Chun!

31 December 2015

Sudah akhir.

Niat nak bebel.

Januari : ke Sarawak dengan orang gila. Mereka gila sebab jadi kawan aku. Sanggup korang. Aku dah rindu nak jalan banyak lagi. Jom!

Februari : bekerja sampai tekanan.

Mac : bekerja dengan tekanan

April : bekerja dengan tekanan.

May : aku tua.

Jun : bekerja dengan tekanan.

Julai : masih tekanan.

Ogos : ke kelantan dengan orang orang juga gila.

September : sambung belajar. Aku gila.


Oktober : tekanan bertambah.


November : masih tekanan. Banyak exam. Aku gila.


Disember : 9 - hai kereta. Hai axia. Hai awak.

19 - Akmal kawin. Akmal tinggalkan aku. Akmal ke Perth. Akmal saya rindu sangat.


Kesimpulan, aku masih gemuk. Aku belum kaya.

01 December 2015

Sudah Disember

Bangun-bangun pagi. Ya Allah! Sudah Disember. Cepat sangat cepat masa berlalu. Sangat banyak benda terjadi tahun ini. Sangat entah apa-apa aku susun hidup. Kelam kabut kalut. 


Sejak-sejak jadi student semula ni. Lagi kelam kabut. Jadi semakin malas. Semua nak last minit. Haish kau ni. jangan begitu.


Pilihan buat sendiri. masa jangan buang. duit jangan bazir. Allah ada. Usaha kena banyak. jangan hampakan siapa-siapa. Jangan!

14 July 2015

Entahlah

Semakin tua semakin serabut hidup.


Terumbang ambing je.


Allah.

23 February 2015

Paksa

Aku rasa sekarang bukan masa untuk aku bersukaria lah. Duit asyik tak cukup je. Susahlah macam tu kan. So sekarang kena paksa diri. belajar berjimat. Belajar. 


Jangan fail. Jangan ada niat nak esok lusa. Sampai bila?


Sama macam kes diet. Bila nak belajar diet? Sampai bila nak gemuk? Sampai bila?


Masalah aku. Menaip di instagram lebih banyak dari blog.

03 February 2015

Hari hari update kerja banyak

Kerja banyak.


kerja kau?


hahaha.


Nasib engkaulah.


Kau sabar.


Kau sabar.


Ikhlas.

28 January 2015

27 January 2015

22 January 2015

Perkara menggembirakan

Jenis aku.

dapat makanan sedap dah gembira dah.


Bukti.

IG aku banyak gambar  makanan je.


Yang engkau,


takkan tak gembira dapat makanan sedap.


Kau tipu!

09 January 2015

taip taip simpan

Perangai buruk.

taip.

taip.

taip.

simpan.

tak nak publish.

okbai!

07 January 2015

Kisah kucing

Pagi tadi awak main lompat lompat panjat panjat lagi kaki saya. Awak panjat panjat beg saya. Saya nak pergi kerja. Tak layan awak lama lama. Saya tak bye awak pun.


Saya balik kerja petang tadi. Awak dah tak sambut saya. Awak tak pandang saya. Awak keras je tepi jalan tapi pagar rumah. 


Kan saya dah cakap kat awak. jangan main kat jalan. jangan main kat tayar kereta. Awak degil. Main sana jugak. Awak ni.



Benda dah jadi. Awak tidur lena-lena sana ye.


Maafkan saya selalu buli buli awak.



Sebab awak comel.

05 January 2015

Susah nak fahamkan orang

"Aku daripada aku bazir duit buat baju kawin mahal-mahal. Baik aku guna duit tu untuk jalan-jalan."


"Ooo, Kalau kau macam tu. Kalau aku lebih pilih beli emas kalau ada duit lebih"


Adeh. Macam mana aku nak fahamkan kau ni. Aku cakap daripada aku mebazir benda mahal-mahal bukan kiash duit lebih atau duit kurang. Duit lebih kumpul beli emas lain. Duit kawin lain. So aku cakap, bukan kalau ada duit lebih. Aku cakap daripada aku buat baju mahal.


Kau kan dah bajet nak kawin besar besar baju mahal mahal. Kau terukanlah. Memang tak beli jugak emas tu. 


Susah nak fahamkan orang ni.

02 January 2015

2015

Alhamdulillah, umur masih panjang.

Untuk belajar bersyukur.

Untuk berubah.

Masih diberi peluang.

Belajar jadi manusia.

Berusaha jadi hamba yang taat.

Terima kasih, Allah.