24 June 2011

Practical Training

Alhamdulillah. Praktikal saya selama enam bulan di Zulkfali & Co dah berakhir pada minggu lepas bersamaan 17 Jun 2011. Alhamdulillah. Sekarang saya telah menjadi pelajar semula. ooyeah!

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Encik Bos sebab saya berpeluang habiskan praktikal saya di tempat dia dan tidak lupa kepada Encik/Cik/Puan Staff di tempat saya tumpang berpraktikal sebab banyak membantu dan ajar saya macam-macam. Dan kepada kawan-kawan yang banyak membantu di office Anish Sulaiman yang cantik dan Dot Dot.

*menarik tak tulisan saya! Macam tulis reportkan kan kan* 

Akhirnya, setelah enam bulan saya bangun awal, tidak tidur selepas solat subuh, berlari-lari ke bus stop setiap pagi mengejar bas, mencarut ketika bas lambat, membebel jika ditinggalkan bas, membeli air kotak susu dutchlady strawberry, makan nasi lemak sedap pagi-pagi, berdiri sorang-sorang tunggu office buka jika sampai awal, main minesweeper sebelum tazkirah, buat kerja tanpa henti sampai lunch, sambung bekerja selepas lunch, menjadi penunggu jam 5.30, dan berlari-lari mengejar bas untuk pulang, berjumpa kawan-kawan sepraktikal, bersembang-sembang bising di bus stop. Oh itu kehidupan. *panjang kalau nak diceritakan*

Oh. Masa praktikal lah saya baru sedar yang UIA Gombak ke Sri Gombak mengambil masa sejam jika menaiki bas. bermula dengan setengah jam T 231 dan beralih ke T 203! Tapi nasib saya ada kawan-kawan yang selalu ada di bus stop bersama saya. Yang membuat bising bersama-sama saya di bus stop di Sri Gombak, yang rajin pergi makan selepas balik kerja. Oh! Mereka. Iking, Aing, Alya, Yaa, Tim. Sebab mereka saya tidak bosan!

Cerita kat office? Biasa je. kerja, kerja, kerja, kerja, kena marah dengan bos, kerja, kerja, kerja. Oh! Boleh tak nak submit blog dekat lecturer. Malas nye nak buat report dan saya sepatutnya buat report sekarang! 

Apa-apa pun yang penting, walaupun saya tahu mereka di office tak baca blog saya. Tetapi saya nak ucap juga. Terima Kasih Banyak-banyak-banyak-banyak!!! Ia memang bagi saya pengalaman!

16 June 2011

kira-kira hari

Menghitung hari weyh. Menghitung hari. Setiap hari kot aku tenung calendar tu. Sehari aku rasa setiap 5 minit kot aku tenung je calendar tu. Mengharapkan tarikh akan berubah semakin cepat dan cepat dan cepat. Belum kira aku tenung jam lagi. Mengharap masa berlalu dengan sangat pantas. YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan.

Fuh!! Lama lagi lah nak habis praktikal. Bosan sungguh bosan. Bila lah nak habis. Tak sabar nak tunggu cuti 2 bulan di rumah. Oh heaven! Cepatlah habis praktikal. Sangat dah tak sabar nak meneruskan plan selepas. Oh! Bosan. Bosan. Bosan.

Praktikal. Anda disarankan untuk habis secepat mungkin. Sesungguhnya saya dah penat. Saya tak suka bekerja. Saya bosan bekerja. Oh! Kerja memang sangat tak best. Kenapa semua orang suka bekerja?

Kenapa kerja tak best??

  1. Tidak boleh tidur selepas subuh.
  2. Tidak boleh tidur petang.
  3. Kena jalan awal-awal pagi.
  4. Kena makan dalam masa sejam je.
  5. Tak boleh lepak-lepak hari biasa.
  6. Tak boleh tengok movie murah.
  7. Kena fokus je dalam masa 8 jam.
  8. Kena serious je.
  9. Kena marah dan kena bebel.
  10. Kena buat apa yang tak suka.
  11. Kena masuk ikut waktu, balik ikut waktu.
  12. Tak boleh ponteng.
  13. Kena jadi rajin.


Segala jenis alasan yang aku senaraikan,yang aku rasa boleh diterima dan dipakai. Sangat-sangat boleh di terima oke. Aku tak tipu., Betul-betul-betul ni.

