Chun!

25 May 2011

Selamat Hari Lahir

Happy Birthday to Me ~
Happy Birthday to Me ~
Happy Birthday to Me ~
Happy Birthday to Me ~
Selamat Hari Lahir yang ke-23 Ana. Semoga menjadi anak yang baik, pelajar yang bagus, kawan yang chun serta hamba yang taat! 

24 May 2011

Kisah Perhentian Bas

Pada suatu hari, saya jalan-jalan seperti biasa di hari biasa tanpa ada yang luar biasa semuanya sangat-sangat biasa. Secara tiba-tiba, saya nampak sangat ramai orang di hentian bas biasa yang tidak juga luar biasa. Saya pun meneruskan perjalanan seperti biasa lagi. Saya berjalan-jalan dan jalan, kemudian sampai ke hentian bas yang dibayangkan. *Ana. Apekah dengan ayat kau!*

Tiba-tiba secara luar biasa saya di tegur, "ANA" , saya mula merasakan satu kepelikan kerana kebanyakkan kanak-kanak UIAM memanggil saya Farhana, kurang 51% yang memanggil Ana. Baiklah. Berbalik kepada teguran Ana yang amat memusykilkan, dengan serta merta saya berpaling ke belakang dari pandangan saya yang di depan tadi. Kemudian. "Ceh, kau!" 

Bermulalah perbualan kitorang, seperti biasa tiada topik luar biasa atau perbualan luar biasa.

Orang A : Kau dari mana atau nak pergi mana? *Logiknnye bila di hentian bas*
Aku Chun : Aku baru balik kerja. Biasa ar budak praktikal. Kau?
Orang A : Aku pun baru balik praktikal gak. Kau buat kat mana?
Aku Chun : kat Gombak je. Kau baru start ke?
Orang A : Yup. Baru start hari ni.
Aku Chun : Oh! Patut lah ramai je secara tiba-tiba orang.
Orang A : Kenapa? Kau dah lama start ke?
Aku Chun : Yup! Sangat-sangat lama. Dah 4 bulan kotttt… *huruf 't' perlu banyak*
Orang A : Gilak ah kau. Lama nye. Aku yang sehari baru bermula pun dah sangat kebosanan.
Aku Chun : Kau buat dkt mana.
Orang A : di “…………………” ..
Aku Chun : Wah! Wah!

*meneruskan sembang untuk beberapa minit sehingga bas menunjukkan tayar nya*

Kesimpulannya di sini bukan di situ atau di sana, practikal 6 bulan sangat memenatkan mengira hari habis. Oh. Lagi banyak hari nak habis, kalau nak di pangkah-pangkah dkt calendar tu, dah habis dakwat pen pun, praktikal masih belum habis.

Oh! Sangat penat menulis entry dalam bahasa yang sangat skema walaupun tunggang langgang. Ah kisah ape. Janji SPM dulu BM aku A1. hahaha *gelak jahat*

17 May 2011

Membebel | Bila aku mula membebel

Hahaha. Sumpah kelakar. Sangat lawak ar. Manusia memang suka buat lawak. Hanya orang-orang yang duduk diam-diam di tengah sawah.

*Kau dah kenapa Ana, tiba-tiba membebel dan gelak-gelak seorang. Kau juga manusia lah*

Hahaha. Mana aku tak gelak. Manusia memang sangat kelakar. Aku kelakar dengan sesetengah golongan manusia ni. Oke. Aku tak cakap aku baik. Aku tak cakap aku sempurna. Aku tak cakap aku islamik. Tapi aku sedar aku siapa. Aku sedar apa aku sedang cakapkan sekarang. Cuma aku sebagai manusia memang mudah lupa.

Baiklah. Baiklah. Baiklah. Aku terus ke point aku yang pertama. Chewaahhh kau. Bajet macam tengah bagi talk lah pulak kan. Hahaha. Oke. Oke. Ana sila teruskan kepada bebelan anda yang anda mulakan tadi.

Hahaha.*banyak pulak aku gelak* Kau tak rasa ke sangat-sangat kelakar sesetengah golongan sekarang ni. *sumpah nak mencarut bila ingat* Macam mana aku nak cakap ni. Malu-malu lah. Ouch gedik you! Hahaha. 

