31 December 2014

2014 saya

1. Saya dapat kerja.

2. Saya pergi Vietnam.

3. Saya naik Broga.

4. Rumah saya banjir.

Itu je 2014 saya.


Sedih.


Lari belakang pintu.

22 December 2014

Angan-angan 2014

Aku taknak panggil azam sebab lebih kepada angan-angan. Langsung tak ada pencapaian.

1. Nak kurus. Berat semakin bertambah.
2. Nak cantik. Parut semakin mencurah curah ke ladang gandum.

3. Nak kawin. Eh. Ini angan-angan paling tak logik.

4. Nak kurangkan dendam. Eh. Semakin banyak.

Itu je ke angan-angan aku. Entah. Aku pun lupa. 


Belum listkan angan-angan rajin nak menaip. Hampeh. Sangat.

26 September 2014

Salah faham

Pagi-pagi tiba-tiba rasa dah nak marah. Tapi belum marah. Wat lek lek. Hakikatnya aku takkan marah orang. Aku simpan je. Paling-paling aku tuit je. 

Beberapa ketika, tengah nak tenangkan diri konon-konon, tiba-tiba apa yang aku nak marah tu rupa-rupanya salah faham je. Nasib baik tak marah.


Ok. Nampak sangat malas nak cerita.

Hint : Opis

25 September 2014

Perbincangan serious

Aku tak tahu lah kenapa dengan aku. Bila aku serious aku ok je. tapi bila oarng nak mulakan perbincangan serious dengan aku nanti rasa nak muntah, malas nak fikir dan macam nak cakap. okay jer! Setuju semua. ok. boleh boleh. hahaha.


Contoh lah kan kan kan. Bila kat opis. Aku tengah kat bawah. tiba-tiba bos kol dengan suara serious. Farhana, naik atas jap. Pergh. Memang nebes. 


Kadang-kadang rupa-rupanya, nak tanya benda simple je. Adoi!

24 September 2014

Blog! Blog! Blog!

Soalan saya.

Sekarang masih ramai ke nak baca blog?

*takyah nak kata blog saya memang tak ada orang baca. Obviously!*

Cuma nak tahu je lah. Sebab kadang-kadang bosan kat opis ni ha. Faham tak? Kerja banyak bertimbun tapi berperasaan bosan. Faham tak? Macam tu lah. Lepas tu konon-konon nak baca blog. Lepas tu. klik klik klik yang berkait-kait tu. Semua tak update. 

Lastnya macam biasa.





18 September 2014

baca blog sendiri

Aktiviti saya hari ini. baca blog sendiri yang lama-lama.

lepas tu,

gelak sorang-sorang.

sebab penulisan buruk.

dan dah tak ingat aku kutuk siapa.

best rupanya baca blog sendiri.

hari ini pun kena tulis blog.

nanti boleh ingat lagi.

yay!


lepas tu gelak sendiri.

Kawan

Masalah ar kau. Tak pandai fikir ke apa. Sedar tak? Cerita kau memenyampahkan. Benda simple. Kau je fikir lebih, cakap lebih.

aku?

bosan.

bosan dengan kau!

12 September 2014

Serba tak kena. Serabut.

Rasa macam serabut. Serba tak kena.

Sebab.

tak tahu.

Adakah sebab aku makin jauh dari Allah?

Mungkin.

Aku lupa nak bersyukur.

Asyik mengeluh.


20 June 2014

Email dari Maybank

Hari tu konon-konon nak cerita tentang Vietnamkan. Eh tak ada orang tunggu kan kan kan. 


Ok. hari tu bukak lah Yahoo Mali saya. Tiba-tiba ada email konon-konon dari Maybank 2u. Kenapa saya cakap konon-konon? Sebab saya register email lain untuk Maybank2u.

Email tu macam ni.


#hanampak . Sangat macam konon meyakinkan kan!

Saya pun dengan gatal-gatal klik. Nak gak tengok apa link dia bagi.


#hatengok

Sama sangat-sangat macam maybank2u punya page.


Kan! Sama kan! 

Bukan mata saya yang salah kan. hahaha.

Ok. Oh Maybank! Bahayanya semua ini. Bahaya.


