31 May 2010

YA ALLAH

 Doa Qunut Nazilah..jom baca sama2..
sebab kawan aku tagged kt facebook..so aku terasa nak post kat sini.
tak salah kan.
jomlah baca sama2 ek..

DOAKAN KESELAMATAN MUJAHIDIN-MUJAHIDIN
LIFELINE4GAZA YANG DALAM PERJALANAN KE GAZA

MOGA KEMENANGAN MILIK KITA! ALLAHUAKBAR!







AMEEN

setiap hari semakin teruk..


Setiap hari aku semakin teruk dan semakin malas.~oh


Aduh. Malas tolong ah pergi jauh2..huhuhu..gangguanlah. Tengok pagi tadi. Bangun dah awal tapi kerana kau malas aku tak pergi kelas. huhuhu. Nasib baiklah rakin datang dan aku pergi ke kelas pukul 11. terima kasih rajin..

Bila semakin hujung sem semakin kerap kau melawat aku ek malas. berani kau. huhuhu. Itulah semakin hari semakin teruk aku. kerja bertangguh. Belajar malas. Ke kelas tak ikhlas. oh! ape patut aku buat. 

Ana cepat sedar! final dah dekat! oh ~seram~

cepat2..belajar dgn rajin..ke kelas dgn ikhlas ..

tapi....

BAGAIMANAKAH??


30 May 2010

opocot! ..


sepatut nye entri di tambah. tapi oleh sebab kerana  agak seronok pulang ke rumah. so say no to online. hahaha.


giler arr.. terkejut akak. hahaha.
ea lah..hari jumaat tibe2 mula2 my abah kol, then my mak kol, then amin kol. oh~ pae dah jadi..aku neh bila dah tidur kadang tangan nye auto nye hal takan silence. oh ampun! abah.mak n amin.hhuuuu...

Then tanpas sedar aku pn tekan arr answer..seb bek mamai dah ilang terus jawab kol.. 

Mak : Ana! tidur lagi ek?

Ana : yup. erkkk... tgh tidur.. hehehe.

tiba2 dengar amin bebel. mak abes kedit amin. ces. kedekut nye adik..

Mak : Ana jap mak kol semula.

Ana : ok. mak~

taksampai seminit kemudian mak kol.

Mak : Ana! nak balik tak?

Ana : ehmmm...(blur wey baru mangon)

Mak : nak balik tak? mak dah otw kat gambang neh..

Ana : (terkejut) mak.. itu bukan soalan..

Mak : ok.siap. nnt mak sampai...

Ana : ok... (sambung tidur..zzz...)

Itu arr kisah menyebabkan blog tak di tambah entri...
Kadang2 bila mak abah buat kejutan. oh.tak sempat nk opocot! hahaha..

Apa pon..seronok dapat balik umah.

Terima Kasih Abah n Mak...~~

27 May 2010

Bukan tak nak.tapi..............

Susah nak cakap ape yang aku nak sampaikan. bukan aku tak nak tapi atas sebab2 yang belum dinyatakan aku tak dapat untuk berbuat demikian. Penat tahu tak.Bukan senang. Susah giler sangat teramat.

ANA STOP!! mengarut je...

Sudah2..mengarut je..Merujuk kepada perkara di atas. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya bukan taknak menupdate blog atau menaip di sini tetapi saya sangat tidak ada apa yang menarik dalam hidup untuk diceritakan kepada encik blog. Ampunkan beta wahai blog..

Semakin hari, semakin pendek entri2 aku di blog. Adakah aku sudah boleh mendiamkan diri dan tidak membebel lagi.. oh~tahniah!

tapi itu semua hanyalah mimpi. Nightmare anda datang lagi~~ (macam iklan tora) oh~suka!
Okaiii..Berbalik kepada perbincangan kita tadi. Serius ar sejak kebelakangan neh hidup aku sangat bosan okayy.. tak ada ape  yang menarik sangat tak tertarik mmg kebabom ah. kesiankan..