Pernah dengar tak orang ramai yang cakap macam ni :

“Aku tak sukalah, diorang ni suka-suka je cerita tentang aku dengan bf/gf aku”
 “Aku bencilah dengan orang suka tengok-tengok aku dengan bf/gf aku”
 “Aku rimaslah orang pandang-pandang aku dengan bf/gf aku”
 “Kenapa orang selalu je cakap-cakap pasai aku bila aku dengan bf/gf?
 “Gila ar. Apa diorang ni. Tahu je semua pasai aku. Suka je ambil tahu hal orang”
 “Tak sukalah, orang add2, comment2, view2 facebook, twitter, friendster, myspace etc bf/gf aku”

Satu je aku nak cakap. Bangang! Serious ah. Baik jangan nak mengadu dengan aku lah benda-benda leceh macam tu. Aku rasa nak cakap je. Kau memang bangang wahai kawanku. Tapi sebab jaga sesitiviti kawan setempat. Aku simpan je lah kata-kata kesat aku tu.

Kenapa aku cakap bangang:

Kau dah berkepit setiap hari ke mana-mana dengan bf/gf kau. Lepas orang cakap-cakap tentang kau. Orang cakap benda betul. Kau taknak orang cakap pasai kau. Kau jangan buat benda yang boleh sebabkan orang kutuk kau.

Kau berdua-duaan dengan bf/gf kau. Dok bepeluk-pelukan, berpegang-pegang. Bermanja-manja. Lepas tu kau marah orang tengok-tengok kau. Kalau tak nak orang tengok jangan buat perangai pelik tengah orang ramai. Lainlah kau dah kawin. Mesti orang cakap. Sweetnhye mereka. Kalau belum kahwin. Aku pun naik menyampah tengok. Helo. Allah turunkan bala dia tak pilih orang oke. Kalau dah satu kaum, tetap kena satu kaum.

Oh! Kau pandai ye kau nak rimas orang pandang-pandang kau. Rimas orang tengok kau buat maksiat kau tak fikir. Orang tu pandang kau sebab kau tahu tak kenapa. Sebab mereka rimas dan harap kau berhenti buat maksiat. Rimas. Kua faham kan rimas itu ape kan. So kalau kau pandai rimas. Apa kata kau tolong hilang kan rimas aku juga boleh. Rimas wooiii rimas.

Hahaha. Kau marah ye orang ambik tahu pasai kau. Tapi kau ingat tak. Dolu-dolu pernah suatu ketika kau cerita dekat aku. Kau suka stalk orang. Suka je nak tahu tentang orang. Suka je gossip hot-hot. So apa perbezaan kau dengan orang-orang yang stalk kau. Sama  je kawan ku.Kalau kau berjaya menjadi stalker,so aku rasa kau tak perlu marah bila di stalk orang. Terima jelah. Allah Maha Adil, wahai kawan ku.

Aku Tanya sikit boleh tak. Kau tahu tak Social Network tu ape? Kau tahu tak. Nak ke aku explain. Oke. Aku rasa kau cukup pandai nak tahu maksudnya. So. Kau tak payah lah nak bebel-bebel bila bf/gf kau add, comment manusia lain. Sebab sepanjang pengetahuan aku manusia je terlibat dengan facebook or twitter or lain-lain. Binatang kalau ada pun sebab manusia yang buatkan. So kesimpulanya semua manusia.

Salah ke nak berkawan atau berhubung dengan kawan-kawan lama. Kau nak cakap apa. Kau tak boleh tengok bf/gf kau contact dengan lelaki/perempuan lain. Hello!! Kau baru je jadi bf/gf dia, tak ada perbezaan pun antara kau dan lelaki/perempuan lain itu, Cuma setakat bf/gf, kalau kau berpisah pun tak payah masuk mahkamah lah. So, baik kau sedar. Tak payahlah nak mengadu dengan aku lagi benda-benda leceh.

