Chun!

31 August 2010

MERDEKA | betulke?

Merdeka! Merdeka! Merdeka! sama je semua orang. Bila Hari Merdeka tahu jeritkan je Merdeka tanpa makna. Entah berapa je yang betul2 melaungkan kata2 Merdeka dengan sepenuh hati menghayati nikmat kemerdekaan. Aku kat sini bukan lah nak membebel pasal kemedekaan sebab aku sendiri pon bukanlah sangat pandai tentang sejarah. Tapi aku menyeru sangat2 dengan warganegara Malaysia. *siap seru-seru lagi neh*. Tolonglah, hayati dan hargai kemerdekaan negara kita. Bukan senang nak kecapi, sila jangan rosakkan.

Aku patriotik? Tidaklah. Cuma aku warganegara Malaysia. Aku belajar Sejarah *walaupun teruk*. Aku masuk PLKN. Jadi aku tahu betapa pentingnye kemerdekaan. Jadi kepada sesiapa yang rasa nak rosakkan kan keamanan Malaysia. Tolong ar keluar dari Malaysia. Kau dah elok-elok duduk kat negara gila punye aman *alhamdulillah* kenapa kau nak rosakkan. Kalau diri dah rosak, otak dah rosak, jangan nak rosakkan orang lain. Sila keluar dari Malaysia dan cari negara yang tak sukakan keamanan. Tiada! okay. Sila buat negara sendiri. Hancurkan sesuka hati. Tapi jangan rosakkan Malaysia aku yang Merdeka! wah! terbaiklah. Kalau cikgu PLKN aku baca mesti dia sayang aku. yeah!

Saya Anak Malaysia.
Merdeka? Betulke? Betulke kita betul-betul merdeka? Siapa yang arif tolong jawab ye?

29 August 2010

IFTAR..budak-budak sekolah.

Alhamdulillah. Tadi aku dan sahabat-sahabat sekolah ada buat iftar di UIAM. Kami sangat gembira. Ye lah. lama jugak lah kot tak jumpa kan. Kami sangat happy. Ramai jugak lah yg dtg. Biar gambar menceritakan..


Inilah kami semua. Iftar tadi.

Spot perbezaan dgn yg atas.
Answer : Aku lagi chun.

Kami lagi. Memang suka bergambar kan.

Ada sesiapa tertanya2 tak. Mana jejaka? hehehe..
Di sini..


3 kerat je yang muncul.

Kami memulakan dengan iftar :



Kadang-kadang semua org tau kegunaan aku dalam majlis :


Dan majlis berbuka kami berakhir dgn BERGAMBAR :

Macam cover album tak. I loike.



Alhamdulillah. Majlis Iftar kami berjalan dengan baik. Saya gembira dan sayang korang!!

26 August 2010

Kad raya. Revolusi?

Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak.  Mula je masuk Ramadhan, selain excited nak beli murtabak dan air soya, aku dah mula dah ajak abah dan mak pergi kedai nak beli kad raya. Masa tuh pilih punye lah lama. Nak cari kad raya kartun yang terlawak. *okayy sila gelak*. Abah dengan mak pon layan je lah. Biasa lah anak nye memang demand nak lebih kan. hahaha.

Akhirnya, yang lebih kurang macam neh je lah jadi pilihan :

Pinjaman dari Encik Google. Terima Kasih encik google.
Lebih kurang macam ni je pilihan nye. Ada yang sekeping je. Ada yang 2 3 kali lipat pon ada. Biasa lah kanak-kanak. Nak yang menarik je. lepas tuh mula lah tulis. Ayat tak boleh blah. Sama je setiap tahun.

*nama yang berkenaan*



Puasa tak hari ni? kalau tak puasa tak boleh raya.
ha! tengah buat ape tue. makan yer?
Baju raya berapa helai? Warna ape?
Buat kuih raya tak?
Akhir sekali..
Maaf zahir dan batin..
 
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas...
  *alamat rumah*
Begitulah lebih kurangnye masa zaman kanak-kanak. Tanye soalan poyo nak mamp**..Bila pikir balik. Kesah ape aku kan baju raya kau, puasa kau, yang tak tahan siap maaf batin. oh kanak-kanak ada kesalahan batin ke? masa tuh aku tak tau batin tuh ape wooo... Yang kasi alamat mmg part paling best. Nampak sangat cam patut tulis *WAJIB BALAS OK!* hahaha..

