Chun!

15 October 2012

8 Oktober 2012

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah
Terima kasih abah dan mak
Terima kasih cikgu
Terima kasih pensyarah
Terima kasih pakcik dan makcik
Terima kasih kawan-kawan
Terima kasih kepada semua-semua!

14 October 2012

Kerja

Dulu selepas habis exam,
aku cakap nak duduk rumah jap.

Bila full transcript dah keluar,
aku cakap lepas raya jelah. (masa tu dah nak puasa)

Bila dah lepas raya,
aku cakap lepas konvo.

Sekarang dah lepas konvo,
Aku sedang aktif menghantar resume.

Oh ya!
Siapa perlukan pekerja yang sangat rajin dah hebat, sila ambil saya bekerja.
Saya jamin anda tidak akan menyesal.

Sekian , terima kasih.

13 October 2012

Janji

Janji. 

Tadi aku tengok tv, orang dalam tv tu cakap sesuatu yang sampai sekarang aku terasa. 

"Janji dengan manusia kita sangat takut kita mungkir tapi janji dengan ALLAH?"

"Dengan manusia kita takut kalau terlewat, kejar masa untuk tepati masa tapi kalau apa yang ALLAH suruh selalu kita tangguh-tangguh"

Dush! Dush!

Tepat kena dekat aku. Camnilah aku. Semangat kadang-kadang siap cepat-cepat, siap turun awal-awal lagi kalau nak keluar. Takut sangat terlewat, takut orang marah sebab aku lewat. tapi? Bila solat, "alah jap lagilah, 5 minit je lagi, awal lagi ni" , Bukan setakat dengan solat, belum campur bersedekah, macam-macam alasan muncul difikiran bagi membetulkan apa yang aku buat. Itu dua contoh yang terdekat, kalau dikirakan macam-macam lagi.

Manusia macam aku, sentiasa buat-buat lupa, buat-buat tak sedar. Allah itukan Maha Mengetahui. Jangan nak selindung.


**************

Peringatan untuk diri sendiri. Diri sendiri selalu lupa dan mengabaikan.


05 October 2012

LapanLapanLapanLapan

Seperti biasa pada hari ini saya membebel dan mentuit-tuit, tiba-tiba saya tersedar. Oh banyaknya nombor lapan!



Biarlah orang nak cakap saya kecoh ke apa. Fine! Aku tahu nombor lapan kau lagi banyak. Diam sekarang!