***Kau tak faham. Kau tak couple. Kau belum couple. Kau tak faham. Kau tak faham. Kalau dah sayang**

Ye! Memang aku tak faham dan tak nak faham. Perlulah pulakkan aku nak faham. Itu masalah kau yang kau buat sendiri. So. Perlu ke kau nak mengadu. Tak ada orang pun paksa kau buat semua tu. Itu yang kau nak itu yang kau pilih. So terima lah. Kalau tak nak , kalau tak suka. So, kau tinggalkan. Buat apa yang patut, guna cara yang betul, pilih jalan yang tepat. InsyaALLAH. Allah Maha Pengasih.

Ha! Ambik kau. Panjang tak aku membebel. Bukan nak emosi. Cuma kadang-kadang sakit hati dengan orang. Suka je cari kesalahan orang lain sedangkan tak sedar diri sendiri yang memulakan  semua tuh.

 So. Aku cakap je. Aku maksudkan sesiapa yang terasa. Aku hanya doakan yang terbaik untuk diriku, kawan-kawan aku, keluarga aku. Mintak semua dijauhkan dari apa-apa yang tak baik.

16 May 2011

Selamat hari guru

Guru,
kau umpama lilin,
kau umpama pelita,
yang membakar diri demi kami..........

Wah! Teringat zaman-zaman menulis sajak hari guru. Dari zaman kanak-kanak sampai ke sekolah rendah ini jelah sajak nye. Guru=Lilin=Pelita. Oh! So Kenangan! Suka-suka. 

Dari zaman saya nakal sedikit sehingga saya nakal banyak cikgu sangat sabar. Dari zaman saya pandai sikit sampai saya pandai banyak semua jasa cikgu. oh! terima kasih cikgu!

Sangat teringat dari zaman bagi cikgu hadiah pen sebatang hingga lah ke hadiah kain 4 meter, semuanye sangat ikhlas untuk cikgu.  Semangat sambutan hari guru masa sekolah lah yang sangat di nantikan. oh! Saya suka hari guru!

Ya ALLAH, kau berikanlah kejayaan di dunia dan di akhirat untuk cikgu-cikgu ku, kau murahkanlah rezeki mereka, kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku, sesungguhnya jasa mereka tak mampu untuk kubalas, YA ALLAH. 

TERIMA KASIH untuk cikgu-cikgu saya :

1) Taski Al-Mukmin (1992-1993)
2) SRA Al-Mukmin ( 1994-1996)
3) SK Jerantut ( 1997-2000)
4) SMKA TAHAP (2001-2005)
5) PLKN Kem Gambang (2006)
6) Matrikulasi IIUM (2006-2007)
7) Cikgu memandu saya. *dia tetap cikgu*
7) IIUM ( 2008-current)

TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH CIKGU!

03 May 2011

Luahan | Meluahkan

Saya rasa saya akan mula menulis sesuatu yang hanya orang malas dan tiada idea seperti saya je yang mampu dan berjaya menulisnya. 

Setiap hari saya hidup dengan kawan-kawan saya. Masa saya dengan kawan-kawan lebih banyak dari masa saya dengan keluarga. Bukan mengabaikan keluarga tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk belajar buat masa sekarang. erk erk erk. Ana berhenti menulis dengan sangat skema. Oke itu bukan Ana!

Setiap hari juga saya berfikir dan saya memerhatikan, oh! Manusia memang sangat-sangat berbeza. Setiap orang sangat lain pemikirannya. Kadang-kadang apa yang saya rasa remeh atau tak perlu dibincangkan mungkin boleh menjadi sesuatu masalah yang besar bagi seseorang. Kadang-kadang juga, apa yang saya tak mahu tahu atau tak mahu diberitahu atau memberitahu tetapi itulah yang menjadi sesuatu yang ingin diberitahu atau diambiltahu.

Setiap hari masih di dalam hari, saya rasa saya ingin saya cuba, untuk menulis blog tetapi tidak berjaya. Seperti hari ini. Hanya entry membuang masa , membazir masa tidur , mengisi  masa lapang untuk menambah entry sia-sia dalam blog.

" Oh! Perhatian kepada sesiapa yang sudi membaca entry ini sehingga habis. Saya  mengucapkan jutaan terima kasih. "

Walaupun, entry saya nampak kosong tetapi agak lama saya berfikir untuk menyiapkannya. Tahniah!