Hidup yang sangat bosan. Setiap hari bangun pagi ke kelas. Kelas pulak 8-10 pagi dan 11-1 setiap hari. Itu pon da nampak kekosOngan sudah di isi. Antare pukul 10-11 aku akan mencemar duli ke cafe. makan alone. huhuhu. memang sangat bosan ok. lagi 2 weeks hidupku yang bosan. sabar ana sabar~

balik petang tu konpem mata aku sangat mengantuk. So aku isikan dgn tidur. If tidak aku online. Itu je lah sampai ke esok pagi. Oh~hampeh!

Aku rasa hidup aku lah yang sangat bosan. Nasib baik ada encik blog aku nak cerita. Neh kalau ada orang baca neh pon mesti dia pon bosan dgn hidup aku sekarang. Tader kehidupan lah!

26 May 2010

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME!!!

Thanx kawan2 yang wish birthday ku.
Sejak kewujudan faceboook neh.
handphone senyap tak ada org nk wish.
sumer pakat taip kat facebook je.

Tapi ahkikat lan ati aku.
tolong jgn wish!
Aku tak percaya aku dah tua!
Next year jgn wish aku tau!

buat2 lupa sudeyh...
aku nk hadiah je..
wish tak mau!
hahaha~~

24 May 2010

Oh! Bila?Apa?Mana?Siapa?Bagaimana...????

fuh! hari ni hari ke-2 selepas hari pertama aku pergi ke kelas pukul11 hari isnin..ooyeah!! 

Petang hari aku berjaya call orang-orang untuk cari sponsor..oh! really hate that job..but sebab tanggungjawab ku buat juak..huhuhu..

Pada malam hari..oh! aku semakin ke arah tua. Aku tidak mahu!!

23 May 2010

Camni rupanya CM..kesian...

Setelah memijakkan kai ke Central Market aku sangat terkejut..Tak pernah terlintas difikiran aku macam ni ke CM. Sungguh tak sangka. Terkejut. Terkesima siap. 
.
.
.
.
.
Yay! hari ni kali pertama aku sampai or pergi ke CM.Dan kali pertama jugak aku berhenti di stesyen LRT Pasar Seni. hahaha. Confirm kena gelak. Sejak study KL dr tahun 2006 dah 2010 baru ar pergi CM. Biar ape orang kata janji aku sempat pergi Cm sebelum grad. hahaha.

************

Hari ni keluar berjalan2..ooyeah!!ooyeah!! hahaha..macam arr happy sgt.. 
Pada pagi ahad yang aku bangun awal, aku dan rakan-rakan *macam wat karangan drjh 6* ...
Tadi kuar g tengok tempat nanti ada program.. so nak tengok tempat untuk wat program tu nanti. tu yang aku keluar. kalau tak tak ada kerja aku nak keluar time short sem! huhuhu..

Mula-mula pergi KLCC, jalan2 kat taman tu tgk tempat. oh! idea datang.. KLCC dihati!hehehe.. Then bermula ar perjalanan aku sebagai pelancong.hahaha. first time doe aku pergi CM.akhirnya! hahaha.
tader arr menarik sangat tempat tu. biasa je. but rupa2nye CM tu macam mall biasa je. Aku giler punya ar ingat CM tuh outdoor..hahaha..aku hampeh!

Lepas siap discuss2..kami semua bawak haluan masing2..yay!yay! Aku, tom2  dan yaa pergi mencari A&W..oh!sedap!sedap! hehehe...layankan aja..~~

Stop mydin jap sblm pulang. Aku n mereka eksaited..mydin mmg best! hahaha.. tapi kami tak banyak duit ni shopping.huhuhu..

Pics tader lah. guna camera tom2 amek gambar..di facebook ada.hehehe..sila ke facebook saya yer..tgk yg di tagged kan...

OH kawan2..!!!

Betul ke Otak boleh kering?

oh.! masalah kekeringan idea dan hidup yang tader arah tujuan aka kebosanan menyebabkan blog tak diupdate.
Ana..sila update blog kerana sesungguhnya nnt blog akan merajuk kesepian.

