Chun!

27 March 2011

Kisah Pemandu Teksi

Ihsan Encik Google

Bila bercerita tentang pemandu teksi je macam-macam cerita yang ada kan. Ada yang negetif ada yang positif ada yang lawak ada yang sedih *ada ke?* ada yang euwww ada yang over ada yang macam-macam lah. Kali ni aku nak cerita tentang pak cik teksi yang baik hati. Chewahh! Macam dapat  bayaran pulak aku puji-puji pak cik teksi ni kan. 

**** Cerita Bermula ****

Kisah ni terjadi masa 22 / 03 / 2011, pagi tu, dengan hujan yang slow-slow romantik gitu, aku dah lambat nak pergi kerja sebab buat Mahallah Pre-registration dulu sebelum tu yang bermula pukul 8 pagi. Pada permulaannye hajat aku nak lah naik bus je, target sampai office pukul 8.45pagi ke, tapi bila dah 8.30 pagi masih tak ada bus aku pon ambik lah keputusan nak naik teksi je. *cuak gak naik teksi sorang2 pagi2*

Aku pon dengan penuh confident nye tahan lah teksi.  

Then aku tengok jam. Oke aku dah lewat. Kalau boleh time tuh aku nak tolong je pakcik tuh tekan minyak tuh. Biar laju sikit. *go pak cik go*

Beberapa minit kemudian, *oke cerita sgt tak menarik* , sampai je kat tempat yang di tuju. meter teksi menunjuk kan RM9.00. Aku pon bukak purse *damn* RM50 je yang ada, lain-lain RM1 entah berapa keping. Aku pon kasi lah dekat pakcik tuh RM50 sekeping dengan penuh harapan pakcik ada duit baki. Tiba-tiba.....

Pak cik : Tak ada duit kecik ke.
Aku : *sambil check purse sekali lagi* tak ada lah pakcik.
Pak cik : Hmm. Pak cik tak ada duit baki ni.

Tiba-tiba pakcik tuh pulangkan duit RM50 aku tuh. 

Pak cik : Tak pe lah nak.
Aku : hmm. jup ye pakcik. *sambil check purse lagi*
Aku : Saya ada ni je. *sambil hulur RM1 (5 keping)*

Pak cik tuh ambik. Cakap dan cakap tak ape. Aku pun cakap terima kasih dan turun. Oh sangat rasa bersalah dengan pakcik tu sebab tak sediakan duit kecik betul-betul. Kesian pakcik tuh. Tapi apa pun pak cik sangat baik hati! Terima Kasih  pak cik!

09 March 2011

Misteri tingkat 5..

Pagi itu aku bangun awal daripada biasa. Tiba-tiba perut ku meragam meminta untuk aku melepaskan segala isi kandungan yang bergelimpangan di setiap pelusuk perut ku. Oh! Aku dah tak tahan lagi. Tanpa berfikir walaupun sedetik. Tandas!!

****anggaran 10 minit kemudian****

Fuhhh! Lega!! Aku pon mandi seperti biasa. Solat subuh dan bersiap-siap untuk ke pergi kerja. Tiba-tiba aku terpandang ke tingkap. Oh! Hari hujan. Alamak. Kena siap cepat-cepat nanti mesti jalan lambat-lambat sebab hujan. Oh ho!

****anggaran 20 minit kemudian****

Aku tengok jam. Dah tiba waktu nya untuk aku bergerak ke bus stop. Aku pon keluar seperti biasa. Tutup lampu, kunci pintu, cari selipar. Siap! Bukak payung dan berlenggang-lenggang cik senah ke bus stop yang berdekatan.

Tiba-tiba..mak cik cleaner muncul di depan aku sambil mengheret plastic sampah hitam besar menuju ke bawah.

“Oh. Terkejut aku” aku berkata-kata di dalam hati. *skemanye ayat*

Aku pon sambil membetulkan earphone. Turun tangga dengan perlahan-lahan sebab mak cik di depan aku.

