15 May 2013

Nikmat sihat

Saya demam! Beberapa hari lepas (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa sikit-sikit). Sakit-sakit badan, sakit kepala semua sakitlah. Mulanya saya ingat sakit-sakit badan sebab angin je, saya ni memang jenis selalu angin sampai sakit-sakit badan. Tiba-tiba petang sikit jadi panas dan pening kepala. Ooo demam rupanya.

Itulah pertama kali saya pakai cool fever. Saya rasa saya cool. Best!

Tapi satu je saya nak cakap. Memang ujian demam buat saya sangat menghargai nikmat kesihatan! Sangat!

10 May 2013

kisah kucing

Seekor kucing bersama anaknya dibawa pulang oleh abah ke rumah pada hari itu selepas solat isyak di masjid. Abah menjumpai mereka di mimbar masjid. Oleh kerana bimbang akan faktor kebersihan (kencing, berak) abah pun membawa pulang mereka ke rumah. Ada seekor ibu kucing dan 4 ekor anak kucing. Mereka comel.

Pada hari pertama, kami sangat pelik  kerana ibu kucing tidak pulang-pulang. Anaknya merengek kelaparan, kami kasi minum susu juga tak nak. Pada petang itu, selepas abah pulang dari solat asar di masjid, abah membawa pulang ibu kucing itu. Rupa-rupanyanya ibu kucing itu telah pergi semua ke masjid. Haiii ibu kucing.

Keesokkan harinya, ibu kucing setia tinggal di rumah menunggu makanan. Dia sangat suka menggesel, saya kurang sukakannya! hahaha.

Sekian.

09 May 2013

handphone separa canggih

Hari tu kan, kawan saya kan, Raja Wani kan, dia cerita kan, dia kan, baru kan, beli kan, handphone kan. 
*ok, sika benci cara penulisan begitu*(baca cara comel tau)

letak gambar je aci tak?

Tak tahu nak cerita macam mana. 

Raja tunjuk handphone baru dia. Saya nak beli jugak. Saya bukak website Digi. Saya berminat. Saya pergi Digi. Saya beli!

Tengok sini kat website dia ada promo!

Nampak tu macam free kan! Memang! Tepat!

Rebate RM200 tambah RM50 dapat handphone di atas dan Digi SKMM. Tapi kan tapi kan tapi kan handphone tu hanya boleh masuk no Digi je. Saya oke je. 

Setakat sehari saya guna handphone tu best je!