********

maafkan saya blog. nanti sy update awak selalu ek.
Akhir2 neh.oh masih belum berakhir..tetapi sejak kebelakangan ni blog di update pendek2. 
Ana dah stop membebel panjang..

********

Positif atau negetif bila ana start berhenti membebel panjang??

21 May 2010

Apabila Bosan Menguasai...

Oh~
patutke aku declare keadaan aku sekarang sebagai bosan..Ni kalau lecturer aku baca confirm aku akan di ketuk2..
yea arr assigment tak start buat lagi..aku dah bercerita tentang bosan..

Bangun~
Bengong~
Bangang~

Oh~
B word..sangat macam2..
aku pon dah BLUR~~~~

20 May 2010

111 ..~oh

update blog before masuk  kelas corporate finance

dokan ari ni boleh belajar n cepat paham..

sangat risau~~

Marilah ke kelas bersama2...hehehe..

yay..Mari mengejar lif~~

19 May 2010

hari~oh

tajuk nk gempak..oh hari yg agak penat..

kesabaran.
kemalasan.
kemenulisan.

cikgu BM..jgn baca blog saya..
saya perosak bahasa..

maafkan saya..ahakss~~

18 May 2010

Saya Lapar...!!

Serious sekarang saya sangat lapar..
Siapa ada makanan sila hantar kepada saya ke bilik okayy..
saya taknak megi! sgt bosan gn megi~
huhuhu..

Saya nak makanan di sini~

Kerajinan Datanglah Kau..

haii..mambang tanah.mambang air.mambang api.mambang angin.(main taip je)..
mambang datang dari gunung simambang...erk!! Ana Stop...!!

Huh..salah cara tuh..but aku suka dialog tuh lam kalau dalam cerita P.Ramlee..
Dia memang terbaik!! hehehe..~

Woo Sebenarnya ku mengharap *harap je ke* Kerajinan datang kt aku. Berapa minggu je lagi aku nak final! oh..seram! bermakna berapa minggu je lagi aku tinggal untuk persediaan pembentangan BM! oh! lagi seram. Berjayakah aku nak berBahasa Melayu dgn betul!! Selama neh bahasa aku tunggang langgang je..huhuhu..

Aku juga perlu menghalau kemalasan jauh2! jgn kau dampingiku! hek hek..

Ana..sudah2 merapu..Sejak terrajin update blog neh.kau semakin kuat merapu..huhuhu..

Pilihan. Kenapa Mesti Membuat Keputusan?

Aduh. Aku tak suka bila aku kena buat pilihan. Dulu masa nak majoring dah aku tekanan. nak BACC ke BBA ke BeCS ke..Aku pon tak tahu kenapa aku pilih BACC. Aku tak minat account. senang cakap aku perosak graph paper accounting  lah kt UIA neh..

Sekarang nak kena buat pilihan untuk concentrate ? aku masih lagi blur! Dulu aku tak tahu sebab aku ambik accounting. Sekarang nk concentrate ape? Islamic? Finance? Company Secretariat? yang mana pilihan terbaik?Professional? oh! aku dah taknak merosakkan Accounting. Cukuplah! Aku sebenarnya tak tau aku tak minat or aku malas.. tapi BACC memang mencabar. Kepada sesiapa yang tak minat accounting.jgn jd cam aku. pilih benda lain.

Aku tak taulah. Aku salah pilihan ke? tukar major! oh! aku nk tapi.. aku benci prosedur.. aku nk tukar ape? BECS..oh no econo! BBA oh!kena amek macam2 paper! ho ho ho..

So ikut kata mak abah.. Itu pilihan ana. So ana belajar sampai grad. kalau ana boleh bertahan sampai sini takkan ana tak boleh tahan sikit je lagi. InsyaALLAH ana boleh!

Ya ALLAH..~~

17 May 2010

Perempuan Lawa VS Perempuan Tak Lawa


Tengah2 aku berjalan2 dari blog ke blog aku jumpa sesuatu yang menarik..

Pinjam ye tuan BLOG...

