13 April 2017

Misteri Kak Ayu

Perempuan paling seram dan pelik aku pernah jumpa dalam hidup. Nak kata dia jahat. Dia tak buat jahat dengan aku. Nak kata dia kejam dia tak kejam dengan aku. Cuma sebab dia buat Aing macam tu. Jadi, nampak tak? Buruknya aku sebenarnya. Aku dendam dengan beliau sebab beliau buat Aing. Hello. Jangan usik kawan aku. Aku kan obses dengan orang terdekat aku. Ok sekarang. Siapa gila?


Perempuan nama Kak Ayu ni yang aku faham jenis tak boleh tengok orang lebih dari dia. Mungkin. Kali pertama Aing dapat increment setelah dua tahun Aing bekerja, kau boleh bayangkan setelah dua tahun tau dan kalau aku cerita betapa teruknya kerja Aing dan betapa gigihnya Aing bekerja, memang buruk perangai perempuan nama ayu tu sebab dengki. 

Ye sambung cerita. Kisahnya, si Ayu ni buat gaji company. Ye Account Executive yang bergaji banyak dan buat gaji sahaja ok. Sila faham. Secara langsung tak langsungnya dia tah gaji semua orang. So, bila Aing ni dapat increment, dia tahulah. Si Ayu ni jenis suka bersembang, cakap bagaikan halilintar, nyanyi kaut-kuat secara tiba-tiba petang dia tahu Aing dapat increment, dia diam. Ye diam. Diam ok. Dan tepat 5.30 petang dia balik. Dia ni tak drive. Biasanya suami dia datang dalam pukul 6 petang. Sanggup. Gigih weh.

Gila 1
Esoknya, bermulalah kelakuan pelik beliau. Kami mula tak perasan pun. Cuma, bila tengah sembang-sembang. Officemate kan sembang kecoh-kecoh dia tengah bercakap, Aing sampuk, dia diam. Bangang. Eh maaf. Siapa suruh dia buat Aing. Aku tak suka.

Ok siap.

Gila 2
Setiap masa beliau sentiasa Budin Budin Budin. Beliau ni suka tengok Running Man dan tengok resepi. Ini terjadi bila aku Budin dan Aing sembang dia rasa keseorangan ye lah kan dia dah diam. nanti dia tiba-tiba Budin, Budin, Budin kau tahu tak kuih ni? kuih itu? Sila bayangkan orang tengah sembang dia sampuk topik lain. Sunyi ek? Siapa suruh bangang.

Gila 3
Perempuan ni mula dah buat perangai menyanyi kuat-kuat sorang-sorang dan satu lagu ok. Satu lagu. Nak best lagi. Dia google lirik demi nak nyanyi  full lagu dan kuat. Suara sama tak sedap je dengan aku.

Gila 4
Si Ayu ni serius fake. Fake yang bila dia dah benci Aing. Nanti dia akan mula menunjukkan dia paling rapat dengan orang lain. Ye tak tipu. Contohnya, bila dia benci Aing. Dia call orang office lain dan cakap fake, gelak fake, dan kuat. Cis. Aku nak carut. Cis.

Eh empat je dulu boleh. Sakit pulak hati aku. Aku tulis kat sini supaya aku sedar. Jangan buat macam tu. Jangan.