Chun!

24 January 2013

Maulid Nabi

Jom kita perbanyakkan lagi selawat dari biasa.

Kalau biasa korang yang hebat-hebat ni selawat ratus-ratus, jom kita tambah ye!

Aku biasa pun tak sampai ratus.



*siapa-siapa jangan kutuk entry aku, aku sedang berusaha menjadi manusia berguna ni*

23 January 2013

Sahabat

Dulu, suatu hari, saya pernahlah tertengok. Ye tertengok atau termenonton. Saya taknaklah mengaku saya ni tengok rancangan baik-baik je. Tapi kali ni betul-betul saya termenonton Tanyalah Ustazah kat TV9 kot. 

Oke sekarang bukan nak tazkirah. Cuma tertarik dengan sesuatu yang saya dengar. 

"Makin hidup sepatutnya makin bertambah sahabat. Tapi jika makin putus sahabat, ada masalah jiwalah tu"

Baiklah, semua orang mungkin rasa biasa je. Tapi saya rasa sangat betul apa yang ustazah-saya-tak-ingat-nama ni cakap. 

Yang saya perasan, kadang-kadang kita selalu cakap orang itu macam itu, orang ini macam ini tapi hakikatnya kita sedar tak kita ni macam mana? Yelah kita suka je nampak kesalahan orang lain tanpa sedar kesalahan sendiri. 

Alah dalam berkawan adatlah macam-macam orang macam-macam ragam. Takkan nak semua orang jadi macam kita nak. Itu kena set robot lah. Manusia memang berbeza. Sila belajar terima.

Jadi, mari kita menambah sahabat.


"Sahabat untuk selamanya, setiaaaaaaaaa" - Jozan, Maharajalawak Mega.

07 January 2013

Manja atau memang realiti?

Orang cakap adik bongsu ni manja? Mintak apa je mesti dapat. Aku persoalakan. Ye ke?

SITUASI 1

Aku tengok adik aku, mak aku janji kalau dapat 5A UPSR mak aku kasi RM1k, *janji yang sama mak aku cakap kat aku dulu* 5A aku dapat RM1k seikat takdalah mak aku kasi. Tapi takpe itu cerita lama, sepanjang aku hidup, ber'k' jutaan dah mak aku korbankan.

Berbalik kepada cerita adik bongsu tadi, al-kisah nak dijadikan cerita, dengan penuh syukur dan alhamdulillah adik aku dapat 5A UPSR baru-baru ni. Oke adik aku ni jenis 4A pun tak pernah capai sejak dia jadi pemalas sampai kena turun kelas. 

Bila adik aku dapat je 5A, dia pun cakap kat mak, nak handphone, guna duit hadiah seribu yang mak nak kasi tulah. Mak dalam cerita di atas merangkumi abah sekali, sebab jenis family aku abahmak sama je, takde hadiah asing-asing. 

Petang tu jugak aku teman mak aku cari handphone untuk adik aku. Ini persoalan aku manja atau memang realiti?

Manja : Anak bongsu mintak terus dapat? 
Realiti : Kawan-kawan semua ada handphone. Adik aku kira bersabarlah tunggu result baru mintak. Itu pun harga kurang dari RM600.

 SITUASI 2


Mula masuk sekolah baru ni, adik aku dapatlah sebuah sekolah dan ianya berasrama tapi asramanya tak penuh pun. Mak aku mintak satu je sekolah asrama penuh untuk dia. Itu pun tak dapat. Malas nak rayu-rayu hantar je ke skolah ni. Orang cakap sekolah ni bagus.


Baru tiga hari di sekolah, pihak sekolah membenarkan budak form 1 balik. Adik aku balik. Tiba-tiba dia bawak balik sabun basuh yang kami belikan untuk dia. Untuk pengetahuan, sabun basuh yang kami belikan adalah serbuk.

Aku pun sebagai akak yang bertanggungjawab, tanyalah dengan penuh kesopanan dan kecomelan,'kenapa pulang balik sabun basuh tu'. Dengan selamber dia jawab, 'taknaklah guna sabun ni, takpandai, nak sabun liquid'.

Sebelum dia pulang ke asrama, kami membelikan dia sabun liquid.

Manja : Anak bongsu mintak terus dapat? 
Realiti : Mak aku cakap anak kawan dia pun sama, taknak guna sabun basuh serbuk, nak sabun liquid. Ini juga melibatkan sabun mandi, nak yang liquid juga.
SITUASI 3

Bila dah masuk sekolah baru, bagi adik aku yang minat bersukan mestilah akan mencari sukan kegemarannay juga. Bola sepak.

Balik pada waktu yang sama juga, dia mengutarakan  kepada abahmak, 'nak kasut bola, sana orang main bola pakai kasut".

Mak pun cakap nanati kita pergi beli. 

Keseokkan harinya, kami pergi ke Al-Ikhsan mencari kasutnya. Ye Al-Ikhsan. *aku pakai kasut Mydin je*

Manja : Anak bongsu mintak terus dapat? 
Realiti : Al-Ikhsan ada sale, kata adik aku lelaki yang besar, kalau pergi kedai biasa cari kasut biasa pun area ni jugak harganya. 

*************

Daripada pemerhatian aku, aku perhatikanlah. Budak-budak sekarang dan zaman aku dulu memang lain. Dulu aku kalau dah itu yang mak bapak aku belikan. Itu jelah aku guna. Walaupun malu dengan kawan-kawan yang dah canggih-canggih. Kita guna sabun buku je dikala teman-teman lain guna sabun liquid. Nak mintak lain takut.


Sekian.

02 January 2013

Semakin tua, tua dan tua

Bila adik yang bongsu mula masuk asrama,


aku rasa aku semakin tua dan tua dan tua!


Matang!