Chun!

27 March 2011

Kisah Pemandu Teksi

Ihsan Encik Google

Bila bercerita tentang pemandu teksi je macam-macam cerita yang ada kan. Ada yang negetif ada yang positif ada yang lawak ada yang sedih *ada ke?* ada yang euwww ada yang over ada yang macam-macam lah. Kali ni aku nak cerita tentang pak cik teksi yang baik hati. Chewahh! Macam dapat  bayaran pulak aku puji-puji pak cik teksi ni kan. 

**** Cerita Bermula ****

Kisah ni terjadi masa 22 / 03 / 2011, pagi tu, dengan hujan yang slow-slow romantik gitu, aku dah lambat nak pergi kerja sebab buat Mahallah Pre-registration dulu sebelum tu yang bermula pukul 8 pagi. Pada permulaannye hajat aku nak lah naik bus je, target sampai office pukul 8.45pagi ke, tapi bila dah 8.30 pagi masih tak ada bus aku pon ambik lah keputusan nak naik teksi je. *cuak gak naik teksi sorang2 pagi2*

Aku pon dengan penuh confident nye tahan lah teksi.  

Then aku tengok jam. Oke aku dah lewat. Kalau boleh time tuh aku nak tolong je pakcik tuh tekan minyak tuh. Biar laju sikit. *go pak cik go*

Beberapa minit kemudian, *oke cerita sgt tak menarik* , sampai je kat tempat yang di tuju. meter teksi menunjuk kan RM9.00. Aku pon bukak purse *damn* RM50 je yang ada, lain-lain RM1 entah berapa keping. Aku pon kasi lah dekat pakcik tuh RM50 sekeping dengan penuh harapan pakcik ada duit baki. Tiba-tiba.....

Pak cik : Tak ada duit kecik ke.
Aku : *sambil check purse sekali lagi* tak ada lah pakcik.
Pak cik : Hmm. Pak cik tak ada duit baki ni.

Tiba-tiba pakcik tuh pulangkan duit RM50 aku tuh. 

Pak cik : Tak pe lah nak.
Aku : hmm. jup ye pakcik. *sambil check purse lagi*
Aku : Saya ada ni je. *sambil hulur RM1 (5 keping)*

Pak cik tuh ambik. Cakap dan cakap tak ape. Aku pun cakap terima kasih dan turun. Oh sangat rasa bersalah dengan pakcik tu sebab tak sediakan duit kecik betul-betul. Kesian pakcik tuh. Tapi apa pun pak cik sangat baik hati! Terima Kasih  pak cik!

5 comments:

Blogger Lamongan said...

follow succes please follow back

gilaweb said...

pakcik driver yang bertimbang rasa...

aku chun said...

yup..sangat baik itu pak cik!

azim ikin said...

amek plat no. teksi pakcik tu tak? next time naik cab nak naik cab pakcik tu.

Farid Ahmad™ said...

Alahai mulianya hati pakcik ni....bestnya kalau ramai lg org kat Msia cmni.