Kalau perempuan lawa pendiam

Lelaki akan cakap: Wow!! Ciri-ciri isteri idaman...


Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: Eh, tak reti berkomunikasi betul...



Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: Musti ada krisis dalaman nih, kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: Dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: Heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: Taktik nak ngorat le tu...

Kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: Ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: Kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Patut pun kena reject...

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: Ntah Dato' mana bela nih....
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: Musti anak org kaya nih.....

Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: Sedar pun diri...

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: Caring sungguh....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: Nak tunjuk caring le tu....

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: Don’t worry I will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: Sikit2 nak nangis!! Mengada2...

Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: Dah la lawa, pandai masak pulak tu...
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: Ntah sedap ke tak????

Kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: Takpe...
Kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: Ko ni takde keja! lain ke... sibuk ni tau..

Kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: Sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: Balik2 email dia.boring

So. Macam tuh ke korang?huhuhu.
tak baik membeza2kan orang.
Kita tak sempurna mana pon~~

Aku Nak Bengang Boleh Tak??

"Aku nak bengang boleh tak??" wtf ana nk bengang tanye2 siap.huh!

weyh..secara serious nye aku bertanya. Adakah aku patut bengang..? kau dah kenapa ana nak bengang sangat. Biasa kau positif tak pasal2 sekarang tiba nk bengang. Apekah??

Aduh. Kisah bermula.. hehehe.. Tersebutlah kisah sebuah kisah yang dikisahkan mengisahkan.. ha amek kau.. huhuhuh..setelah kisah diperkisahkan.. sila kisah? patut ke tak bengang or ape kau kisah? hehehe..


Patut ke aku bengang kalau..
Aku terbangun lewat. Tiba-tiba nak ditambah cerita aku sakit perut. So proses bersiap kekelas menjadi agak lembab di situ ya. Tapi aku tak kisah sbb cikgu biasa sampai kul8.20pg. So aku pon siap punya siap punya siap, 8.05pg aku bertolak dari bilik dengan berjalan laju pecut 100mtr ke Econs yang sangat jauh..huk huk..Mantap record baru tercipta aku sampai ke kelas pukul 8.20pg. haish. naper brothers masih melepaq di koridor. Mana cikgu ni biasa kita sampai sama saing.hehehe..

Aku pun naik lif ke kelas. Sampai2 kelas, dengan bermandi peluh aku masuk .haish ! sah! cikgu tader lagi.. aduhh..penat aku pecut tadi habis semoa foreigner aku potong!potong!potong! tapi sampai2 cikgu tader..Aku kuciwa.kuciwa kuciwa ...  Sampai hati cikgu buat saya macam ni.sedey sedey sedey... Mesti semua orang cakap aku poyo. Sejak bila aku pandai sedih kalau kelas cancel.huhuhu.

Tapi kisah di atas belum tamat di situ. Oleh sebab kerana because kelas pukul9 nnt cikgu lain pulak aku pon tunggu. tunggu nye tunggu da pukul 9.20pg.. Sudah lah kawan2 mari kita pulang untuk meneruskan tidur yang terbantut. huhuhu. So kisah tamat di situ.

Aku pon pulang? So persoalannya sekarang?
Adakah aku patut bengang?
Adakah poyo kalau aku sedih?

16 May 2010

Buat Yang Tersayang..^^

oh guru..
kau umpama lilin..
yang membakar diri demi kami..
yang memberi cahaya dikala kegelapan..
....
....
....
*skip punya skip*
TERIMA KASIH CIKGU.....

Ini hanyalah intro semata-mata. Aku ingat lagi ni lah sajak yang selalu sangat orang cakap kalau pasai cikgu.Mesti nak samakan dgn lilin kalau tak lilin pelita kalau tak pelita tah ape lagilah..hehehe..Tapi pada aku cikgu bukan lilin bukan pelita tapi cikgu adalah anugerah yang tak dapat disamakan dengan apa-apa..Cikgu jasamu sangat bernilai. Terima kasih cikgu..