 
******************

Bila dah besar sikit, kad raya masih lagi penting dalam hidup aku, tapi cara pemilihan dah berubah sikit, cari yang agak matured tapi nak yang besar2 je. If dapat pujuk abah mak dapat lah beli yang ada lagu. *heaven*.. Masa neh pon suka lagi hantar2 kad raya. Biasalah kawan-kawan sekolah. Tak pon kawan sekolah rendah, sahabat handai dan tidaklupa juga sahabat pena. kah kah kah..Zaman yang seronok.

Masa zaman neh laa beli bapak segala banyak. Kalau boleh nak hantar kat semua orang. Tapi bila nak beli setem dan pos. Abah jugak. Siyan kat abah. Tapi menghantar dan menerima kad raya memang seronok dan menggembirakan.

Masa zaman agak besar sikit suka cari yang macam neh instead yg karrtun ;

Ihsan encik google. TQ encik google.

Masa entry neh ditulis aku kat hostel jadi tak boleh nak ambik gambar koleksi kad raya dr kawan2. Aku masih simpan ok. Dan ayat2 pon same je seperti di atas. Ayat poyo. Kisah ape aku,.!

**************

Aku semakin dewasa. Masuk je matriks dah tak menulis sangat kad raya. Tapi masa neh kad raya masih banyak lagi di gunakan dan masih aktif penjualan. Tapi masa neh hantar kepada orang2 terpilih je. Dan kad raya nye mestilah agak matured. nak  lebih2 lagi beli IIUM nye kad raya. OOooyeah! Aku bangga belajar di UIAM..yey!yay!

masa neh kadar kad raya yang di hantar dan yang di terima semakin menurun. huhuhu. Tapi masih ada lah dapat cuma dah sangat kurang.  Yang penting aku sentiasa excited bila dapat kad raya! Seronok oke.

Kad raya zaman ni tak boleh nak upload. Tak de dalam simpanan lak kad raya IIUM. Bajet best je! hahaha..tak kisah. =P

****************

Sekarang zaman dah berubah. Kad raya pon aku dah tak jumpa lagi jual. Dah tak meriah kad raya. Aku cuba cari tapi tak jumpa. Yang ada semua ambik cara senang.


    1. Upload gambar kat Facebook

    2. Tagged kawan-kawan

    3. Siap!

Okayy. Siapa nak kad raya????
bagi alamat ye. nnt aku pos. sian posmen takde kerja tuh...

23 August 2010

Saya gembira. Anda bagaimana?

Wah! Sangat lama tak update. Eleh kecoh je Ana macam ar lama ‘giler’ padahal baru je berapa hari. Biasa lah diri ini tengah excited nak update, so abaikan benda2 pelik yang di bebelkan. Woohooo!!

Sekarang baru aku sedar , aku boleh hidup tanpa teknologi! Yay! Abaikan teknologi sekarang. Ooyeah! 3 hari melepak di rumah aunty sangat seronok. Tak online. Abaikan facebook, formpring, twitter, tumblr dan yang tersayang blog yang chun. Rupa-rupanya aku masih boleh hidup. Ooyeah! Hehehe.

Tapi sedeh je tak update blog. Oke. Aku cerita macamlah aku nye aunty dok dlm hutan. Hahaha. Sebenarnya tak pon. Cuma aku mls nak on lappy nak online. So agak tak beragak aku pon tak online itu je. Puasa online sekali sekala sekalu kan. Oke ape.

Apa yang penting? Dapat pergi shopping. Dapat makan dekat rumah. Dapat tengok tv. Yay! Aku suka semua itu. Baiti Jannati. Chewaahh! Nak balik rumah sndiri malas naik bus. So baik rumah aunty je. Aunty amek. Thanx my aunty! Hehehe.

Apa yang sangat penting? Dapat keluar dr UIA sekejap. So otak dah boleh berfungsi. Yeah! Yeah! Hehehe. I loike. Anda bagaimana?

20 August 2010

Kerja Bijak!