15 May 2014

Vietnam saya

cerita mula secara tiba-tiba. Hari tu makcik saya whatapps ajak gi vietnam. Sekian sekian date. Fikir tak berapa nak panjang. Reply ok sepertii orang kaya yang banyak duit yang dalam drama melayu nak pergi luar negara macam tu je. ok.
Lepas tu kitorang pun book tiket flight. Kitorang ambik MAS sebab makcik saya suka naik MAS. Hoi MAS! Aku promote kau ni.

Kami pergi dengan kawan dia sekali. Kawan dia dah book bilik hotel sekali. Kitorang je belum. So, kawan dia suruh book hotel kat Booking.com. Tiba makcik saya whatapps, hotel yang kitorang nak tu dah full. Kebetulan saya tengah online masa tu. Try lah tengok kat Agoda, pun full. Then, tengok kat AsiaRooms, oh Alhamdulillah ada. Cepat-cepat kitorang book.

Ok selesai cerita masa plan nak pergi. Ini cerita pergi sendiri tanpa pakej.

Sebelum :

1. Tetapkan date
2. Book flight  (MAS)
3. Book hotel (Hotel Saigon Pink 2)

Date dengan flight tu bergantung sebab sesetengah orang book flight dulu sebab nak tambang murah. Book hotel kena cepat kalau nak hotel murah n selesa.

Gambar dalam fon n camera. Tak boleh nak share.

21 April 2014

15 April 2014

Bila laptop rosak

semua terjadi tiba-tiba.

nak salahkan siapa-siapapun malas.

nak fikir pun malas.

biar.

biar.

biar...

10 April 2014

Berangan

Bila dan putus asa. mula lah berangan.

Itu ini itu ini.

macam seronok.

tapi si penakut ni.

Angan-angan  je.

08 April 2014

Resume. Penganggur.

Boleh tak kat resume nak taip besar-besar

"Saya perlukan kerja, saya apply sebab saya berminat. Kalau dah berminat mesti cepat boleh belajar punya eh"

"Jangan tanya saya macam-macam. Masa interview tengah nervous memanglah tak boleh jawab. Dah kenal saya. Takkan menyesal punya eh"

"tak payah nak memilih sangatlah. Pilih lebih-lebih pekerja berehenti juga"

Okay ayat jahat.

Belum putus asa untuk mencari kerja.

Ya Allah. Permudahkanlah.

06 April 2014

kehendak

Sedar tak?

Sedar tak?

Kehendak sentiasa lebih dari duit.

Semua itu gila.

oh!

nak handphone baru!

05 April 2014

Habis. Tamat.

Dah tamat kontrak menjadi guru ganti.

Teringin nak jadi cikgu lagi.

tetap mana-mana.

Ada sesiapa perlukan cikgu?

02 April 2014

Boleh ke tidak?

Boleh tak nak link Instagram dan Blog?

hahaha.

Soalan tu serius sebenarnya.

Sebab selalu je tulis caption dekat instagram macam tulis cerpen.

Malu *tutup muka dengan kuali*

Saya suka instagram.

Tepek gambar.

Tulis caption.

hashtag merapu.

Post.

Heaven beb.

Dunia aku.

Blog dah lupa-lupa nak update.

Cerita hidup semakin bosan.

01 March 2014

cikgu garang!

Betul ke cikgu garang atau budak manja?

Ye ar.

Kalau dah satu kelas ada 40 orang, 25 orang dari kelas tu berlari dan menjerit-jerit.

Salah ke cikgu marah untuk mententeramkan kelas?

Kalau dah satu kelas ada 40 orang, 4 orang sahaja siap kerja yang diberi.

Salah ke cikgu marah untuk didik tanggungjawab.

Kalau dah satu kelas ada 40 orang, tiada siapa dari kelas tu nak susun meja, sapu sampah.

Salah ke cikgu marah untuk didik disiplin?

Kalau dah satu kelas ada 40 orang, dua orang je pandang cikgu masa cikgu mengajar.

Salah ke cikgu marah untuk memberi ilmu?


Parents.

Jangan jadi bongok.

Sayang anak berpada.

Cikgu juga nak student jadi manusia.

Bukan suka-suka.

Kalau dah sayang sangat anak.

Kenapa tak bawak je anak pergi pejabat, ajar sendiri.

17 February 2014

10 January 2014