Oh! Sangat tak sabar nak balik rumah selepas habis praktikal tanpa perlu fikir nak kerja tanpa perlu fikir nak kena marah. Dan yang paling best nak duduk rumah golek golek guling guling makan makan tidur tidur dan membuang masa bersama keluarga. Oh heaven!

Kenapa semua orang rajin tolong fikirkan untuk aku? Kenapa tak ramai yang nak ambil accounting dalam family aku. Kenapa kenapa kenapa? Tolognlah. Sekarang semua orang nak fikirkan untuk aku. Oh!

“Ana, Lepas ni sambung ACCA ke?”
“Ana, Lepas ni sambung master ke?”
“Ana, Lepas ni kerja ke?”

Oh! Kenapa semua orang nak tolong fikirkan untuk aku. Oh! Aku sangat-sangatlah tak tahu. Dalam fikiran aku nak duduk rumah je. Nak buang masa. Nak habiskan duit. Nak buatlah ape yang patut dulu, sampai aku bosan dan baru cari kerja.

Penat sangat-sangat oke. Dari pada kecik sampailah SPM aku belajar je. Then tak sempat ape-ape, dapat PLKN, tak duduk rumah lagi. Lepas PLKN duduk rumah sekejap kata aku, dah dapat matrik UIAM. Oh. Belajar matrik sangat-sangat lah penat. Aku sendiri pon tak sangka aku boleh habiskan matrik dengan oke. Alhamdulillah.

Bila dah masuk UIAM, fuhh! Belajar lagi. Tak sempat cuti lama pulak tuh. Yelah UIAM neh kan jenis yang cuti sekejap-sekejap je. Oh. Kesedihan. Oleh kerana, sebab-sebab-alasan-alasan di atas lah aku rasa aku perlukan cuti untuk membuang masa sekejap lepas habis degree. Nak merasa hidup membuang masa. Oh!


15 June 2011

Wordless Wednesday #01




...Pertama kali...
Nampak dekat blog Xaty
Lepas tu terus klik klik
Rupanya "oooo"
Terus nak buat juga.

14 June 2011

Kawan-Kawan saya

Kanak-kanak dah SEPULUH tahun kita kenal kan kan kan kan. Dari umur kita 13 tahun lagi sampai sekarang dah DUAPULUHTIGA tahun oke! Yang 12 ke 22, sama je oke. Tiba-tiba hari ni rasa nak upload gambar-gambar korang. Aku curi dari FB korang tau tau tau!! Nak letak gambar masa kanak-kanak kita kat sekolah. Aku tengok aku sangat-sangat selekeh dari sekarang. So aku curi gambar korang dekat FB jelah ye!

Siti Khadijah yang cantik. Dia selalu kena tunggu saya masa nak naik bas masa sekolah sekolah dulu. Saya yang tak pernah awal dan selalu lewat. Sekarang, dia kena ambik saya dekat rumah yang nombor besar-besar pulak. Dijah! Aku letak gambar kau paling cantik tau!

Nur Hilwani yang Gorgeous. Dia budak ayng bersin kuat-kuat pagi-pagi yang duduk sebelah saya masa sekolah-sekolah dulu. Dia sangat gorgeos kan kan kan. Cik Hil. I tak jumpa u punya blog.

Nur Adilla yang sangat comel kan kan kan. Dia selalu lepak-lepak dan bising-bising dalam kelas dengan saya masa sekolah sekolah dulu. Dilla. Apa juga blog anda?

Nurhamizah yang ........................... Sekarang lepas sekolah tak pernah jumpa dia lagi. So nanti dah jumpa baru isi situ. Miejah! Bila nak jumpa ni!

Miza Nadia yang kurus dan cantik! Oh! Dia dah nak tunang dah! Tahniah Miza. Ada kenderaan aku datang!!

Nadiah yang sangat comel dari dulu sampai sekarang! Nad. Susahnya nak cari gambar kau sorang. So aku culik je yang mana ada. Nad yang paling aku ingat CHESS !!

Alamak. Tiba-tiba entry dah sangat panjang. Baru ingat nak letak lagi orang lain-lain. So letak golongan kanak-kanak yang meningkat usia ni dulu. Nanti letak kanak-kanak riang yang kurang tahun perkenalan.! weee~ Saya sayang mereka! :)