Masih aku ingat. chewaahh. intro nak kalut melalut je aku neh. Aku ingat lagi masa mula-mula masuk asrama masa form 1. Mak pesan "Ana locker kunci selalu, jangan lupa kunci..." dan macam2 lagi. Tapi aku nk highlight kan kt sini pasai "Ana kunci locker selalu"

Salah satu dari pesanan mak aku masa aku first time masuk asrama. Aku pon kunci lah locker selalu. Pergi mandi aku kunci, aku tidur aku kunci, aku pergi cuci baju aku kunci, aku pergi makan aku kunci, aku tutp locker aku kunci, aku pergi kelas opkos lah aku kunci. Maklumlah masa tuh anak yang baik ikut je ckp mak n abah. Alhamdulillah tader barang2 yg hilang atau mungkin aku tader barang berharga orang nak curi pon. hahaha.

Lepas tuh start je masuk form 2. Aku dah mls nak kunci locker dah. Actually bermula dari pertengahan tahun form 1 aku dah mula malas nak kunci. Leceh! If aku hilang kan kunci lagi leceh kan. hmm..

Sampailah sekarang bila aku dah masuk u. lagilah aku tak pernah kunci locker sampai satu masa tiba-tiba........okayy tak menarik. Sampai ar aku de laptop sndiri, aku terpaksa pergi ke shop untuk membeli mangga kunci nak kunci locker. Okayy aku bersemangat kan! m aklumlah laptop baru. hahaha.

Tapi sekarang. Aku juga masih mengunci locker tetapi....
Jangan tiru aksi ini di rumah
Cara aku lain dari yang lain. Kuncilah locker anda dan tinggalkan kunci di situ. Opss. Mak abah! Ampun ana selalu terlupa. 

19 August 2010

Suka kehati??

Kadang-kadang aku selalu je terfikir. Suka ke hati aku neh? ye lah. Walaupun aku gelak, muka aku happy je. Tapi hati aku. tak semestinya suka.. Kalau gini aku tulis mesti aku tengah sakit hati kan. Sbab tuh bebel2 panjang pasal hati. hahaha. Ape arr aku neh. Itu ar nasib kalau menyimpan je. Luahkan kt encik blog pon dah okay kan encik kan.

Okay lah tu kan. Janji yang penting aku tak kacau hidup orang ramai. Aku rosakkan hidup kawan-kawan aku je. Kan kawan-kawan. hahaha.. Sila gelak jahat ye.!

ehmm..Aku blur tiba-tiba. tak tau nak bebelkan ape. huhuhu. Yang aku tau  nak ckp pasai masalah semalam lah. Ade yag dah di solve. yeah! hehehe.. Antara solution nye adalah :

  1.  Berjaya call mak sebelum bukak puasa semalam. Oh rindu.
  2.  Ponteng kelas recreation. Tak larat nak jalan dan tak ada tali pengakap.
  3.  Balik rumah aunty  di KL minggu ni.
  4.  Semalam mak ckp nnt gaji mak bank-in duit. Okay perlu bersabar sekarang.
  5.  Sekarang aku belajar bersabar. Biar hati aku sakit janji orang tak sakit hati dgn aku. kan encik blog.!
Sekurang2 aku dah solve sikit kan. Okayy lah tuh. Tahniah Ana!!

18 August 2010

Pertolongan diperlukan..

Uh! Ah! Uh! Penatnye aku nak menaip. Maklumlah akukan orang berpuasa. Okayy itu bukan alasan. Astaghfirullah. Ana! Sila berubah! Behave dear. Cheewaahh!!

Aku tak tau lah nape sekarang aku susah sangat nak update encik blog. Nak kata aku neh tak online. Aku selalu online. Nak kata aku malas. Taklah malas sebab bila aku dah start menaip aku takkan stop. Tapi kenapa ye? Tolong solvekan masalah ini ye. (10 Marks) hahaha.

Mungkin aku tengah banyak masalah kot. Tapi ape masalah aku. Perlu ke aku listkan. Jadi siapa2 tolonglah carikan solution jugak ye. Hehehe.

  1. Patutke aku balik rumah dis weekend? Next week ada quiz.
  2. Patutke aku mintak duit? Aku dah jatuh miskin harta, kaya budi bahasa ni.
  3. Aku selalu lupa nak call mak aku. Camne nak solve. Mak kau buzy tak boleh call ikut suka je.
  4. Aku sakit hati. Patut aku lupakan atau patut aku war-warkan.
  5. Aku marah. Patut aku sabar atau mengumpat? Oaky ini tak relevat. Abaikan.
  6. Aku rindu rumah. Patutke aku balik untuk peluk rumah. Oh Rumah.
  7. Aku banyak movie yang belum tengok. Sould aku terus tengok atau aku kena study.
  8. Aku tengah fikir. Nak makan apa berbuka puasa nanti?
  9. Aku nak tali pengakap. Malan ini ada kelas. Nak beli kat mana? Siapa ada?
  10. Aku malas pergi kelas. Tapi aku student.

