Membazir masa yang terbuang. Aku sorang je paham dan suka guna ayat tu.Kuasa kata kot.hahaha.mesti cikgu BM aku sedih kalau dengar ni. kesian.kesian.hahaha. Sebenarnya tu tajuk nak melebatkan pohon rambutan di taman aku ni je.biasalah baja kena mantap nak suruh buah rambutan aku jadi sedap dari musim rambutan hingga ke musim durian kan.Jadi di sinilah kata2 lebat berguna..
(adeii..ana stop mencarut melalut sila terus ke topic asal)
Sebenarnya, sekarang aku tengah berfikir apa hobi aku ye? Sekarang bila ada masa lapang aku dah tak ada benda menarik nak buat. Dulu masa kanak2 aku pernah ada hobi. Walaupon aku tahu masa kanak-kanak kalau cikgu tanya hobi apa yang aku jawab adalah MEMBACA. Betulke? Semestinya tipukan. Aku membaca kerana terpaksa je.hahaha.tapi nasib baik dari kecik dah di ajar membaca oleh parents aku.Terima kasih mak abah.! cheewaahhh!! bila aku nk jadi mak neh..
Masa kecik2 dulu aku ingat lagi. Dlam darjah 4 kot aku pernah mempunyai hobi Mengumpul Setem. Menarik jugaklah hobi tu. Sebab aku suka tengok setem2 aku. Abah support jugak hobi tu. Ingat lagi bila aku suka mengumpul setem konpem adik2 yang sewaktu dgn aku yg dah pandai bercakap mengumpul setemlah jugak. Masa tu zama banyak2 ag setemkan.
Ingat lagi, Abah selalu bawa balik setem untuk kitorang. Banyak je setem yang masih di sampul surat lagi. Selepas tu kitorang mulalah divide berdua atau bertiga. Lepas dah divide2, kami akan rendam setem dalam air sebab nk asingkan dari sampul surat yang melekat. lepas tu keringkan. then masuk dalam album setem ke? tak ingat aku simpan mana. Tapi memang sangat seronok masa tuh.Tapi sekarang mana setem2 aku yer? banyak jugaklah..sempatlah pernah tukar dengan kawan. Eksaited dapat setem tigasegi!hehehe..
Lepas tuh ada lagi, aku pernah beralih untuk mengumpul keychain! Itu lagi menarik. Masa kumpul keychain pon mak gn abah support. Sangat sayang mak dgn abah sbb selalu support hobi anak2.. Mak abah please baca my blog! hehehe.. support anak mu! hehehe.. Masa kumpul keychain pon mak abah selalu jugak kasi keychai macam2.Ingat lagi mak jumpa keychain cantik mak belikan. Lepas tuh mak cakap mak jumpa keychain ni cantik mak belikan sbb teringat ana suka kumpul.(Terharu) Tapi seperti setem sebelumnya aku pon lupa dah mana nasib keychains aku..hukhuk..sekarang adik aku ada kumpul keychains jugak.so aku support..! belikan keychain UIA satu..amek kau mirah!hehehe..
Apa ag hobi kau ek? hahaha...semua tuh boleh di kira hobi ker? tapi aku memang tabik ar kat parents aku sangat menyokong anak2. hehehe. Tapi cuma bila aku dan adik2 hobi membaca komik aku tgk mak abah dah tak support.. Kenapa yer? hehehe... Taper janji abah nk mak support nak facebooking n blogging sebab beli broadband! hahaha....
Sekarang aku tengah fikir apa budak2 sekarang jawab dalam kelas kalau cikgu tanya apa hobi kamu?
kalau dulu : (hobi femes)
1) Membaca
2) mengumpul setem
3) bermain bola (jaring,sepak,tampar, badminton takde bola)
4) tidur! hahaha..
5) berkebun..
kalau sekarang : (hobi femes)
1) PSP
2) Facebooking (dlm tu berkebun,memasak,mafia,jaga ikan,buka zoo.etc)
3) Blogging
4) Dota
5) Chatting
Agak-agak kalau tanya batu seremban tu ape? galah panjang? kurik kundi? tuju selipar? cuit duduk diorang tahu tak? adik aku yang darjah 4 bila aku tanya nama permainan semua nk dalam english kecuali kejar2 masih lagi melayu!hehehe..
NOTA:NOTA:NOTA:NOTA
:::: Sokonglah anak-anak anda :::::
No comments:
Post a Comment