Sangat banyak kenangan aku sebagai budak nakal baik dengan cikgu. Dulu kalau cikgu marah, cikgu rotan, kena berdiri atas kerusi, kena junjung buku jalan satu floor, kena tulis arab sampai beribu2, kena pukul dgn pembaris dan macam2 lagi  mesti rasa nak marah, tapi sekarang aku sedar..kerana semua itulah aku dimana aku sekarang. Terima Kasih cikgu...

Selalu ingat pesan mak..Jangan kutuk cikgu..Tapi kedegilan dan kemarahan menyebabkan aku kadang2 terkutuk juga cikgu..Bila keputusan keluar baru aku tahu kenapa?? Maafkan daku cikgu2 ku..

Kerana ibuku seorang guru sekarang aku faham. Jasa guru sangatlah tak terbalas. Sabar mereka. Tabah mereka. Rajin mereka. Semua hanyalah kerana nak tengok kami pandai dan kami berjaya. Saya sangat sayangkan cikgu saya.

Banyak nak tulis kalau nak di ceritakan tentang cikgu. Tapi apa yang PENTING..

Terima Kasih Cikgu..
Selamat Hari Guru....
untuk cikgu-cikgu Taski..
untuk cikgu-cikgu SK Jerantut..
untuk cikgu-cikgu SMKA TAHAP..
untuk cikgu-cikgu PLKN Kem Gambang..
untuk pensyarah-pensyarah Matrikulation IIUM..
untuk pensyarah-pensyarah IIUM..
untuk semua guru-guru...
untuk bakal-bakal guru...
dan teristimewa...
untuk MAK..dialah guruku dialah ibuku....

NOTA:NOTA:NOTA:NOTA
:::: Tanpa Mereka Siapa Saya ::::

15 May 2010

Membazir Masa Yang Terbuang...

Membazir masa yang terbuang. Aku sorang je paham dan suka guna ayat tu.Kuasa kata kot.hahaha.mesti cikgu BM aku sedih kalau dengar ni. kesian.kesian.hahaha. Sebenarnya tu tajuk nak melebatkan pohon rambutan di taman aku ni je.biasalah baja kena mantap nak suruh buah rambutan aku jadi sedap dari musim rambutan hingga ke musim durian kan.Jadi di sinilah kata2 lebat berguna..
(adeii..ana stop mencarut melalut sila terus ke topic asal)

Sebenarnya, sekarang aku tengah berfikir apa hobi aku ye? Sekarang bila ada masa lapang aku dah tak ada benda menarik nak buat. Dulu masa kanak2 aku pernah ada hobi. Walaupon aku tahu masa kanak-kanak kalau cikgu tanya hobi apa yang aku jawab adalah MEMBACA. Betulke? Semestinya tipukan. Aku membaca kerana terpaksa je.hahaha.tapi nasib baik dari kecik dah di ajar membaca oleh parents aku.Terima kasih mak abah.! cheewaahhh!! bila aku nk jadi mak neh..

Masa kecik2 dulu aku ingat lagi. Dlam darjah 4 kot aku pernah mempunyai hobi Mengumpul Setem. Menarik jugaklah hobi tu. Sebab aku suka tengok setem2 aku. Abah support jugak hobi tu. Ingat lagi bila aku suka mengumpul setem konpem adik2 yang sewaktu dgn aku yg dah pandai bercakap mengumpul setemlah jugak. Masa tu zama banyak2 ag setemkan. 

Ingat lagi, Abah selalu bawa balik setem untuk kitorang. Banyak je setem yang masih di sampul surat lagi. Selepas tu kitorang mulalah divide berdua atau bertiga. Lepas dah divide2, kami akan rendam setem dalam air sebab nk asingkan dari sampul surat yang melekat. lepas tu keringkan. then masuk dalam album setem ke? tak ingat aku simpan mana. Tapi memang sangat seronok masa tuh.Tapi sekarang mana setem2 aku yer? banyak jugaklah..sempatlah pernah tukar dengan kawan. Eksaited dapat setem tigasegi!hehehe..