Aku listkan sepuluh masalah terbesar aku sekarang. Tolong lah aku solvekan. Yang paling penting no 9. Tolong. Sekian terima kasih. \(^^)/


16 August 2010

Puasa Blogging. Perlu ke?

"Ya ALLAH. Berikanlah aku kekuatan Ya ALLAH.."
Mula-mula. Nak minta ampun dan maaf dari semua orang. Sebab tak membalas kunjungan dan tidak berkunjung. Entahlah tiba-tiba tanpa sebab tidak dapat mengupdate blog. Mungkin kurang organized dalam diri. Cuba nak menaip tapi idea hilang. Cuba nak bercerita tapi seperti tak menarik. Maafkan aku semua dan maafkan aku encik blog.!

Sekarang mula-mula cerita, aku nak ucapkan selamat berpuasa semua. Mungkin dah terlambat tapi masih ramadhankan.

Selamat berpuasa. Mari bertarawikh. Jangan baikan sahur!

Baiklah sekarang aku nak membebel tentang diri sendiri. hahaha. Gila aku rasa aku sangat sepah dan serabut. Semua jadi tak tersusun. Penat. Bosan. Entah ape nak jadilah. Tapai sekarang mungkin dah okayy sikit. Aku pon dah jumpa sebabnya. Sebenarnya AKU RINDU FAMILY!

Nak balik tapi penat fikir nak balik tuh. Kena naik tren. Lari-lari tukar tren. Tunggu tren. naik tren. Sampai berjalan-jalan ke stesyen bus lagi. Beli ticket lagi. Naik bus lagi. penat tuh. Kurang asam nye ana.! Macamlah kau drive kan. Aperdaaa..

Tapi takpe kot. Nanti balik time nak raya je lah. Tapi aku tau. Mesti abah, mak, dan semua2 rindu aku kan. Baik ngaku. Sebab AKU SANGAT RINDU!! huhuhu...

Okay. Mula dengan minggu ni dan seterusnya nampak gaya aku dah kena memulakan proses penjimatan. Gila aku baru sedar sekarang. Aku dah jatuh miskin harta lah. Nasib baik aku masih lagi kaya budi bahasa. Tahniah ana! Keep CHUN selalu. hahaha. Okayy itu tak perlu.

Baiklah anak2 mak. Lepas neh mak tak puasa blogging lagi ye. Maafkan mak ye anak2. Mak neh manusia biasa. Ada masa OK ada masa KO. Sekarang dah OK! So nantikan kemunculan Aku yang CHUN!




09 August 2010

alasan. alasan. alasan.

Sir :  Where's all the Nuruls' ??
Me : *smile*
Sir : Where are you last week?
Me : *smile*

Sir : Who's Nurul Farhana ?
Me : *angkat tangan n smile*

Sir : So ?
Me : Overslept sir.

Sir : Pontenglah tu..

Hahaha. Biar aku gelak. Kejadian neh jadi tadi. Aku tak pernah cerita kan. Subject Company Admin yang aku ambik sem neh ada 9 orang je kelas tuh. So sangat happy.  Nak di jadikan cerita rupa-rupanya time aku ponteng last week, ada 3 orang lagi dalam kelas tuh yang ponteng campur aku 4 orang lah. If kelas biasa tak obvios sangat, ni kelas 9 orang je memang obvious lah. hahaha. Itu yang sir masuk2 je kelas terus tanya, dan nak dijadikan cerita, nama aku yang sir nampak dalam list tuh nak di tanya. hahaha. 

Itulah kisahnya dialog di atas. Adeyhh. Nak gelak je aku. Baru nak ponteng kelas tuh. Tiba-tiba ramai lak yang ponteng. hahaha. Mana aku tau. Lepas neh konpem aku tak ponteng company admin dah. Nanti takut ramai lagi yang ponteng. hahaha. Kesian sir. Sorry sir.

08 August 2010

KLCC yang bosan. betul ke?

