29 February 2012

29 Februari 2012

Fuh. Bukan senang nak jumpa 29 Februari 4 tahun sekali je tu.

Sekian terima kasih!

11 February 2012

Cerekarama TV3 : Ijam Non Yankee

#NW 

Cerekarama TV3 : Ijam Non Yankee

Lepak cafe sambil menonton cerekarama, terbaik! Biar apa orang kata, cerita melayu itu ini itu ini, yang aku tahu, cerita melayu dekat Cerekarama TV3 ni jarang mengecewakan aku. Perlawanan bola pun kalah. Cerekarama menang. 

Fuh! Aku tulis macamlah aku tengok sangat cerita ni. Biasalah tengok tv sambil online ditambah pulak tv agak jauh, so kurang fokus ye kawan-kawan. Tapi yang aku tahu, aku tengok cerita ni comel, Awal Ashaari sebagai Ijam mestilah tidak akan mengecewakan, ditambah pulak Neelofa sebagai Lin yang cantik. *suka hatilah aku nak cakap Neelofa cantik*

Aku nak cerita panjang-panjang, tapi sebab aku tengok cerita ni tak sepenuh jiwa dan fokus(plus sempat pergi berak), jadi aku batalkan. Takut sesat cerita aku nanti. Yaw!

Apa-apa pun cerekarama malam ni berjaya membuat saya gelak, sengih-sengih jeling tv. Comel!

10 February 2012

Gemuk!

Setiap kali cuti orang mesti tanya, "kau buat apa dekat rumah", macamlah lama sangat aku cuti. Tapi aku jawabkan juga. Menambah berat badan, membesarkan badan, serta menternak lemak. Oh! Mungkin dengan jawapan aku korang fikir aku malaskan. Duduk rumah goyang-goyang kaki nasik lemak sampai, ayam goreng sampai, air teh ais sampai. SALAH!

Sebenarnya aku jadi gemuk bukan kerana semua itu. Aku rajin. tolong mak buat kerja rumah. tolong masak. Tolong sapu sampah. Tolong cuci baju. Tapi......

1) Aku tolong cuci pakaian, tapi guna mesin basuh
2) Aku tolong masak, tapi guna dapur gas
3) Aku tolong buat sambal, tapi guna blender
4) Aku tolong tanak nasi, tapi guna rice cooker
5) Aku tolong sapu sampah, tapi guna vacuum

Tengok-tengok. Aku rajinkan. Tapi teknologi yang sangat banyak membantu telah menggemukkan aku! oh!!!!