Lepas tuh ada lagi, aku pernah beralih untuk mengumpul keychain! Itu lagi menarik. Masa kumpul keychain pon mak gn abah support. Sangat sayang mak dgn abah sbb selalu support hobi anak2.. Mak abah please baca my blog! hehehe.. support anak mu! hehehe.. Masa kumpul keychain pon mak abah selalu jugak kasi keychai macam2.Ingat lagi mak jumpa keychain cantik mak belikan. Lepas tuh mak cakap mak jumpa keychain ni cantik mak belikan sbb teringat  ana suka kumpul.(Terharu)  Tapi seperti setem sebelumnya aku pon lupa dah mana nasib keychains aku..hukhuk..sekarang adik aku ada kumpul keychains jugak.so aku support..! belikan keychain UIA satu..amek kau mirah!hehehe..

Apa ag hobi kau ek? hahaha...semua tuh boleh di kira hobi ker? tapi aku memang tabik ar kat parents aku sangat menyokong anak2. hehehe. Tapi cuma bila aku dan adik2 hobi membaca komik aku tgk mak abah dah tak support.. Kenapa yer? hehehe... Taper janji abah nk mak support nak facebooking n blogging sebab beli broadband! hahaha....

Sekarang aku tengah fikir apa budak2 sekarang jawab dalam kelas kalau cikgu tanya apa hobi kamu?

kalau dulu : (hobi femes)
1) Membaca
2) mengumpul setem
3) bermain bola (jaring,sepak,tampar, badminton takde bola)
4) tidur! hahaha..
5) berkebun..

kalau sekarang : (hobi femes)
1) PSP 
2) Facebooking (dlm tu berkebun,memasak,mafia,jaga ikan,buka zoo.etc)
3) Blogging
4) Dota
5) Chatting

Agak-agak kalau tanya batu seremban tu ape? galah panjang? kurik kundi? tuju selipar? cuit duduk diorang tahu tak? adik aku yang darjah 4 bila aku tanya nama permainan semua nk dalam english kecuali kejar2 masih lagi melayu!hehehe..

NOTA:NOTA:NOTA:NOTA
:::: Sokonglah anak-anak anda :::::


14 May 2010

Lagu Itu Berhantu !!

Suka je kan aku guna tanda seru.Biasalah sejak belajar kata seruan ni.Tanda seru itu penting! hahaha.
Baiklah berbalik kepada tajuk kita tadi.Lagu itu berhantu! huh! Ape ana ni tbe2 nak cerita pasai hantukan. Nak buat macammana sedang aku online tadi tiba2...(mulakan karangan anda dengan tiba2)

baiklah cerita bermula......

Sedang aku bersendirian di bilik petang itu tiba2 sesuatu melintas bukan di hadapan atau di belakangku tetapi di fikiranku. Lagu yang aku suka dan saelalu nyanyi suatu ketika dahulu sampailah satu masa. Kerana satu cerita yang tidak dapat aku lupakan.Kerana kisah itulah aku berhenti nyanyi lagu itu. 

Aku ingat lagi kejadian tu berlaku waktu aku darjah 6 pada tahun 2000. Seperti biasa aku akan pergi ke kelas malam. Pada malam itu tetap sama seperti biasa, aku kan dijemput oleh ayahku menaiki motosikal. Aku suka naik motorsikal malam2..masyuukkk.Aku tak ingat dah aku balik kelas malam pukul berapa, tapi memang abah yang ambik. Aku sampai di rumah seperti biasa. *banyaknya biasa* selepas selesai mandi dan solat isyak. Aku pon menonton televisyen bersama adik2ku. Tiba-tiba..........


Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja..



Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung



(sila nyanyi dalam nada hantu yer)

Punyalah comel punya lagu, tapi cerita yang aku sedang tonton tu buat hantu nyanyi lagu ni.Agak-agaklah aku nk nynyi lagi ke taklagu  ni? memang taklah!!

Ini satu lagi kejadian yang menyebabkan aku takkan nyanyi lagu ni juga. 

Pat..Pat..Siku Lipat...
Siapa Cepat Dia Dapat....

