Chun!

11 May 2017

03 May 2017

Bulan Mei lagi

Aku manusia paling bahagia bila bulan Mei! Yay! Birthday aku. Ok jangan nak cakap aku dah nak masuk 29 tahun aku kena behave. Birthday kot. Aku manusia paling bahagia dan gembira dengan birthday sendiri. 

Logiknya. Aku bahagia dan gembira je. Cuma aku tak lah mengharap kek ke apa. Aku bukannya makan kek pun. Aku bahagia je. Itu je. Biasalah. Aku kan. Manusia pelik.

Sepanjang 29 tahun hidup, aku belum berjaya membahagiakan abah mak dan menggembirakan diorang segembiranya. Teruskan berdoa supaya mereka panjang umur dan dimurahkan rezeki semurahmurahnya dan diberi kesihatan yang baik selamanya. Tolong ye doakan ramai-ramai. Ok takda orang baca. 

Baru 29, topik kawin belum dibenarkan tanya. belum. Sebab aku antara manusia yang terfikir sesuatu tapi malas nak luahkan, nanti orang cakap sebab aku takda sesiapa sebab tu aku cakap macam tu. Alaaaa. Cuma aku terfikir je. Kenapa hidup aku kena jadi macam orang lain, belajar - kerja - kawin - anak - kerja - mati. Memang macam tu je ke?

Entahlah. Aku dah tua.