Yeah. Semalam, aku dan roomates ku telah pergi ke KLCC. ewah ewah. ayat aku macam nakbuat karangan masa darjah tiga je. huhuhu. Semua anak-anak tahu kan KLCC ada PC Fair semalam atau lebih senang bermula 6-8 August di KLCC. Yeah! Aku pon pergi dgn harapan nak cari sesuatu yang tak patut. hahaha. Senang cerita. Lebih kurang seperti membuang masa lah. hahaha. Kesian kat budak 2 orang tuh menemani aku. Ramai gila orang ok. 

Aku dah agak fah kalau PC Fair at KLCC mesti ramai gila. Kenapa korang suka pergi PC Fair ek? Ramai sangat orang susah kot nak beli barang. huhuhu. Lepas neh aku cadangkan kedai-kedai runcit dan kedai-kedai mamak tolong ar jual peralatan komputer. Susah kot nak beli dkt PC Fair yang ramai orang atau Low Yat yang sangat jauh dah semestinya ramai orang. huhuhu. Gila kuat bebel aku neh. Akhirnya aku tak beli ape2 di PC Fair.! ooyeah! kalau orang-orang kat situ tahu. Konpem mereka akan marah aku sebab meramaikan orangkan kan kan..

Then, Pergi solat asar dan kami sangat lapar selepas itu. Yeah! yeah! neh suka bila cerita pasal makan. Tengak gambar konpem boleh teka!!

Meat Ball Alfredo. Sebab dia aku suka KLCC. hahaha..
Kami yang suka makan.
Selepas dah kenyang seperti biasa kami pon berjalan-jalan tanpa niat untuk membeli atau lebih dikenali sebagai shopping tetapi biarkan gambar menceritakan...

Setiap kali ke Kinokuniya.

Kinokuniya suka je menghabiskan duit aku.!

Keperluan. No comment ok.
Saya terbeli. Saya jatuh hati dengan dia yang berwarna kuning.

Abaikan ini ya. Siapa suruh dia 50%. So i terbeli lah u....

Kemudian kami bertiga meneruskan perjalanan melawat KLCC. hahaha. Gila aku dah hafal dengan apa yang terjadi di KLCC> Tempat  itu sudah bosan. Tetapi hari kami berakhir dengan GEMBIRA.!! Terima Kasih kawan-kawan. 

Merka yang membuat aku gembira
roomate ku..





05 August 2010

Boleh tak aku nak jadi sombong?

Status terakhir aku di facebook

Ha! ambik kau. Sebesar-besarnya aku letak gambar menunujkkan status aku di facebook yang berbunyi begini.


Apekah? Kenapakah? Bagaimanakah? tiba-tiba aku buat status macam tuh. hahaha. Saja je. Kurang-kurang dapat gak respon dari kawan-kawan yang rajin memberi respon.

Respon dari kawan-kawan.

  Motif? hahaha. Entahlah. Sekarang tiba-tiba rasa nak menyombong je. Buat hal sendiri. Entahlah. Aku rasa selama neh aku tak sombong tapi orang bukan kisah pon. Siap cakap aku sombong ag. Tahu le aku neh muka terlebey sombong plus garangkan. Dont judge aku dari muka aku. Muka je ganas tapi aku tak sombong ok. 

So kesimpulan yang aku ambik aku nak jadi sombonglah, cam best je. hahaha. Ampun, Ampun. Dah bosan kot dengan manusia yang macam-macam. Orang baik ditindas *ade ke orang tindas aku* *baik ke aku* ..hahaha.. Taklah bukan tuh maksud aku. tapi entah ar. Sekarang rasa macam nak jadi orang yang tak de perasaan. Dah malas nak jaga hati orang. Nak buat hal sendiri je. huhuhu.

Ape ar aku neh. Dah lah lama tak update blog Update2 je tiba-tiba emo. Ana! jangan macam neh. Tak baik. Jom jadi budak baik jom! jom.
Biarlah orang buat jahat kat kita. Janji kita tak buat jahat kat orang. InsyaALLAH akan ada hikmahnya. Kalau Bukan sekarang, mungkin nanti.

04 August 2010

perlukan motivasi.

okey otak sudah menjadi bengong.huhuhu.now! ape aku buat kat bilik. ponteng kelas dan tulis blog. gila! Hari ini aku telah ponteng kelas dengan sengaja tanpa sebab. Tiba-tiba pagi ni rasa tak da mood. Siap iron baju aku sambung baring. padahal awal lagi untuk ke kelas. dan aku ambik keputusan untuk ponteng.

Ya ALLAH. Berikanlah aku kekuatan....