Pat..Pat..Siku Lipat...
Siapa Cepat Dia Dapat....

Biarpon aku suka cerita Penunggu Gunung Raya ni tetapi jangan lah buat lagu comel jadi scary! huk huk.. takut mak....~~ hahaha...

Tapi betullah penangan lagu-lagu dalam cerita hantu keatas diriku sangat kuat.huhuhu...so sekarang marilah bersama2 nyanyi lagu ni...Lagu ni tak masuk mana2 cerita hantu lagi setakat ni....

"Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas"

Baiklah semua mari nyanyi bersama2 saya!! sambil cubit2 tangan kawan sebelah!! yay!

:NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
::: Jangan Nyanyi Lagu Ni di Karaoke:::::



11 May 2010

Kisah Kanak-kanak Aneh !

Title ibarat ade je kanak-kanak aneh..Sebenarnya tak ada kanak-kanak aneh lah..cuma tadi dalam kelas teringat macam-macam perangai aneh aku buat..hahaha..nasib baik tak tergelak sorang-sorang masa tengah mengantuk dalam kelas tadi..ahahah~

Apa yang aku nak tergelak sangat-sangat..Agak-agak aneh ke? Betul-betul aneh? hahaha.. (banyak tak kata ganda dalam ayat ni).. hehehe...

Salah Satu Perangai Aneh aku pernah buat....

Aku tergelak bila aku ingat masa aku kecik dulu aku pernah tanam duit-duit syiling aku dalam tanah lepas tu tanda dengan satu batu yang agak besar sikit dari batu-batu di sekeliling. Sebab aku menanam duit kerana aku tak nak dia berat kan seluar aku nak berlari-lari. kan duit aku biasa letak dalam poket belakang masa pakai seluar track. So kerana bunyi yang bising dan aku pikir akan mengganggu proses aku nak berlari takut berat.hahaha. tak tahu nape dalam kelas tadi aku terpikir. Nyaris nak tergelak sorang-sorang.

Oh! Berbalik kepada nasib duit syiling yang di tanam. Selepas beberapa ketika aku teringat semula duit aku tadi. Aku pon pergi ke tempat kejadian. huh! dengan kuasa detektif dan bangang aku pon mencari-cari duit aku tadi. Jumlah duit aku tak ingat tapi biasanya aku dapat duit belanja 60sen masa taski(tadika islam).huhuhu.sikit je kan.budak tadika sekarang pergi tadika pon dapat RM5..

Sambung nasib duit aku...boleh guess lah kan..Semestinya hubungan kami berakhir selepas aku selesai menanam duit aku.Agak-agak apa yang ada dalam pikiran aku yer bila aku tanam duit tu?

::NOTA::NOTA::NOTA::NOTA::
:::: Aku tau siapa yang baca mesti gelakkan aku habis2an kan :::::

10 May 2010

100 !!

Pada hari ini, akhirnya aku berjaya menulis entry yang keseratus...sungguh tak sangka!
*clap* *clap* *clap*



(tapi bila aku tambah2 kat sebelah 1+45+49 = 95)
aku guna kalkulator saintifik ok. bukan financial kalkulator.

bukti..cuba anda tambahkan?

tetapi...

di sini menunjukkan 100 Posts...
sekali lagi aku dipermainakn teknologi.
owh..alam maya!bukan adamaya


Walau apa jua rintangan! Aku nk tulis jugak! Aku Suka!!
Wah! Dengan perasaan tak sangka dgn diri sendiri aku da tulis entry ke-100.. Biar ape org nak cakap baru seratus nk kecoh aku dah 365X3 tak kecoh pon! hahaha...aku punya suka lah. Aku Bangga doe. Walaupon ni personal blog bukan untuk di komersial kan tapi bukan senang nk tengok aku mencarut aku melalut aku mengarut dalam bentuk tulisan. So Ucaplah TAHNIAH kepada diri sendiri. 



TAHNIAH ANA!!TAHNIAH ANA!!TAHNIAH ANA!!


