13 April 2012

12 April 2012

Ini baru namanya makanan






Ceritanya panjang untuk mendapatkan burger ini dengan susah payah. Gambar je lah. Dah penat nak bercerita. Kesimpulannya, beli double + Cheese. Terbaik!  Sekian terima kasih!

11 April 2012

[IIUM] setiap hari exam

IIUM Online,
seorang sis ( first year, first sem mungkin ) bertanya,
Lebih kurang begini bunyinya,

"Kalau exam sehari ada 2 paper, pukul 9 pg dan pukul 3 nak complaint dekat mana ye?"

Aku baca dan berkata "pergggghhhhhh" sorang-sorang. Budak ni mesti tak tahu lagi keunikan UIAM. Itulah salah satu keunikan dan keajaiban uiam dalam menghasilkan pelajar-pelajar terbaik dunia ( kan dah macam ayat Majalah 3 dah aku ni). 

Masa, Ketika, Waktu, aku baca soalan tu aku rasa nak tulis panjang-panjang penjelasan tentang keunikan dan keajaiban IIUM. Kesian adik tu tak faham kot. Tapi, aku cuma menulis, "Exam sehari 2 paper itu perkara biasa", ye Alhamdulillah mendapat beberapa like dari yang bersetuju mungkin.

Wahai Sis yang bertanya,

Sila jangan complain tentang exam sehari 2 paper. Sesungguhnya itu adalah perkara biasa bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana kami yang dah lama dan dah nak habis atau yang telah habis telah melalui semua itu dan kami berjaya di mana kami sekarang!
Bersyukurlah kerana hanya sehari 2 paper. Sebelum ini kami telah berpengalaman 5 paper dam masa 4 hari, tidak termasuk 2 paper hari ini dan satu paper pagi keesokkan harinya. Semua itu normal apabila anda adalah pelajar IIUM.

Di sini, saya ingin mengingatkan kepada sesiapa yang terbaca blog ini dan anda bakal menjadi student IIUM. Tolong bersedia dengan apa jua kemungkinan. Sekian, terima kasih.

::::: Jangan lupa baca ini ::::::
Saya tulis berdasarkan pengalaman. Cerita Uni lain saya tak tahu macam mana jadual examnya.

10 April 2012

Peminat setia


Nampak tak nampak apa yang aku cuba sampaikan? 

1) Aku tak pernah ada account CIMB

2) Gila rajin CIMB hantar email dekat aku. Siap guna CIMB.com.my lah CIMB Clicks lah.

3) Bila masa aku ada akaun MySpace?

4) Harvad Medical School pun berminat nak contac aku. Hot tak hot!

Ini siki sebab aku rajin delete, kalau tak pernah delete hari-hari dia hantar email yang sama. Gila!