikir.

Adakah aku perlu naik ke tingkat 5 untuk memastikan ada orang atau pun tidak??

01 March 2011

Hikayat Ana Chun

Aku memang fail ah bab2 nak pilih title sebab setiap kali aku online mesti banayk benda aku nk carutkan kepada encik blog! oh awak! saya rindu awak! Sejak saya tak ada broadband dan wireless iium membengongkan dirinya di bilik saya, saya dah susah nk update awak, susah nak melawat blog2 kanak-kanak yang lain. Maafkan saya~

Apa aku nak mencarut neh?? Banyak benda nak story sebab bulan Februari ada 2 entry je. oh! ini bukan Ana! Ana kan suka membebel. Camne Ana boleh tak tulis blog neh. Oha Ana kenapa!!!

Sebab aku membebel. Hidup aku semakin bosan. Seriouslah aku tak faham kenapa orang suka bekerja? Kenapa? Kenapa? Bekerja sangat bosan oke. Bangun awal, pergi kerja. *jam buat benda yang sama. Balik bilik tidu. Bangun g kerja semula. Life ke tuh? Sangat tak fun oke. nasib baik aku pratical sekarang dapat company yang best, staff yang baik, fun dan kelakar *mereka sgt best* , trainee cik anish hidayah yang menjadi geng gelak dann lunch saya, cik dot-dot yang setia meneman saya lunch, geng2 tunggu bus n naik bus 'ain, ikin, ummi, tim, yaa' yang boleh gelak2 hilangkan penat tunggu bus yang hampesshhh. Kesimpulan gelak memang best tapi kerja sangat penat dan bosan oke.

Cerita last week : 26 Februari 2010

Pergi Pahang wedding akak cantik saya "Kak Zana"..Tahniah akak! Saya suka tengok orang kahwin. Mereka kelihatan sangat bahagia!!

Cerita this week : 01 March 2010

Kami kanak-kanak level 4 pre-reg. Oh saya ada kawan yang baik tolong saya. Terima Kasih. *cuaknye pre reg takyah cerita lah*

Kesimpulannya. Ana membosankan. Sekian terima kasih~

08 February 2011

Perubahan Berganda

Wah dia. Tajuk dah buat macam iklan Chinese New Year dah. Terbaik lah Ana! hehehe. "Bersemangat!"Baiklah Kata Ana kepada seorang pak cik yang tidak bersemangat. *opps. pkck jgn baca ni* ..huhuhu. . Kita teruskan kepada topik kita ye. Adakah anda ingin tahu apakah perubahan berganda yang dimaksudkan? adakah seperti iklam A&W di radio *hanya di radio* "Peraturan 88..gandakannye..." hahaha.. Siapa faham tolong gelak dan kepada yang tak faham tolong tengok dengar radio oke. *senyum*

Oke semua yang sedang bersedia nak membaca. Jangan lupa (1) Seatbelt (2) Gula-gula skittles (3) Air Grape seringgit (4) Buku word search (5) Telekung/kain sarung (6) Cermin mata (bukan 3D) (7) Air Mineral (8) Tisu muka Tesco (9) Telefon (beserta kredit) (10) Minda yang terbuka. Jika anda telah ada sepuluh perkara di atas, mari baca perubahan berganda ye. hehehe. *kurang berbaloi-baloi*

Sebelum :

Dulu-dulu, aku suka online. Bila aku jumpa komputer, mesti aku menuju ke sini...


blog

Facebook


yahoo mail




Formspring

Antara Website yang confirm akan aku bukak bila aku online. huhuhu. Paling banyak aku buka time aku study adalah mereka. Aku tak pernah lupa merekan berdua ni. 

IIUM

MY IIUM
Mereka berdua memang selalukena bukak. hehehe. Sekarang sampai tukar website baru pon tak tau..hehehe..oh! IIUM n MYIIUM!

Selepas Perubahan Berganda :

Microsoft Excel

Microsoft Excel! hahaha. Bukak je computer pagi2 mengadap benda ini! hahaha. Oh my microsoft excel! hahaha. Perubahan berganda tuh! Dari banyak2 terus ke satu je. huhuhu.

01 February 2011

Pertama kali..

Agak agak encik lah ape dia yang pertama kali ni. cepat2 teka kalau rajin.. kalau tak..oke!



Pertama kali saya di UIA sewaktu cuti sem! Semuanya gara gara practical!

Saya tak tipu..betul-betul pertama kali tau! huk huk. 
Kesimpulan :
  1. Sangat seram duduk bilik sorang2
  2. Cafe tak ramai orang.
  3. UiA diam.
  4. Sangat bosan!
Kawan-kawan! Siapa perasan sesuatu? Setiap entry 2011 semua nya entah ape2, tulis mengarut, ayat berterabur, otak macam serabut. Jadi *kan da cakp tiba2 jadi lak* di sini saya nak cakap yang saya perlukan internet yang laju dan hak milik sendiri untuk menulis entry yang menarik pandangan saya. Sekian terima kasih. sila datang lagi!

26 January 2011

Sengaja

Bila awak tak ada depan mata, macam-macam saya nak cerita. Tapi Bila awak ada depan mata, saya dah lupa nak tulis apa. Oh My Blog!
 Sekarang sejak kehidupan saya melakukan perkara hampir sama setiap hari, saya dah jarang update awak encik blog. Oh! Sangat susah oke hidup tanpa internet. cheewaahh!! *padahal kalau internet utk main fb n blog wat pe kan kan kan*

Tengoklah sekarang skill menulis blog pon dah kena gilap balik, dah habis berhabuk dah. huk huk huk. sedih nye hatiku~~~~~huuuuu~~~

Kenapa tiba-tiba aku rasa aku menulis sangat gedik! Oh maaf encik blog saya tak ada apa nak tulis lah sebenarnye,huhuhu. 

Nak tahu tak. Nak tak? nak? nak ke? nakkkk? hahaha. *mengong*

Sangat bosan bila :
  1. Mula menulis blog merapu.
  2. Mula membuat status Facebook yang bukan-bukan.
  3. Mula menghantar mesej kosong.
  4. Mula melompat sorang2.
  5. Mula menggolekkan diri guling2 atas katil bunyik2.
  6. Mula melakukan benda yang sama hari2.
Adakah anda melalui keadaan di atas atau saya seorang sahaja ye? Kadang-kadang senua itu di sengajakan atau tidak dapat dielakkan. OH!