Abaikan aku yang sangat gembira. Tapi kalau orang yang kenal aku memang tau ler aku takkan menulis diari lagi2 lah aku nak meluahkan perasaan.. Memang takkanlah..!!
Kerana itulah aku berbangga aku ada blog! At least nanti aku dah ada cucu boleh dia baca kehancuran kemusnahan yang telah aku buat masa aku muda! chewaahh! BF tader kau dah berangan nak cucu! kesah apa aku...hahaha..

Maka dengan ini saya merasmikan entry ke-100 blog saya. *tepuk tangan* hehehe...

::NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
::::: ANA ADA BLOG WEYY ::::::

09 May 2010

Setiap Hari adalah Hari Ibu...


ANA SAYANG MAK!!
HAPPY MOTHERS DAY MAK!!

ANA © MAK

Setiap hari adalah hari ibu..huhuhu..Mak ana taw mak takkan baca blog ni sbb broadband mak ana dah bawa lari ke sini.tapi terima kasih kerana menjadi mak yang terbaik! Ana sangat sayang mak. 

Entry kali ni khas untuk mak..tapi pada ana setiap hari adalah hari ibu sebab setiap hari mak menjadi ibu! terima kasih mak. Ana akan cuba nak jadi anak yang terbaik untuk mak.

Terima kasih mak! sayang mak!

Kalau nak di kira pengorbanan mak sangat banyak! masa abah sakit mak lah segalanya. Jaga abah siang dan malam dengan kami lagi. Adik kecil lagi. Sekarang ALHAMDULILLAH abah pon dah sihat. Seronok bila tengok mak seronok. Tak boleh tengok mak sedih..

Sekali mak sedih berganda2 ana sedih.
Sekali mak risau berganda2 ana risau.
Sekali mak gembira! Ana lah sangat gembira!!

Mak..Terima Kasih. Sebab ajaran Mak. Cubitan Mak. Bebelan Mak. Rotan Mak. Ketegasan Mak. Kami adik beradik semakin kearah kejayaan. Berkat doa mak setiap hari di sini kami! Terima Kasih mak.. Doakan ana berjaya di UIAM, Amin di Darul Quran, Ani yang bakal Masuk Matriks, Am.ni 9As Pmr .. si mirah n adik yang tidak kurang hebat kat sekolah.

mak terima kasih sangat2.. kalau nak di tulis betapa Ana sayang mak tak tertulis kat sini..


Abah..Ana sayang abah juga tidak lebih tidak kurang...

Setiap hari adalah hari ibu dan bapa...
Berusahalah jadi anak yang terbaik! terima kasih mak dan abah...
Ana sayang MAK n ABAH sangat2..~~


:NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
:::: Mengalir Air Mata Tulis Tentang Mak  ::::
:::: Rindu n Sayang Mak Abah sangat2 :::::





08 May 2010

kenapa Perlu Bosan !

Sewaktu title di pilih mood penulis sangat bosan! ya i know!

"nape tak keluar"
"nape tak tgk movie"
"nape tak tidur"
"nape tak layan facebook"

tolong ar jangan ulang soalan itu lagi. Sesungguhnya aku bosan. Cuba tanya sesuatu yang boleh hilangkan bosan.
Contohnya :

"Nape tak boleh garu hidung dengan siku"

"Nape bangau semakin kurus"
"Nape katak sudah tidak berbunyi selepas hujan"
"Nape pokok bonsai tak bergoyang di tipu angin"

ha! baru mencabar minda. barulah seronok. baru tidak bosan nk jawab..

tetapi....
kalau anda mahu lebih mencabar soalannya.. Cuba tanya :

"Berapa kali ingat ALLAH hari ni"
"Berapa kali ingat mati hari ni"
"Berapa kali buat maksiat hari ni"
"Berapa kali mengumpat hari ni"
"Berapa banyak dosa hari ni"


Ha! kalaulah soalan ni yang di tanya..
Adakah masih mampu untuk berasa bosan?


::NOTA:NOTA:NOTA:NOTA::
Tepuk dada tanya iman!!