Dik, tingkat 5 tuh ada orang tak??” tiba-tiba mak cik cleaner tuh bersuara lemah lembut ayu sopan santun.

Aku dengar tak dengar, tak beri respon sambil cuba memasuk kan earfon ke dalam telinga. Menyesal aku pakai selendang ni. Susah pulak nak masuk earfon. Kata aku sendirian. Tiba-tiba mak cik cleaner tuh menoleh ke belakang memandang tepat ke wajahku sambil mengulangi soalan nye tadi.

Mak cik cleaner : Dik, tingkat 5 tuh ada orang tak? 
Aku yang blur : Ehmm. Tak tahu lah saya mak cik. *sambil sedekahkan senyuman 
Mak cik cleaner : ooo. *sambil membalas senyuman*

Aku pon meneruskan penurunan tangga tanpa menyambung perbualan. Bagi sesiapa yang mengenali aku memang memahami yang aku susah nak bercakap dengan orang tak kenal. So bagi jawapan aku di  atas agak panjang. Biasa sepatah orang tanye suku patah aku jawab.

Mak cik cleaner : Tadi mak cik tengok sampah dekat tingkat  5 tuh. 
Aku yang masih blur : ooo. *mula memperlahankan langkah* 
Mak cik cleaner : Tiba-tiba dengar ada bunyi cawan jatuh. 
Aku yang mula cuak : oo. Ada orang lah tuh kot. *cuba sedapkan hati sendiri* 
Mak cik cleaner : Tapi macam tak ada orang. Tak ada selipar pon kt tingkat 5. 
Aku yang cuak : oo. *sambil senyum dah terus berjalan*
Aku pon meneruskan perjalanan menuju ke bus stop yang masih jauh sambil otak aku berfikir-fikir. Apa cuba mak cik neh sampaikan. Adakah dia cuba meluahkan perasaan takutnya sebentar tadi?

Dan sekarang aku masih berfikir.

Adakah aku perlu naik ke tingkat 5 untuk memastikan ada orang atau pun tidak??

01 March 2011

Hikayat Ana Chun

Aku memang fail ah bab2 nak pilih title sebab setiap kali aku online mesti banayk benda aku nk carutkan kepada encik blog! oh awak! saya rindu awak! Sejak saya tak ada broadband dan wireless iium membengongkan dirinya di bilik saya, saya dah susah nk update awak, susah nak melawat blog2 kanak-kanak yang lain. Maafkan saya~

Apa aku nak mencarut neh?? Banyak benda nak story sebab bulan Februari ada 2 entry je. oh! ini bukan Ana! Ana kan suka membebel. Camne Ana boleh tak tulis blog neh. Oha Ana kenapa!!!

Sebab aku membebel. Hidup aku semakin bosan. Seriouslah aku tak faham kenapa orang suka bekerja? Kenapa? Kenapa? Bekerja sangat bosan oke. Bangun awal, pergi kerja. *jam buat benda yang sama. Balik bilik tidu. Bangun g kerja semula. Life ke tuh? Sangat tak fun oke. nasib baik aku pratical sekarang dapat company yang best, staff yang baik, fun dan kelakar *mereka sgt best* , trainee cik anish hidayah yang menjadi geng gelak dann lunch saya, cik dot-dot yang setia meneman saya lunch, geng2 tunggu bus n naik bus 'ain, ikin, ummi, tim, yaa' yang boleh gelak2 hilangkan penat tunggu bus yang hampesshhh. Kesimpulan gelak memang best tapi kerja sangat penat dan bosan oke.

Cerita last week : 26 Februari 2010

Pergi Pahang wedding akak cantik saya "Kak Zana"..Tahniah akak! Saya suka tengok orang kahwin. Mereka kelihatan sangat bahagia!!

Cerita this week : 01 March 2010

Kami kanak-kanak level 4 pre-reg. Oh saya ada kawan yang baik tolong saya. Terima Kasih. *cuaknye pre reg takyah cerita lah*

Kesimpulannya. Ana membosankan. Sekian terima kasih~