14 May 2010

Lagu Itu Berhantu !!

Suka je kan aku guna tanda seru.Biasalah sejak belajar kata seruan ni.Tanda seru itu penting! hahaha.
Baiklah berbalik kepada tajuk kita tadi.Lagu itu berhantu! huh! Ape ana ni tbe2 nak cerita pasai hantukan. Nak buat macammana sedang aku online tadi tiba2...(mulakan karangan anda dengan tiba2)

baiklah cerita bermula......

Sedang aku bersendirian di bilik petang itu tiba2 sesuatu melintas bukan di hadapan atau di belakangku tetapi di fikiranku. Lagu yang aku suka dan saelalu nyanyi suatu ketika dahulu sampailah satu masa. Kerana satu cerita yang tidak dapat aku lupakan.Kerana kisah itulah aku berhenti nyanyi lagu itu. 

Aku ingat lagi kejadian tu berlaku waktu aku darjah 6 pada tahun 2000. Seperti biasa aku akan pergi ke kelas malam. Pada malam itu tetap sama seperti biasa, aku kan dijemput oleh ayahku menaiki motosikal. Aku suka naik motorsikal malam2..masyuukkk.Aku tak ingat dah aku balik kelas malam pukul berapa, tapi memang abah yang ambik. Aku sampai di rumah seperti biasa. *banyaknya biasa* selepas selesai mandi dan solat isyak. Aku pon menonton televisyen bersama adik2ku. Tiba-tiba..........


Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja..



Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung



(sila nyanyi dalam nada hantu yer)

Punyalah comel punya lagu, tapi cerita yang aku sedang tonton tu buat hantu nyanyi lagu ni.Agak-agaklah aku nk nynyi lagi ke taklagu  ni? memang taklah!!

Ini satu lagi kejadian yang menyebabkan aku takkan nyanyi lagu ni juga. 

Pat..Pat..Siku Lipat...
Siapa Cepat Dia Dapat....

Pat..Pat..Siku Lipat...
Siapa Cepat Dia Dapat....

Biarpon aku suka cerita Penunggu Gunung Raya ni tetapi jangan lah buat lagu comel jadi scary! huk huk.. takut mak....~~ hahaha...

Tapi betullah penangan lagu-lagu dalam cerita hantu keatas diriku sangat kuat.huhuhu...so sekarang marilah bersama2 nyanyi lagu ni...Lagu ni tak masuk mana2 cerita hantu lagi setakat ni....

"Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas"

Baiklah semua mari nyanyi bersama2 saya!! sambil cubit2 tangan kawan sebelah!! yay!

:NOTA:NOTA:NOTA:NOTA:
::: Jangan Nyanyi Lagu Ni di Karaoke:::::



2 comments:

ASSOYFINGER67 said...

salam...penunggu G/raya dah habih...tunggu hari raya yg mendatang....harap pjg umur

AKU CHUN said...

hahaha...itulah habis cerita tu buat org berfikir je..tbe2 macam tu je habis..huhuhuh..jgn cerita pg2 buta...