Chun!

29 April 2016

Pindah

Mengangkut barang. Tak best langsung.


dari rumah bawah. pindah ke rumah atas.


sebab rumah cantik.


bahagia!

28 April 2016

Kisah gadis kemas

Sedang mengemas barang-barang yang banyak. masukkan dalam kotak-kotak. Aku tak ingat apa aku cakap dan sembangkan. Tiba-tiba,


"Eh, Aing nanti aku tulis dalam dairi aku. Eh aku takda dairi. Dalam blog,"


"Bila last kau update blog"


"Tadi"


Krik. Krik. Krik.


Aku pun taktahu kenapa aku rajin update. Mungkin sebab aku suka menulis dari membebel. Dan menulis luahan membahagiakan aku. Walaupun satu word.


Takpenting siapa baca. Yang aku tahu. 5 tahun lagi. Aku gelak sendiri.


Kisah jadi. Kemas barang. Nak pindah rumah.


Alhamdulillah.

27 April 2016

Duit

Perlu belajar menyimpan.

Perlu simpan.

Paksa diri simpan.

Seronok tengok orang ada duit lebih. Pandai simpan duit.

Kena berusaha.

Tegas.

25 April 2016

Malas

Penyakit malas melampau-lampau.

semakin teruk.

tak boleh biar.

mohon berubah.

22 April 2016

Jodoh

Bila orang cakap tentang jodoh aku je. Aku sakit hati.


"kau memilih sangat kot"


Persoalannya, pilihan pun tak ada. apa aku nak pilih?


Kau dah jumpa jodoh kau. Tolong jangan judge aku. Nasib kau mungkin baik. Rezeki kau. Jodoh kau. Dipermudahkan.


Kau beli ikan, kau pilih paling segar. Akhirnya, jadi tahi.

Kau beli spender, kau pilih paling cantik. Akhirnya, pakai di dalam.

Kau beli tilam, kau pilih paling selesa. Akhirnya, ditutup cadar.

Kau beli buku, kau pilih paling menarik. Akhirnya, duduk di rak.



So, aku tak boleh nak memilih? Salah aku memilih dari pilihan yang tiada?



21 April 2016

Bertahan

Semakin lama aku mengadap akaun ni. semakin aku takda hati.


bila aku boleh lari?