Chun!

09 March 2011

Misteri tingkat 5..

Pagi itu aku bangun awal daripada biasa. Tiba-tiba perut ku meragam meminta untuk aku melepaskan segala isi kandungan yang bergelimpangan di setiap pelusuk perut ku. Oh! Aku dah tak tahan lagi. Tanpa berfikir walaupun sedetik. Tandas!!

****anggaran 10 minit kemudian****

Fuhhh! Lega!! Aku pon mandi seperti biasa. Solat subuh dan bersiap-siap untuk ke pergi kerja. Tiba-tiba aku terpandang ke tingkap. Oh! Hari hujan. Alamak. Kena siap cepat-cepat nanti mesti jalan lambat-lambat sebab hujan. Oh ho!

****anggaran 20 minit kemudian****

Aku tengok jam. Dah tiba waktu nya untuk aku bergerak ke bus stop. Aku pon keluar seperti biasa. Tutup lampu, kunci pintu, cari selipar. Siap! Bukak payung dan berlenggang-lenggang cik senah ke bus stop yang berdekatan.

Tiba-tiba..mak cik cleaner muncul di depan aku sambil mengheret plastic sampah hitam besar menuju ke bawah.

“Oh. Terkejut aku” aku berkata-kata di dalam hati. *skemanye ayat*

Aku pon sambil membetulkan earphone. Turun tangga dengan perlahan-lahan sebab mak cik di depan aku.

Dik, tingkat 5 tuh ada orang tak??” tiba-tiba mak cik cleaner tuh bersuara lemah lembut ayu sopan santun.

Aku dengar tak dengar, tak beri respon sambil cuba memasuk kan earfon ke dalam telinga. Menyesal aku pakai selendang ni. Susah pulak nak masuk earfon. Kata aku sendirian. Tiba-tiba mak cik cleaner tuh menoleh ke belakang memandang tepat ke wajahku sambil mengulangi soalan nye tadi.

Mak cik cleaner : Dik, tingkat 5 tuh ada orang tak? 
Aku yang blur : Ehmm. Tak tahu lah saya mak cik. *sambil sedekahkan senyuman 
Mak cik cleaner : ooo. *sambil membalas senyuman*

Aku pon meneruskan penurunan tangga tanpa menyambung perbualan. Bagi sesiapa yang mengenali aku memang memahami yang aku susah nak bercakap dengan orang tak kenal. So bagi jawapan aku di  atas agak panjang. Biasa sepatah orang tanye suku patah aku jawab.

Mak cik cleaner : Tadi mak cik tengok sampah dekat tingkat  5 tuh. 
Aku yang masih blur : ooo. *mula memperlahankan langkah* 
Mak cik cleaner : Tiba-tiba dengar ada bunyi cawan jatuh. 
Aku yang mula cuak : oo. Ada orang lah tuh kot. *cuba sedapkan hati sendiri* 
Mak cik cleaner : Tapi macam tak ada orang. Tak ada selipar pon kt tingkat 5. 
Aku yang cuak : oo. *sambil senyum dah terus berjalan*
Aku pon meneruskan perjalanan menuju ke bus stop yang masih jauh sambil otak aku berfikir-fikir. Apa cuba mak cik neh sampaikan. Adakah dia cuba meluahkan perasaan takutnya sebentar tadi?

Dan sekarang aku masih berfikir.

Adakah aku perlu naik ke tingkat 5 untuk memastikan ada orang atau pun tidak??

4 comments:

Desktop Komputer said...

oh iya perlu itu

Muhammad Burn said...

wah... suspennya!

azim ikin said...

perlu la kamu naik ke tingkat 5 tu ana.... naek la wehhh...pastu citer kt kitorang pae yg ade kt tingkat 5 tu ehhhh

Farid Ahmad™ said...

alamak........seram..